Apa yang Menarik di Ipoh Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Perak suatu ketika dahulu, sebelum merdeka memang telah berkembang maju dan pesat dengan aktiviti melombong bijih timah dan kemudiannya ladang getah. Perak juga adalah negeri yang pertama menerima Residen British. 

Negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia ini telah menarik ramai pelancong tidak kira dalam atau antarabangsa. Antara yang special tentang Perak adalah terdapatnya gugusan bukit batu kapur yang membezakannya daripada semua negeri lain.

Ibu negeri Perak, Ipoh juga merupakan salah satu lokasi tumpuan pelancong yang datang ke Perak sebab jaraknya yang hanya lebih kurang 200km dari Kuala Lumpur. Ipoh juga terkenal dengan papan tanda 'Ipoh', yang ala-ala signboard 'Hollywood'.

Tasik Cermin Ipoh
Gunung Rapat, Ipoh, Perak
Contact: +6012-2684116
Website: www.tasikcermin.com

Waktu operasi: Buka setiap hari (9am-6pm)
Harga tiket: Dewasa (RM25.00), Kanak-Kanak/Warga Emas (RM18.00)

Tasik Cermin Ipoh telah diberi pengiktirafan sebagai tapak geopark oleh kerajaan Malaysia. Tasik Cermin Ipoh terletak di Gunung Rapat yang juga bersambung dengan bukit batu kapur. Uniknya Tasik Cermin Ipoh sebab ada 2 kolam tasik yang boleh diakses dengan bot.



Tasik Cermin Ipoh 1:

Merupakan sebuah tasik besar disini yang terbentuk secara semula jadi. Untuk ke Tasik Cermin Ipoh 1, korang perlu berjalan melalui Miner’s Tunnel yang merupakan terowong batu kapur sepanjang 90 meter. Terowong perlombongan ini dah berusia lebih dari 100 tahun tau.

Cantiknya Tasik Cermin Ipoh bukan sahaja korang dapat peluang untuk lihat dan naik bot untuk pengalaman mengililingi pinggir tasik, tapi juga dapat lihat sendiri formasi bumi yang menyebabkan korang boleh lihat sendiri pantulan cermin diatas permukaan air.



Tasik Cermin Ipoh 2:

Uniknya Tasik Cermin 2 ini adalah sebab korang perlu melalui terowong air sepanjang 130 meter untuk ke  kawasan tasik ini. Memang hidden gem, dan dapat lihat kawasan yang dikelilingi oleh bukit batu kapur. Kalau ada rezeki, dapatlah tengok kambing gurun kat

Satu kali trip bot akan mengambil masa lebih kurang 20 minit, dan sepanjang tu korang berpeluang untuk ambil gambar dikelilingi dengan formasi karst batu kapur. Satu bot boleh tampung 8-9 orang.




Tanjung Tualang Tin Dredge
9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak.
Contact:  +6017-7557301 / +6014-9043255

Kapal Korek Bijih Timah Tanjung Tualang No.5 atau TT5 adalah peninggalan industri perlombongan yang kini menjadi satu-satunya di Malaysia. Kapal ini adalah seberat 4,500 tan dan disokong oleh pontun sepanjang 75 meter, lebar 35 meter dan kedalaman 3 meter. 




Kapal korek itu direka di England pada tahun 1938 oleh F. W. Payne & Son dan dibina untuk Southern Malayan Tin Dredging Ltd., sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1926 yang mengendalikan 5 lagi kapal korek di wilayah Batu Gajah dan Tanjung Tualang.


TT5 telah beroperasi selama 44 tahun sehingga tahun 1982 apabila industri bijih timah Malaysia mengalami kemerosotan pesat akibat rizab timah yang semakin berkurangan, harga bijih timah yang rendah dan kos operasi yang tinggi. 



ESCAPE Ipoh
 9th km, Jln Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak.
Waktu operasi: Setiap Selasa - Ahad (10am - 6pm)

Website: www.escape.my/ipoh
Instagram: www.instagram.com/escapeipoh
Facebook: www.facebook.com/escapeipoh

ESCAPE Ipoh ialah destinasi yang menyeronokkan dengan tunggangan dan permainan menarik yang dihoskan dalam persekitaran semula jadi.  

ESCAPE Ipoh memperkenalkan semula permainan dan nilai-nilai silam untuk menyuntik realiti kepada dunia yang terlalu bergantung kepada gaya hidup elektronik yang mendorong pengasingan. Melalui aktiviti yang menyeronokkan, dengan penekanan pada permainan arahan kendiri dan kuasa kendiri, pelawat mengalami Teknologi Rendah, Keseronokan Tinggi.

ESCAPE Ipoh menunjukkan tiada had umur untuk berseronok kerana tunggangan dan permainan direka untuk pelbagai kumpulan umur, kebolehan dan tahap tenaga.



Concubine Lane
Concubine Lane, 3000 Ipoh, Perak.

Mengikut orang tempatan, lorong ini telah diasaskan oleh taikun perlombongan Yao Tet Shin untuk tiga isterinya dengan meletakkan nama Wife Lane, Concubine Lane, dan First Concubine Lane untuk  nama-nama lorong tu.

Hari ini, Concubine Lane ialah lorong yang paling terkenal di Ipoh, menjadikan lokasi ini menjadi pilihan pengunjung ke Ipoh untuk membeli barangan seni, barang tradisional dan yang paling popular, street food dan telah dijadikan tempat melepak yang popular.


Ho Yan Hor Museum
1, Jalan Bijeh Timah, 3000 Ipoh, Perak.
Contact: +6012-2484517 / 05-2412048
Website: hyhmuseum.com

Waktu operasi: Buka setiap hari kecuali Isnin (10am-4pm)
Harga tiket: Percuma.

Muzium Ho Yan Hor menceritakan tentang kisah inspirasi mengenai Dr Ho Kai Cheong. Bangunan muzium yang dicat dengan warna biru terang ini juga merupakan bangunan pertama yang Dr Ho beli untuk berniaga teh herba yang juga merupakan bangunan warisan pra-perang.


Ho Yan Hor merupakan jenama teh herba yang dipercayai isi rumah sejak dari 1941 yang diasaskan oleh Dr. Ho Kai Cheong, seorang pakar herba yang berbakat tinggi dalam memperoleh ramuan herba yang berkualiti. Jenama ini kini diambil alih oleh anak beliau, yang telah mengasaskan jenama Hovid.

Antara yang korang boleh dapat kalau singgah ke Muzium Ho Yan Hor adalah, dapat menelusuri jejak langkah Dr. Ho yang berusaha untuk ikut minat beliau dalam pembuatan teh herba, sampailah bagaimana beliau berjaya. Terinspirasi juga bila dengar kisah beliau.




Entry ini diterbitkan sempena dengan Program The Trail of Tin Mining, Perak yang berlangsung pada 20-23 Ogos 2024 anjuran Tourism Malaysia Northen Region.


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS