Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ

Hai dan Assalamualaikum korang,

Summit Hotel Subang USJ pada tahun ini dengan bangganya mengumumkan penglibatan mereka dalam penganjuran Bufet Ramadan kami bertema "Lambaian Bonda - Santapan Di Teratak Bonda" -  Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ.

Bufet Ramadan 2024 di Summit Hotel Subang USJ tahun ini bakal diadakan di Tingkat 5, Dewan Grand Ballroom. Dewan ni memang luas, dengan siling yang tinggi dan mampu memuatkan seramai 600 - 700 orang tetamu setiap hari.

Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ
Tingkat 5, Dewan Grand Ballroom
Tarikh: 13 Mac - 7 April 2024
Waktu operasi: 6.30pm - 9.30pm

Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ

Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ

Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ

Tahun ni macam lagi meriah sebab sepanjang tahun, Summit Hotel Subang USJ memang ada buat hi-tea dengan hadiah cabutan bertuah. Jadinya, memang permintaan tu dah ada dan mereka memang ada pelanggan yang setia.

Untuk Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ, mereka bakal menghidangkan lebih kurang 250 jenis sajian tempatan dan antarabangsa, termasuklah lauk-pauk sehinggalah kepada pencuci mulut dan kuih-muih tradisi.






Antara hidangan yang korang boleh cuba disini termasuklah Gulai Ikan Main dengan Mangga Muda, Assam Pedas Johor Kepala Ikan, Udang Harimau Masak Lemak Belimbing Buluh, Kerabu Pucuk Paku Bondaku, Siput Sedut Lemak Ubi Keladi dan Nasi Kerabu Solok Lada.




Antara seleksi yang meriah disini adalah pilihan pencuci mulut dan kuih-muih yang dihidangkan. Kepada pencinta kuih-muih tradisional, mesti suka nak cuba kuih yang dihidangkan ni.




Selain daripada hidangan makanan yang bertemakan "Lambaian Bonda - Santapan Di Teratak Bonda", Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ juga bakal menghidangkan sebanyak 12 buah gerai yang disajikan pelbagai jenis makanan.

Gerai yang akan ada termasuklah: Kambing Golek serta Cheese Mashed Potatoes, Sup Tulang Rusuk dan Gear Box, serta Roti Bengali, Nasi Briyani serta Kambing Kuzi Arab, Shawarma Yaman, Murtabak Taping dan makanan Live Pasta Station.








Sepanjang Bufet Ramadan 2024 Summit Hotel Subang USJ bermula dari 13 Mac - 7 April 2024 nanti, tetamu yang datang berbuka puasa disini turut akan dimeriahkan dengan persembahan live band dan tarian tradisional.

Bukan itu sahaja, tetamu yang hadir turut berpeluang untuk memenangi cabutan nombor bertuah yang akan diadakan pada setiap hari. Hadiah utama dia adalah tiket penerbangan ke luar negara tau!

Promosi Bilik Penginapan

Sepanjang Bulan Ramadan, Summit Hotel Subang USJ, ada buat pakej penginapan sempena dengan bulan puasa dengan harga bermula dari RM168.00/nett untuk satu malam. Harga ini hanyalah untuk bilik dan termasuk sahur atau sarapan untuk 2 orang. 


Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ

Harga Buffet Ramadan 2024 Summit Hotel Subang USJ:
Dewasa: RM 98.00 | Warga Emas: RM88.00 | Kanak kanak: RM58.00
*Promo: Beli 10 pax, percuma 1 pax

Promosi Early Bird, Summit Hotel Subang USJ:
Tarikh: Sepanjang Februari 2024 
Harga: RM88.00/ dewasa | Warga Emas: RM78.00 | Kanak kanak: RM48.00

Harga Bufet Ramadan 2024: Summit Hotel Subang USJ

Summit Hotel Subang USJ
Persiaran Kewajipan, USJ 1, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Contact: 019-2797781 / 03-80233000
Email: reservation@summithotel.com.my

Website: summithotelusj.com
Facebook: www.facebook.com/SummitHotelSubangUSJMalaysia


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS