Apa itu Gagasan 1 Malaysia?

Salam 1Malaysia.

Ikuti satu pertanyaan dan jawapan tentang Gagasan 1 Malaysia yang sering menjadi persoalan kita semua.

Saya pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi. Sama dengan pelajar lain, saya juga sering mendengar mengenai gagasan Satu Malaysia. Bahkan di universiti tempat saya belajar, ada program berkaitan Satu Malaysia dianjurkan.



Pelbagai pihak mentafsir gagasan Satu Malaysia dari sudut berbeza. Ini benar-benar mengelirukan. Saya juga pernah berbincang dengan beberapa rakan mengenai apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan gagasan Satu Malaysia.

Jawapan diberikan juga tidak sama. Saya tahu, sebagai pelajar universiti tentu sekali perlu mengikut perkembangan semasa supaya dapat menjadi mahasiswa berkualiti.

Saya tidak mahu dilihat sebagai mahasiswa kurang ilmu pengetahuan manakala soalan mengenai gagasan Satu Malaysia memang sering ditanya dalam temu duga ketika memohon pekerjaan.

Apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi kekeliruan ini?

Ingin Tahu
Kuala Lumpur

PELBAGAI tafsiran berbeza mengenai gagasan Satu Malaysia. Matlamat sebenar gagasan Satu Malaysia adalah kepentingan semua rakyat negara ini dengan mengambil kira kesejahteraan setiap etnik.

Konsep Satu Malaysia menggariskan beberapa prinsip yang harus diterapkan kepada masyarakat supaya proses menuju taraf negara maju dapat dicapai. Antara syarat ditekankan termasuk menghormati identiti etnik, peruntukan teras perlembagaan dan sikap penerimaan antara kaum.

Dalam usaha adik menghilangkan kekeliruan dengan maksud sebenar gagasan Satu Malaysia pencarian kepada maklumat yang tepat adalah sangat penting. Mencari dan membaca maklumat dari sumber sahih mengenai konsep Satu Malaysia serta mentafsir dalam konteks betul adalah antara cara adik menghilangkan rasa keliru dengan maksud sebenar Satu Malaysia.

Adik digalakkan mengikuti sebarang acara atau program berkaitan gagasan Satu Malaysia untuk memberi lebih kefahaman. Dalam perbincangan dengan rakan, pastikan adik tidak memberi maklumat salah mengenai gagasan Satu Malaysia semata-mata kerana ingin membuktikan adik mengikuti perkembangan isu semasa.

Pengetahuan yang tepat mengenai gagasan ini menguntungkan adik kerana membuktikan kematangan berfikir dalam menghadapi apa jua keadaan selepas ini termasuklah ketika menghadiri temu duga.

Post a Comment

4 Comments

Sharinginfoz said…
apa yang penting ianya untuk kebaikan rakyat
--Sharinginfoz

yeah.
harap² nya mcm tu lah :09
Anonymous said…
i need more info about this..
huh..kuar exam plak sal gagasan 1malaysia..
susah,..!!
--Anonymous

boleh surf kat internet, banyak lagi info yg boleh anda dapat :19

FOLLOWERS