Friday, September 22, 2017

Kedai Barang Preloved Jalan-Jalan Japan (JJJ) Buka Cawangan Kedua di 1 Shamelin Mall, Cheras

Hai korang,

Siapa yang tak suka shopping terutamanya barang murah kan? Pernah tak singgah kat Jalan Jalan Japan (JJJ) di Sky Park, One City Mall, USJ di Subang Jaya? Jalan Jalan Japan USJ merupakan outlet pertama mereka yang dah dibuka pada November 2016.

Jalan Jalan Japan diasaskan oleh Bookoff Corporation Limited, syarikat dari Jepun yang dah ada lebih daripada 800 cawangan diseluruh dunia dengan pengalaman selama 27 tahun dalam perniagaan barangan terpakai dengan kerjasama dengan Koike, sebuah syarikat trading di Malaysia.

Disebabkan kejayaan dan orang Malaysia yang gilakan barangan murah dan barang pre-loved dari Jepun, makanya Jalan Jalan Japan akan buka cawangan kedua mereka pada 30 September 2017 nanti di 1 Shamelin Mall, Cheras.

 

Jalan Jalan Japan merupakan kedai sebaneka yang menjual pelbagai barangan pre-loved (terpakai) dengan harga serendah RM1 sahaja. Daripada pakaian kanak-kanak, wanita dan lelaki, permainan, alatan sukan, perkakas dapur dan banyak lagi.

Orang yang gilakan barangan dari Jepun wajib datang Jalan Jalan Japan sebab semua barang kat sini memang original datang dari sana. Barang branded pun ada. Kalau nasib baik, jumpa la barang dari Disneyland Tokyo punya.

Ni kalau mak-mak datang mesti gila nak beli perkakas dapur. Periuk, pinggan, cawan banyak gila. Macam aku tak berani sangat nak beli periuk atau pinggan deorang, takut deorang masak daging yang tak sepatutnya, jadi aku gila la kat set cawan ni. 


Set cawan ni ada yang lengkap dengan teko dia. Boleh juga beli asing-asing. Teko dalam RM15 dan sate set cup dan piring RM10. Untuk total 4 set cawan dan teko hanya RM55 sahaja!

 

Ni kalau beli buat hiasan kat rumah pun orang tak tahu harga dia RM5 sebab nampak ekslusif. Bekas jar kat bawah tu boleh beli untuk letak gula ke garam. Comel-comel dan cantik wei, seriously rambang mata. Nampak ni cantik, lepas tu ada lagi cantik!


Baju jangan cakap lah. Segala jenis pakaian yang korang cari semua kat sini. Nak cari apa? Baju sejuk untuk trip ke negara sejuk? Ada je. Aku suka dengan pilihan dress kat sini, Murah sangat, macam gambar kat bawah ni satu tu RM5 dengan RM10 je! Beli pakai kat rumah.

Orang lelaki mesti cakap "Eleh, mesti banyak baju perempuan je". Tak wei. Kat sini ada satu bahagian pakaian lelaki juga. Harga pun murah-murah juga. Paling best, ada alatan sukan untuk korang bersenam. Dumbell harga RM30 satu set pun ada, mana nak cari?

 


Antara barang yang sempat aku beli masa pre-opening haritu adalah:

 

Baju dua kat atas tu buat pakai kat rumah. Kalau yang suka pakai dengan semuar dah jaket memang cantik pun. Yang kat bawah dia tu aku jadikan satu set pakai dengan seluar. Comel gak. Ada lagi satu blouse lupa nak ambil gambar, cantik rupa dia, macam kimono.

Figura karakter anime Naturo kat bawah ni beli sebab suami aku memang suka betul dengan Naruto. Jepun kan popular dengan anime. Gundam pun ada jugak, tapi dia tak beberapa minat.

Comel ada anjing/ fox atas deorang. Haha

 

5 Helai baju cantik: RM3, RM3, RM10, RM5, RM10
Rug karpet bulu: RM15
Figura Naruto: RM20
Figura : RM15
Set mangkuk (1 besar, 3 kecil): RM10
Bekas Lilo & Stitch (original dari Tokyo Disneyland): RM2
Bekas bentuk bunga RM3
Bekas bentuk segi empat: RM3

Total semua: RM 99.


Berita baik untuk penggemar barangan pre-loved dari Jepun, 100 orang yang pertama yang datang shopping ke hari pembukaan pada 30 September 2017 dari pukul 10AM, korang boleh menikmati diskaun 10% dan kalau nak extra 5% diskaun, cakap je nama blog "Zayani Zulkiffli".

Waktu operasi: 10AM - 10PM (Setiap hari)

Jalan Jalan Japan
1 Shamelin Mall, Unit L3-006, Tingkat 3,
100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur, Malaysia

Facecook: www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia
Instagram:www.instagram.com/jalanjalanjapanmy


Till then,

13 comments:

  1. Wush ni wajib pegi ni! cawan tengkorak otak tu mcm best je nak beli XD ❤❤❤

    ReplyDelete
  2. Wahhh murahnya barang2 dekat kedai ni. Ruginya tak singgah padahal semalam ana ke one city ni kot. Aduh!! Minat dgn set cawan tu.

    ReplyDelete
  3. wah.. baju2 wanita dia lawa-lawa lah yani.. yang yani pegang tu pun lawa2.. alamak ada Naruto tu.. comey gilerrr.. bula la dapat pi sini.. huhu

    ReplyDelete
  4. wow!!!A lot of things to view and shop!!!! The price also very reasonable!!

    ReplyDelete
  5. Such a detailed post. You have written really well. So helpful to others who are in need.

    ReplyDelete
  6. adudududu...cantiknya baju tu....murah pulak tu...ok2 hari minggu kak lina nak terjah nnt...tqqqq

    ReplyDelete
  7. eh tak ajak? hehe.. just kidding. i was there too!, bestnye shopping. all very nicely priced and still in good condition.

    ReplyDelete
  8. yeah nice place to shop, saw many I like.
    wanna go again but not so near to me the place. I went 2 times already :D

    ReplyDelete
  9. Bestnya shopping kat sini. Dah la harga murah. Pernah pergi yang dekat Subang tu je.

    ReplyDelete
  10. Its nice you found a surplus store of Japan products. Thats cool! That kind of store is rare here in Manila.

    ReplyDelete
  11. Uit? Kat USJ je? Dekat je ngan rumah kita ni... Harus kena check it out.

    ReplyDelete
  12. These prices are really unbeatable. Although I draw the line in shopping for used items for certain products, I know there are still plenty that I would buy!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^