Review Resort Hangouts Urban + Eco Langkawi

Hello korang,

Baru-baru ni, masa Trip ke Langkawi, kami menginap di sebuah resort yang bertemakan IKEA style-theme, yang baru sahaja dibuka pada Julai 2023, Hangouts Urban + Eco Langkawi. Uniknya keseluruhan dekorasi resort ini menggunakan produk daripada IKEA.

Resort di Hangouts Urban + Eco Langkawi menyediakan penginapan jenis rumah atau villa dengan total jumlah 44 buah unit (28 unit jenis Family dan 16 unit jenis Studio). Family Suites boleh muat dalam 6-8 orang, manakala Studio Suites boleh muat 2-4 orang.

Konsep yang dibawakan disini, adalah bertemakan pulau-pulau yang popular diseluruh dunia. So nama unik rumah dia pun nama pulau tu, seperti: Langkawi Island, Cayman Island, Malibu Beach, Gold Coast, Santorini, Miami Beach, Bermuda Island, Maldives, Jeju Island dan banyak lagi.



Korang tahu, bukan sahaja Hangouts Urban + Eco Langkawi punya nama rumah dia yang bertemakan pulau-pulau yang popular diseluruh dunia, malah, dekorasi dalaman unit ini turut mengikut tema nama dia dan memang setiap unit mempunyai dekorasi yang berbeza.

Bila check in kat sini, terasa macam masuk didalam ruang pameran di IKEA (Ye lah, sebab pakai khidmat reka bentuk dalaman daripada pasukan IKEA Malaysia, siap dengan bau pun macam dalam IKEA dah. Haha.

Reka bentuk dalaman ni pun memang dihias secara unik, dan berbeza untuk setiap unit, mengikut nama rumah tu sendiri yang mewujudkan ruang kediaman yang bergaya dan selesa. Rumah ni pun datang dalam pelbagai saiz, memenuhi keperluan dan pilihan tetamu.



Hangouts Urban + Eco Langkawi yang terletak di Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, Langkawi ini terletak hanya 20 minit dari Pekan Kuah dan Pantai Cenang menjadikan resort bertemakan keluarga ini pilihan yang tepat untuk korang yang datang ke Langkawi.

Hangouts Urban + Eco marupakan sebuah tempat peranginan staycation berorientasikan keluarga yang unik dan menggabungkan seni bina bandar dengan persekitaran yang mesra alam, mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.




Family Suites - Hangouts Urban + Eco Langkawi

Unit Family Suite sesuai untuk mereka yang datang dalam group yang besar sebab boleh memuatkan seramai 6-8 dewasa. Dalam Family Suites ada 2 bilik air, ruang tamu yang luas dan meja makan yang muat untuk 8 orang.

Suite ini memang luas dan menawarkan ruang yang cukup untuk keluarga berehat. Juga disediakan pantri yang lengkap untuk korang sediakan makanan ringan, tapi ingat ya, memasak didalam unit memang tidak dibenarkan. Untuk memasak, korang boleh sewa dapur kat sini.

Haritu group kami menginap didalam Family Suites yang connected, Marrakesh yang bertemakan Morrocan dan  Zen Hoshinoya yang lebih simple bertemakan Jepun.

Hangouts Urban + Eco Langkawi - Family Suites Marrakesh Theme

Hangouts Urban + Eco Langkawi - Family Suites Marrakesh Theme

Hangouts Urban + Eco Langkawi - Family Suites Marrakesh Theme


Hangouts Urban + Eco Langkawi - Family Suites Zen Hoshinoya Theme

Hangouts Urban + Eco Langkawi - Family Suites Zen Hoshinoya Theme

Studio Suites - Hangouts Urban + Eco Langkawi

Studio Suited di Hangouts Urban + Eco Langkawi pula boleh memuatkan seramai 2-4 orang pada satu-satu masa dan turut dilengkapi dengan kemudahan pantri, bilik mandi, ruang tamu TV, dan katil sofa. Lagi best, kat Studio Stuites, korang boleh terus lompat terus ke kolam terjun pada bila-bila masa.

Saya suka dengan privasi yang diberikan untuk pelanggan yang menginap di Studio Unit. Selain daripada unit ini kebanyakannya lebih jauh daripada Family Unit, kat sini juga ada kolam renang yang khas untuk mereka yang menginap disini.





Fasiliti di Hangouts Urban + Eco Langkawi
 
Ada banyak fasiliti yang korang boleh dapat di Hangouts Urban + Eco Langkawi yang boleh korang enjoy. Suka juga sebab konsep kat sini, korang boleh luangkan masa didalam resort tanpa perlu keluar sebab ada banyak aktiviti korang boleh buat kat sini.

🌏 The Wave Clubhouse - Merupakan Lobby dan juga tempat untuk lepak. Kat sini ada ruang untuk main Pool Table, Foosball, Arcade Games dan Dart.

🌏 6 Jenis Dapur - Korang boleh sewa dan masak didapur yang dilengkapi dengan peralatan berkualiti tinggi dan peralatan memasak. Dalam rumah tak boleh masak tau, tapi korang boleh bawa dan makan didalam unit rumah. Harga sewa RM30/jam.

🌏 3 Jenis Kolam Renang - Kolam Utama: Dikelilingi oleh kerusi berjemur yang selesa dan payung, Kolam Kanak-Kanak: Lebih cetek dan sesuai untuk kanak-kanak kecil bermain air, dan Kolam Terjun: Lebih privasi dan hanya untuk tetamu yang sewa unit Studio sahaja boleh gunakan. 

🌏 Gimnasium
🌏 Sauna
🌏 Outdoor Playground
🌏 Indoor Playground





Overall, saya memang enjoy pengalaman menginap di Hangouts Urban + Eco Langkawi sebab memang merupakan satu pengalaman menginap di resort yang baru. Suka dengan vibe kawasan ni yang chill dan sangat relaxing. Serious cakap, interior kawasan resort ni rasa macam berada di luar negara.

Terletak di Langkawi, nampak sunset dan sunrise pun dah rasa cukup cantik resort ni. Lupa nak mention, resort ini merupakan resort yang mesra kerusi roda, dan korang yang bawa kereta pun boleh parkir kereta dihadapan rumah korang terus tau.



Hangouts Urban + Eco Langkawi
LOT 1895, Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah.
Contact: 04-9502236 / 013-2549576

Website: hangouts.com.my
Instagram: www.instagram.com/hangoutsurbaneco
Facebook: www.facebook.com/p/Hangouts-Urban-Eco-Langkawi-100083133617352

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip QTT x KembaRojak To Langkawi & Pulau Tuba yang berlangsung pada 1-6 Mac 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays dan team KembaRojak. 

QTT Group Plt
Contact: +60174079734 / +60193036008 (Call/Whatsapp)
Email: qttgroup.management@gmail.com

Untuk korang yang berminat dengan pakej Nature-Based Travelers 2MY, korang boleh terus contact syarikat ejen pelancongan QTT Group Plt dan pakai kod [Zayani: QTTNBT-03] untuk tanya deorang tentang pakej yang ada di Langkawi.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS