Wednesday, May 16, 2018

Unik! Berbuka Dengan Menu Rare Dari BBQ Lamb KL

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan :)

Siapa cakap susah nak jumpa lokasi makan yang menghidangkan makanan bakar seperti kambing, ayam dan seafood terutamanya sempena dengan bulan puasa ni?  Nak makan BBQ Lamb yang Halal, harga berpatutan dan eksklusif?

Jemput singgah ke BBQ Lamb KL. Kedai makan ini terletak pada lokasi yang sangat strategik, iaitu di Kemensah. Kat belakang Zoo Negara je, atau korang boleh Waze ke lokasi terus. Memang jalan macam masuk kampung sikit.

Walaupun daripada Zoo Negara mengambil masa hampir 10 minit, tapi perjalanan tu berbaloi sebab korang akan makan sambil ditemani dengan bungi air sungai. Kalau datang awal, boleh lah mandi atau rendam kaki sekali.


Mendamaikan fikiran makan ditepi sungai macam ni.

Set makan yang ditawarkan oleh BBQ Lamb KL pada bulan Ramadhan tahun ini adalah lain daripada yang lain sikit. Dengan berkonsepkan makan bersama keluarga, satu set makanan ini boleh dikongsi dalam 4 hingga 6 orang tau.

Satu set makanan akan dihidangkan bersama dengan:

1. Pilihan BBQ Lamb/ Seafood/ Bird
2. 4 pinggan Nasi Herba
3. 2 pilihan jug minuman
4. Dessert Jelly/ Cocktail
5. Salad/ coleslaw
6. Kurma.

Burn baby burn.

 

Disebabkan lokasi yang hot dan hidangan set makanan yang rare, korang yang teringin nak datang berbuka disini perlu buat tempahan awal dahulu ya. Kang datang, takde tempat pula sebab tempat duduk adalah terhad.

Buat masa sekarang, mereka hanya boleh menerima lebih kurang 100 pelanggan pada satu-satu masa. Good news, pelanggan yang datang pada minggu pertama (19/5 - 25/5/2018) boleh menebus diskaun sebanyak 5%.

Set Daging RM188.00


Set daging didatangkan dengan 3 sos pilihan chef kat sini iaitu BBQ spesial, bawang putih dan mint. Sebagai peminat kambing bakar, ini pertama kali saya makan kambing bakar asli yang daging tu tak dicampur dengan apa-apa rempah. Sedap juga rupanya daging kambing tanpa apa-apa rempah.

Proses membakar kambing yang mengambil masa lebih 1 hari setengah ini berbaloi bila daging yang dihasilkan oleh proses tu lebih lembap, manis dan sedap. Senang kata, kalau datang ke sini tapi tak cuba kambing bakar ni memang rugi.

Kedai makan ini memang pernah viral suatu ketika dahulu sebab kambing bakar ni.


Set Seafood RM188.00


Peminat tegar makanan jangan sedih sebab BBQ Lamb KL turut menawarkan hidangan set makanan laut yang terdiri daripada ketam goreng tepung, ikan salmon bakar, sotong besar bakar dan cheese lobster bakar.

Tak tahu kenapa, semua benda yang dibakar disini tak terlalu kering. Senang kata, chef yang masak ni tahu bila nak bakar dan bila nak angkat. Tak pernah jumpa pun bahagian makanan mana yang tak masak. Part paling sedap, air seafood tu keluar lepas bakar, sedap tu.

Hidangan set ini sesuai dijamah bersama dengan pilihan yang diberikan iaitu sos salsa and sos tartar. Saya recommend korang cuba dengan sos salsa sebab saya suka sangat dengan sos tu. Kambing bakar pun saya makan dengan sos tartar.


Set Burung RM168.00


Set burung merupakan set yang paling rare dan unik kat sini. Set ini didatangkan dengan burung puyuh, kepak ayam, daging itik dan ayam percik. Jarang nak jumpa mana-mana kedai ada set macam ni, setakat saya tahu, kat sini je ada.

Kena cuba rasa daging itik tu dengan nasi herba dia, mesti rasa macam nak tambah order daging itik saja. Seriously sedap sebab dibakar dengan style medium-well. Terasa daging itik yang dibakar diatas arang tu, tak cicah dengan sos pun dah sedap.

Set burung juga didatangkan dengan 3 sos istimewa, BBQ spesial, bawang putih dan mint.


Nasi Herba ni walaupun rupa dia macam nasi arab, tapi bukan ya. Nasi ini bagi saya merupakan kombinasi jenis nasi yang tepat untuk dipadankan dengan set-set tadi. Tekstur, bahan dan jenis masakan nasi yang tak terlalu komplex, tak menyebab kan orang terlalu kenyang.

Ye lah, orang Malaysia apa-apa semua nak nasi sebab tu nasi ni sesuai. Rasa nasi herba tu, dia blend dan masuk sekali dengan sos dan air bakar daging atau seafood tadi. Pandailah siapa yang buat resepi nasi ni. Tambah nasi 2 kali pun tak terasa muak nak makan.


Dessert Cocktail bersama dengan set.


Bulan Ramadhan dah plan nak bawa keluarga datang berbuka kat sini. Satu set harga dalam RM188, tapi kalau bahagi dengan 4-5 orang makan, seorang tu dalam RM38.00 sahaja. Berbaloi juga sebab set ni banyak dan meriah.

Kat mana lagi nak berbuka dengan suasana macam tengah ber-BBQ dalam hutan macam ni kan? Boring lah kalau asyik makan bufet saja kan.


Tarikh hidangan set Ramadhan: 19 May - 12 Jun 2018.

Waktu operasi sepanjang Ramadhan: 7PM-11PM

BBQ Lamb KL
Jalan Taman Zooview (21.93 km), 68000 Kuala Lumpur.
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
Contact: 0122114100


Till then,

19 comments:

  1. Best kan makan kat sini dengan pilihan hidangan set untuk berbuka tu yang menarik ada seafood, daging dan burung..akak prefer set daging dan set seafood, nasi dia pun sedap..menarik kalau ada ura- ura nak berbuka lain dari kebiasaan kan..

    ReplyDelete
  2. unik sgt ni berbuka puasa ditemani deruan air sungai...sedap ketiga2 set tu..lapar plak tgk gmbr2 ni...dkt je ngan umh...ada kesempatan bole pi berbuka lg

    ReplyDelete
  3. ainy pernah pergi sekali dulu makan kat sini. banyak giler lauk2 yang diorang ada. lepastu lamb pun lembut. pandai diorang masak. memang jadi salah 1 tempat #cadanganmakan untuk sesiapa yang suka makan lamb.

    ReplyDelete
  4. Kita dah pergi dan kita suka sgt dgn set bird.. smoked duck dan chicken wing mmg sedap.. dgn nasi herb dan dessert tu mmg mengancam dan ngam rsnya.. kena repeat lagi nnt

    ReplyDelete
  5. sedap sungguh menu yang disediakan utk bulan puasa ni, nampak set seafood dgn ketam lembut goreng tepung tu memang menggiurkan..harga pun not bad

    ReplyDelete
  6. Murahnya harga set tu. Dah la lokasi dia menarik dan mesti nyaman suasananya kan?

    ReplyDelete
  7. amboiii seronoknya makan. sapa suka kambing tu mmg syurga la kan. kena pula duduk kt sungai dengar deruan air sambil makan fuhhh nikmatnyaaa

    ReplyDelete
  8. fuhh..kambing dibakar selama 1 hari setengah ke? slow cook ke macam mana ni? Kalau iye, mmg juicy la, then isi daging mesti lembut jer kan..

    ReplyDelete
  9. Wahhh nampak sedapnya BBQ lamb kali ini. Memang rare kalau berbuka makan lamb BBQ. Berbaloi la kalau RM38 seorang kan. Kena ajak family Ika datang sini la.

    ReplyDelete
  10. Memang tempat nih lah duk cari selama nih nak bawa family jalan jalan. Tertarik dengan konsep yang dibuat makan dalam sungai. Sambil makan boleh main air. Yang paling best makanan yang dijual semua nampak sedap sedap belaka

    ReplyDelete
  11. Nasib baik la tak tengok artikel ni waktu siang. Kalau takkkkk... memang nampak unik kat sini sebab ada pelbagai pilihan. Thanks for the sharing.

    ReplyDelete
  12. sedapnya tgk korang makan... kita bkn hantu kambing.. tp makan lah juga... tp ramai kata kalau bakar lg sedap kambing dr masak kari or apa2..betul ke...satu set rm188.. leh share beberapa org...kire murahla tuh....boleh try nnti

    ReplyDelete
  13. Ramai dah blogger share makan kat sini..argghhh nyesal tak gi hari tu. Tak apa lah..kalau ada rezeki nak jugak ke sana, nak makan lamb tu..nampak sedap sangat. Tempat pun nampak best jew!

    ReplyDelete
  14. Laaaaa dekat belakang Zoo Negara je ke.. mesti best gilakan suasana dia. Sebelum ni tau zoo negara je.. tak sangka ada Kemensah ni haaa

    ReplyDelete
  15. Perghhhhhh tergugat tengok lamb dia... Dari hari tue nak pergi sini, tapi tengok macam ramai sangat orangnya... Dapat makan dalam air, lagi rare

    ReplyDelete
  16. Tak boleh tengok menu kambing sebab mesti teringat. Memang favorite mana2 je pergi mesti cari kambing. Tengok gambar pun dah menyelerakan. Lepas ni kalau singgah KL nak datang BBQ Lamb Kemensah ni.

    ReplyDelete
  17. The lamb bone looks like a great chewing tool. Bet you enjoyed it for sure. I'm a sucker for any lamb meal. Will make a pit stop soon.

    ReplyDelete
  18. This place looks extrodinary, the feeling of dining here must be nice except got to be careful of the mosquitos hehe when I have the chance I'll love to pay them a visit because I love lamb as well.

    ReplyDelete
  19. Akak suka lamb tapi lebih prefer set drpd buffet sbb buffet buat kita rasa nak makan lebih drpd cukup. Hidup ni lucu. Waktu muda x mampu beli. Bila dah tua - mampu beli, tapi x mampu mkn pula. :D

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^