Pesta buku ! Siapa yang suka buku, minat buku, sila datang sini. Yang tak minat buku tu, sila ajak orang yang korang kenal yang minat buku ni ke sini. Dan yang paling best sekali, ia ! sampailah 15 Desember 2013 nanti, pukul 9 malam baru habis.
Ada yang cakap ni bukan tahun pertama book sale ni ada, tapi saya tak tau lah sebab tahun ni baru saya menetap kat area Kuala Lumpur *walaupun Mines ni kat Selangor*. MIECC ni sebelah Mines je, yang seberang jalan ada Downtown Mines tu.
Memula masuk MIECC ni, saya tak tau na mula dari mana. Memang banyak sangat buku, tempat dia besar sangat. Jadi nak pitam sebentar. Daripada tengah merajuk dengan En Domo, daripada tengah badmood pasal jalan jam, terus boleh tersenyum ^____^
Ni baru half MIECC. Lagi half dah lepas. |
Tak rugi pun pegi sebab beli buku je pun. Dan kalau korang berniat untuk dermakan buku yang korang beli tu ke Perpustakaan Kumuniti pon korang boleh buat kat sana. Sebab deorang perlukan buku untuk bukak perpustakaan tu.
Nasihat saya kat korang yang nak pegi, sila makan banyak² sebelum pegi. Macam saya makan sikit je sebelum tu sebab sakit gusi. Tak sampai half pusing kat situ, perut dah lapar sangat. Tambah pulak nampak banyak buku pasal makanan/masakan je kan.
Oh ! Dan jangan lupa, sila bawak bodyguard sekali. Sebab dia lah yang akan jadi tukang bawak buku korang nanti dan jangan risau, kat sana korang boleh amik kotak untk letak buku tu. Ada jugak yang bawa beg roda la, trolley la dan macam² lagi.
At last ! Setelah ditapis dan dikira untuk sesuaikan dengan budjet, saya beli ni. Ada buku untuk saya sendiri, untuk adik² dan juga untuk mama. Buku ni ada yang RM5, RM8, RM12, RM15 dan RM20.
Total shopping untuk 12 buku adalah RM92.
Total shopping untuk 12 buku adalah RM92.
Klik sini untuk maklumat lanjut.
p/s : Thanks to En Domo sebab sudi bawak saya datang sini, redah jam 2 jam lebih, dan tolong pegang banyak buku. Tahun depan kita pegi lagi eh. Thanks :D
10 Comments
eh,saya tak taw camne nak contact tapi saya perlukan sponsor untuk my give away. :)
email : norhidayah@cat.com.my
memang murah sesangat :D
ni tak weekend pon. weekdays pon ada je. 24 hours lagi.
bawak la teman pegi. memang best sangat.
laa~ pegi la. serius rugi tak pegi.
hi. buku melayu ada je, novel semua. dari pintu masuk, pegi belah kanan sekali, bahagian belakang.
hunger games pun ada.