Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Finally jenama kasut selesa yang terkenal di Singapura, Sunday Staples telah berjaya mengorak langkah dengan membuka cawangan pertama mereka di Malaysia. Sunday Staples memilih Pavilion Bukit Jalil sebagai lokasi kedai fizikal pertama mereka di Malaysia.
Kejayaan ini dianggap sebagai satu pencapaian yang membanggakan memandangkan sebelum ini mereka telah berjaya dengan jualan lebih daripada 200,000 pasang kasut dalam 5 tahun dengan 4 kedai mereka di Singapura.
Sunday Staples menjadi pilihan pengguna mereka kerana keselesaan, functionality dan design yang feminim dengan pelbagai warna yang neutral, memudahkan pengguna mereka untuk mix and match dengan pakaian harian mereka.
Jenama Sunday Staples juga terkenal dengan keselesaan dengan pilihan material kasutnya yang sesuai dengan cuaca iklim tropika di negara Asia dengan teknologi yang inivatif dengan menggunakan signature Cloud Series.
Sunday Staples - Signature Cloud Series
⭐ Microfibre Leather
⭐ Waterproof Linen
⭐ Waterproof Satin
⭐ Waterproof Suede
Kedai pertama mereka di Pavilion Bukit Jalil yang terletak di Tingkat Level 3-64, Pink Zone kini mempamerkan dan menjual seleksi kasut mereka yang selesa dengan teknology Cloud Series selain daripada tambahan seperti leather straps, heel padding, Flyknit uppers dan kasut bertumit tinggi yang selesa dipakai untuk jangka panjang sebab support selesa.
Bagi saya, material dan pilihan warna yang ada di Sunday Staples sangat unik dan sesuai sangat untuk penggunaan harian pemakainya. Dengan variasi design jenis kasut untuk banyak acara, korang mesti akan jumpa kasut yang korang cari disini.
Range harga untuk kasut Sunday Staples di outlet Malaysia mereka adalah bermula dari RM200 - RM300++. Saya dah ada dan cuba sepasang, korang bila lagi?
The Sunday Staples
Level 3-64, Pink Zone,
Pavilion Bukit Jalil.
Website: sundaystaples.com/en-my
Facebook: www.facebook.com/sundaystaples
Instagram: www.instagram.com/sundaystaples
Zayani Zulkiffli.










0 Comments