Kempen CSR Semurni Kasih 7-Eleven

Hai dan salam sejahtera korang,

Pada Ramadan yang lepas, 5 April 2024 - 7-Eleven Malaysia telah mengadakan kempen CSR dibawah nama kempen Semurni Kasih yang memfokuskan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sempena dengan bulan Ramadan yang mulia.
 
Kempen yang merupakan sebahagian daripada program Prihatin Komuniti 7-Eleven itu bertujuan untuk memupuk hubungan yang mendalam dengan masyarakat akar umbi dan musim pemberian ini amat bermakna kepada masyarakat Islam dan dalam memahami nasib golongan yang kurang bernasib baik.

Kali ini mereka telah memberikan bantuan kepada lebih daripada 920 pelajar di 3 universiti di Lembah Klang dengan memberikan bantuan pek makanan. 



Rangkaian syarikat gergasi kedai serbaneka itu memberikan hidangan 7Café by 7-Eleven Ready-to-Eat pre-packed kepada 920 pelajar di 3 universiti: 
⭐ Universiti Malaya (UM),
⭐ Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
⭐ Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kata Chin Hor Wai, Pengurus Besar Pemasaran, 7-Eleven Malaysia:

"Kami amat bersyukur kerana dapat berkongsi perkara ini dengan pelajar ini. Sokongan daripada pekerja dan pelanggan kami telah memainkan peranan penting bagi kami untuk mendekati komuniti akar umbi kami. Komitmen mereka telah memungkinkan untuk menjadi pembuat perubahan kepada lebih banyak komuniti setiap tahun,"

Semurni Kasih telah menjadi ruji dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat 7-Eleven untuk menyokong tujuan amal dalam komuniti tempat ia beroperasi.


Sempena dengan Ramadan dan Raya, 7-Eleven Malaysia telah mengumumkan kempen khas untuk pelanggannya yang berlangsung sehingga 21 April 2024, pelanggan berpeluang memenangi hadiah sambil menikmati Slurpee 7-Eleven. 

Cara penyertaan:
✅ Membeli mana-mana Slurpee 22oz di 7-Eleven,
✅ Imbas, jawab dan hantar resit melalui laman web 7-Eleven sebagai bukti pembelian.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah iPhone 15, Switch OLED Splatoon, dan AirPods 3rd Generation. 

Sila layari www.7-eleven.com.my atau platform media sosial mereka untuk maklumat lanjut.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS