Semalam aku, En Domo dan segerombolan blogger serta ramai manusia yang lain telah menonton sesi pertama teater Lawak Ke Der 3. Untuk persembahan Lawak Ke Der 3 tahun
2013, ia menampilkan persembahan lawak terbaru dari Jambu,
Nabil, Douglas Lim dan Harith Iskander.
Lawak Ke Der 3 yang dibawakan khas oleh ESCAPE. Untuk maklumat lanjut mengenai ESCAPE, layari www.ESCnow.com sekarang.
Lawak Ke Der 3 yang dibawakan khas oleh ESCAPE. Untuk maklumat lanjut mengenai ESCAPE, layari www.ESCnow.com sekarang.
Ok. Meh sini saya nak bagi pendapat jujur. Sejujurnya, saya memang tak penah tengok pun Lawak Ke Der 1 mahupun Lawak Ke Der 2. Kalau tengok pun sikit je. Ada yang cakap Lawak Ke Der 2 lagi best dan ada jugak yang cakap Lawak Ke Der 3 yang best tahap ke-4. Nak
tau best ke tak kenalah tengok sendiri :D
Serius
saya boleh jamin yang Lawak Ke Der 3 ni lawak sangat². Terutamanya Douglas Lim *serius, tak penah kenal pun die ni, tapi sekarang da jadi peminat die*. Walaupun dia ni cina, tapi dia berjaya buat lawak yang sampai semua orang ketawa. Sampai saya sakit perut nak gelak.
Kalau korang nak tengok Nabil nyanyi parodi lagu The Fox, nak tengok Jambu kena stroke, nak dengar Douglas menyanyi lagi Awie, nak tengok Harith jadi director cerita Hindi atau buat bunyi kereta F1, korang memang patut datang tengok Lawak Ke Der 3 ni. Memang "Best Gila Ba*i Si*l !".
Dari kiri : Yus Jambu, Taukeh Jambu, Hans, Nabil, Harith, Douglas. |
Jambu :) |
Antara Blogger yang hadir. |
Hans Isaac merupakan pengarah untuk teater Lawak Ke Der 3 |
Thank you kepada Bro Framestone dan ESCAPE sebab sudi menaja tiket :D
Nak tau mana nak dapatkan tiket tengok teater ni ? Klik sini. Cepat ! Teater bermula pada 4
Disember 2013 sehingga 8 Disember 2013 atau klik sini untuk tonton dari ESCAPE.
Ni ada special offer untuk pelanggan Celcom. Jom join peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ESCAPE yang menawarkan hadiah tunai RM5,000 setiap hari!Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE.
Caranya senang saja. Mulai 7 hingga 27 Disember 2013,
- Korang perlu tonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik sini.
- Tonton setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.
- Korang dikehendaki untuk meneka dan menghantar jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Jawapan tak perlu panjang. Cukup dengan hanya satu perkataan.
p/s : Thanks to En Domo jugak sebab sudi teman tengok teater ni :D
8 Comments
Douglas terbaikk
tau takpe. saaaangat best ok.
www.broframestone.com
Bro, pic dengan bro kan tak aik. nanti kita amik eh :D
thank you :)
aah. even dia cakap macam pelat sikit kan. tetap best sangat !