Review Go&Move™ Seamless Period Panties


Assalamualaikum dan hai korang!

Siapa kat sini yang suka pakai seluar dalam wanita jenis seamless panties yang material breathable angkat tangan sebab kita gengヽ(^o^)丿. Woho!

Seamless panties ni best bagi saya sebab lebih modest dan versatile. Kenapa versatile? sebab boleh pakai dimana-mana occasion tanpa risau kalau kat belakang korang ternampak kesan seluar dalam. Nak buat aktiviti apa-apa pun lebih confident dan tak segan.

Lagi best pula kalau seluar dalam seamless panties yang boleh pakai waktu period juga kan? Dah lama saya nak share dengan korang pasal Seamless Period Panties daripada Go&Move™ yang korang boleh pakai semasa period tanpa pakai pad!

Discount code pembelian Go&Move™ Seamless Period Panties ada dibawah

Jujur cakap, memula saya pun tak confident nak cuba pakai panties tanpa pad semasa period, ye lah sepanjang hidup ni kita dah memang biasa pakai pad masa period, itu pun kadang-kadang bocor, apatah lagi ini nak pakai panties je kan.

Tapi lepas cuba pakai Go&Move™ Seamless Period Panties semasa period few times, *dah try and error masa light dan heavy flow* surprisingly selesa sangat pakai dan yang paling penting takde bocor walaupun heavy flow sebab Patented Leak-Proofing Go&Move™ (Patent No.:US012396903B2).

Masalah yang biasa kalau kita pakai pad masa period:
👉 Pad bocor;
👉 Nampak tebal dan tak selesa;
👉 Boleh naik ruam kalau material tak breathable;
👉 Rasa tak confident takut leaking;
👉 Dan banyak lagi lah kan.

And~~ Go&Move™ Period Panties boleh counter semua masalah ni tau. Meh saya explain kenapa.

Go&Move™ Patented Leak-Proofing

Specialnya panties daripada Go&Move™ siap ada patent design reka bentuk khusus untuk mengelakkan kebocoran semasa pakai seluar dalam ni. Kalau tengok dengan mata kasar susah nak nampak, tapi kalau belek-belek memang ada beza lapisan cawat panties Go&Move™ dengan yang lain.

Lapisan anti bocor ini juga memudahkan kulit bernafas dan mengelakkan darah atau sebarang cecair daripada bertakung kat lapisan tu je. Bila cecair atau darah terus ke lapisan seterusnya, kita yang pakai pun akan rasa lebih selesa sebab kering dan tak ada bau.


SGS Certified 99.9% Anti Bakteria

Semua seluar dalam Go&Move™ ada satu lapisan zinc ion absorbent layer yang membantu mengelakkan pembiakan bakteria dan mengelakkan bau walaupun dah pakai dan basuh panties ni berkali-kali.

Dengan bangganya Go&Move™ Seamless Period Panties merupakan SGS Certified yang boleh mencegah pembiakan bakteria sehingga 99.9%. Disahkan oleh SGS penting sebab syarikat ni buat testing, inspection dan certification atas produk dan pensijilan mereka memang dipercayai.

The Purple Gusset

Lapisan dalam Go&Move™ Period Panties yang berwarna ungu gelap / deep purple akan meminimakan kesan merah darah selain daripada memudahkan kita nak cuci nanti lepas pakai. Lapisan ini juga mesra kulit yang membantu pemakainya untuk kekal kering, segar dan selesa.


Ultra-Thin & Breathable

Diciptakan khas untuk pengguna negara yang panas seperti Malaysia, Go&Move™ Period Panties adalah salah satu diantara panties yang paling nipis didalam pasaran dengan ketebalan cawat (gusset) hanyalah 0.1cm dan material yang telap udara.

Walaupun nipis, korang jangan risau sebab ada JIS Certified mountaineering-grade waterproof membranes yang deorang dah test, memang kalis bocor dan mampu tampung sehingga 30ml cecair atau lebih kurang 3 pad, tambah pula dengan Patented Leak-Proofing tadi.

[Daytime Panties]

Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs - Daytime


Macam yang saya cakap sebelum ni, saya memang suka seluar dalam jenis seamless sebab lebih modest dan versatile yang sesuai dipakai dengan apa-apa outfit pun tanpa fikir kat belakang ada kesan line seluar dalam. So kalau baju terselak pun takde lah malu sebab ada line tu.

Go&Move™ panties ni sangat function bila time yang kita nak almost time period tapi kita tak pasti bila, jadi better pakai je period panties ni in case apa-apa. Kalau untuk orang yang macam saya jenis period tak regular ni lagi function, pakai je tanpa risau bila menstrual cycle tu nak datang.

Rasa pun macam pakai regular panties je, tapi upgraded version gitu  •̀⩊•́

Review Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs - Daytime, Moderate Flow

Review Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs - Daytime, Moderate Flow


[Overnight Panties]

Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs - Overnight


Kalau ada hari yang darah haid korang banyak, korang boleh pakai seamless panties yang overnight ni juga. Secara jujurnya, bleeding setiap cycle saya tak adalah banyak sangat sampai kena tukar pad 2-3 jam sekali. Tapi pakai overnight panties ni masa tidur memang selesa betul.

