Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Heboh jugak kat facebook pasal orang ramai di suruh untuk boikot barangan daripada Robert Kuok ni. aku pon memula percaya jugak sebab mama aku yang post kan *ramai lagi yang letak jugak*.

Jadi, setelah aku percaya pasal benda ni, aku pon agak cuak sebab minyak masak tu selalu aku guna. Kedai makan pon banyak guna minyak tu. Dengan tepung lagi, roti tu lain la. So, aku pon memulakan la pencarian berita ni betol atau tak.


Setelah aku carik kat google, search pasal "Robert Kuok boikot" then jumpa banyak website yang berkaitan, aku rujuk pulak kat laman web JAKIM untuk direktori halal JAKIM ni, barulah aku tau yang sebenarnya.

Sebenarnya, benda² ni semua tak betol pon. Sahabat Halal Jakim pon dah sahkan perkara ni, JAKIM sendiri dah cakap segala tepung, minyak masak tu dengan roti tu memang telah DISAHKAN HALAL.



Finally, aku tau jugak benda betol pasal perkara ni. Bukan niat aku nak kondem mana² pihak. Takde niat pon nak kutuk atau tak nk menyokong kaum sendiri, apatah lagi agama sendiri.

So, sebelom korang re-postkan atau sebarkan atau nak percaya sesuatu perkara tu, sila la semak dan pastikan maklumat tu betol. Ni pasal halal-haram, bukan hal yang kecik. Tq.


Entry berkaitan