Nak daftar sebagai sukarelawan iM4U ? Klik sini.
Demi menyahut seruan kerajaan dan oleh sebab aku cukup syarat untuk menyertai Sukarelawan Pertahanan Awam ni, aku pon mendaftar di lawan web Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk jadi sukarelawan demi untuk berbakti kepada negara :D
Daftar di sini, Sistem Pendaftaran Anggota Sukarela Pertahanan Awam (SiSPAL).
Sukarelawan Pertahanan Awam ialah orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana² pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah :-
- Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
- Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
- Mempelajari ilmu Pertahanan Awam

- Warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan dan tiada kecacatan fizikal.
- Kelulusan akademik sekurang-kurangnya SRP/LCE/PMR.
- Tidak menyertai badan beruniform yang lain.
- Berminat menjalankan tugas secara sukarela.

Antara faedah kalau korang join Pertahanan Awam ni adalah,
- Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
- Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
- Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
- Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
- Belajar bagaimana cara pengendalian peralatan operasi
- Belajar tatacara berpakaian seragam
- Dapat belajar seni mempertahankan diri
- Dapat belajar membaca peta dan kompas
- Dapat belajar Asas Pertolongan Cemas
- Dapat belajar bagaimana hendak melakukan Ascending dan Discending
- Belajar bagaimana hendak melakukan Breathing Apparatus (BA SET)
- Mendapat pengetahuan mengenai ikhtiar hidup
- Dapat belajar asas kebombaan
- Dapat belajar asas menyelamat
- Dapat ilmu pengetahuan harian seperti medik dalam menghadapi situasi kemalangan yang berlaku.

Antara kemudahan yang akan korang dapat adalah, .
- Mendapat rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Mendapat elaun berkhidmat
- Mendapat Uniform percuma
- Menerima bounti (Saguhati) tahunan
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di seluruh Malaysia kerana Pejabat/Cawangan Pertahanan Awam terdapat di seluruh Malaysia
37 Comments
singgah malam ye
ReplyDeletesinggah malam ye
ReplyDeleteudah folow tau
ReplyDeleteorg biase pon leh gak ae?
ReplyDelete@Abu Luqman
ReplyDeletethanks singgah. dah follow jugak :)
@Dak Fisha
ReplyDeleteboleh.! :) die tak mengira saiz dan apa apa, just kena cukup syarat kat atas tu. lepas register, nanti die akan call untuk kursus :D
menarik nih...^__^
ReplyDeletezayani dah masuk jadi ahli pertahanan awam eh?
@Ayie Abas
ReplyDeletemmg menarik pon. ha'a, da join. tapi baru lagi jugak. join la sekali :D
nak tau lebih lanjut dulu...zayani..:D
ReplyDelete@Ayie Abas
ReplyDeleteoh. boleh je :)
berapa lama kursusnya..?
ReplyDeletekursusnya berapa lama yunk...?
ReplyDelete@Zayani cm berminat je...kursusnya berapa lama yunk...?
ReplyDeletecm berminat....komen da publish ke blommm..?cm x je....kursus nye lame ke yunk..??
ReplyDelete@apricot
ReplyDeletekejap je. tp kalau takda masa kurses tu boleh amik half2.
Mcm mna nk cari borang niyh. Sy da try bkk . Tak jmp
DeleteMcm mna nk cari borang niyh. Sy da try bkk . Tak jmp
Delete@apricot
ReplyDeletekalau berminat, join lah :)
Berapa lama kursusnya?
ReplyDeleteBerape lama kursusnya?
ReplyDeleteBerape lame n bsenye kat mne?
ReplyDeleteBsenye dekat mne?
ReplyDeleteBiasanya kursus kat pusat latihan pertahanan awam. Duration lak bergantung kat kursus apa yg korang pegi. Selalunya kurang dari seminggu. Ada yg 3-4 hari ja.
ReplyDeleteKursus biasanya buat kat pusat latihan. Duration slalunya seminggu. Ada jgak yg 3-4 hari ja. Depends kat kursus tu la..
ReplyDelete@Zayanikalau tengah belajar digalakkan ke?
ReplyDeleteDigalakkan. Ada sesetengah kolej atau universiti ada program ni kat sana.
Deletemcm mna nk isi ni ...?
ReplyDeletenak tnya, klo dh daftar sukarelawan jpam online ni, camne nak tau yg kita ni diterima atau tidak
ReplyDeleteNanti kalau terpilih, mereka akan hubungi melalui surat atau telefon atau email.
DeleteAde training pakai m16 ke.
ReplyDeleteUntuk setakat ini, macam tiada. Tapi boleh hubungi yang berkenaan untuk maklumat lanjut.
DeleteSaya dah mohon tapi masih menunggu jawapan insyallah doakn sye moga dapat aminnn
ReplyDeleteyg blog ni punya pendaftaran online tak same dengan yg sekarang,betul tak?
DeleteMcmne nk dftar? Minat sgt ni.. Pliss info skit.. Nk mohon mcm mne?
ReplyDeleteNk dftar macam mne ni?? Minat sgt.. Pliss info skit.. Tq
ReplyDeleteberminat nak join, dah apply kat link ni http://aspa.civildefence.gov.my/force/aspa/application ,agaknya berapa lama ye untuk keputusannya?
ReplyDeleteSaya daftar untuk tahun nie. Harap2 ada larh rezeki ku 😊 in shaa Allah. . . Aminnn
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^