Saya cuba pakai Overnight Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs semasa dalam pantang. Tak sangka overnight panties ni mampu tampung darah nifas lepas bersalin walaupun darah banyak. Yang bestnya, saya tahu darah banyak keluar tapi tak rasa heavy dan basah pun panties ni ٩(ˊᗜˋ )و

Bau darah nifas ni pun lain macam sikit daripada darah period, ye lah, dah peram 9 bulan kan, tapi dengan teknologi material lapisan panties ni, bau tu memang kurang. Kalau ada ketul-ketul tu, saya akan lap dengan tissue dan buang kat toilet je. 

Review Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs - Overnight, Moderate Flow

Review Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Leak-proof Briefs - Overnight, Moderate Flow

3 Lapisan Go&Move™ Seamless Period Panties Moderate Flow

Lapisan Pertama - Purple skin-friendly layer:

Lapisan yang kita nampak warna ungu/purple ni bukan saja buat color ungu, tapi sebab warna purple boleh neutralizekan warna merah darah dan supaya kesan darah mudah nak cuci. Selain itu, lapisan ini penting sebab 99% mengelakkan pembiakan bakteria dan anti-bau.

⭐ Lapisan Kedua -  Zinc ion absorbent layer:

Lapisan tengah yang menggunakan material zinc ion ini sangat penting untuk keselamatan pengguna dia sebab mencegah pembiakan bakteria, membantu menyerap sebarang cecair dan anti-bau.

Lapisan Ketiga - Ultra-thin leak-proof layer:

Jangan pandang rendah sebab walaupun lapisan paling dalam panties nipis je, kurang daripada 0.02mm, tapi dengan menggunakan material JIS Certified mountaineering-grade waterproof, lapisan ni akan mengelakkan sebarang kebocoran.

Perbezaan Go&Move™ Briefs Daytime & Overnight

Beza Go&Move™ Briefs Daytime & Overnight adalah sebab bentuk design cawat (gusset) dia. Ada yang jenis tidur sopan dan ada yang tidur lasak macam saya. Untuk overnight panties, design cawat dia bentuk macam hand-fan khas untuk mereka yang tidur mengiring dan untuk extra protection.

Kalau korang perlukan extra security, korang boleh juga check out Go&Move™ punya Heavy Flow Briefs Daytime & Overnight.


[Panty Liner]

Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Liner Briefs


Untuk korang yang jenis pakai panty liner, especially yang kena pakai setiap hari tu mesti kadang-kadang tak selesa kan nak pakai liners je kat bawah tu. Tahu tak, Miss V kita pun ada time perlu bernafas dan sebab itu lah pentingnya untuk cari jenis yang breathable.

Korang boleh try Mid-Waisted Seamless Liner Briefs daripada Go&Move™ sebab selain daripada material dia lembut rasa macam tak pakai pape dan selesa, panties ni juga stretchable dengan material yang breathable.

Review Go&Move™: Mid-Waisted Seamless Liner Briefs

Review Go&Move™: Mid-Waisted Seamless Liner Briefs

Selain daripada dapat keselesaan yang maksima, korang juga boleh la jimat daripada beli pakai panty liner sebab sekali pakai panties ni sepanjang hari dan boleh ganti up to 6 panty liners setiap hari tau. dahla jimat, selesa pula tu.

Dalam Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Liner Briefs ada 3 layer penting supaya dapat tampung segala discharge selain daripada fungsi anti-bakteria, anti-bau dan material yang cepat kering untuk kelesesaan pemakainya.

Walaupun ada 3 layer, tapi Go&Move™ Mid-Waisted Seamless Liner masih lagi paling nipis kalau nak compare pakai regular panties dan liner. Lepas tu takde lah annoying kalau liners tu tercabut daripada panties kan.


Cara penjagaan Go&Move™ Seamless Period Panties

Mesti korang fikir cara nak cuci Go&Move™ Period Panties ni akan susah dan renyah kan? Jangan risau sebab nak jaga seluar dalam ni mudah je. Nak cuci pun senang sebab material dia.

✅ Boleh cuci dengan tangan atau letak dalam laundry bag dan masukkan kedalam mesin basuh.
✅ Keringkan dengan angin biasa. Jangan keringkan dalam mesin, jangan pakai softener atau peluntur.


Untuk korang yang nak beli dan cuba Go&Move™ Seamless Period Panties, korang boleh guna promo code [NZAYANIZ] untuk daftar keahlian dan dapatkan diskaun 10% untuk pembelian diatas RM100.

Berminat dengan produk ni?

Go&Move™ Seamless Period Panties - Daytime (tekan sini untuk beli)
Go&Move™ Seamless Period Panties - Overnight (tekan sini untuk beli)
Go&Move™ Seamless Liner Brief (tekan sini untuk beli)

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS