Lama tak update kan? HAHA. Minggu ni sibuk sikit banyak dengan kehidupan realiti.
Minggu lepas saya dapat invitation untuk join event daripada Kelab Blooggers Dot Com untuk aktiviti dan pensijilan DISCOVERY SCUBA.
Untuk pengetahuan korang, kalau korang tak reti berenang pun boleh je nak belajar Scuba ni. Kalau tak reti nak apungkan badan pun boleh jugak. Macam saya yang takut ikan dan air ni pun boleh je. HAHA :p
Kan ada 4 orang pelajar, so kitaorang dibahagikan kepada 2 group. Saya bersama MrJocko dan Divemaster satu group dan yang lagi 2 tu satu group. *Divemaster tu orang yang dah hebat dan dah master pasal scuba ni*
Banyak jugak sebenarnya yang kiteorang belajar. Daripada sejarah, safety, peraturan, life survival sampailah masuk dalam air buat practical dan seterusnya berscuba :)
So, ini adalah peralatan lengkap untuk orang yang nak pergi scuba. Boleh tahan berat jugak tangki tu sampai kalau saya duduk, dah tak boleh nak berdiri. Tu pun takde la tenggelam dalam air pun, terapung je.
Sangat best belajar scuba kat sini. Divemaster die sangat baik dan friendly. Siap tolong angkatkan tangki tu untuk saya sebab berat sangat. Lepas tu sangat murah ilmu, share dengan kiteorang pengalaman die dalam scuba ni.
Terima kasih kepada Dive Culture sebab sudi bagi saya join kelas "Discovery Scuba" yang bernilai RM150 dan kepada Blooggers Dot Com, yang sudi pilih saya untuk pergi. Trimas banyak².
Pemegang sijil "DISCOVERY SCUBA" boleh pergi berscuba kat mana-mana pun dengan syarat, temoat tu tidak melebihi 10 meter dan dengan bersama 1 orang DiveMaster. Yey!
Untuk korang, jangan lupa layari website DiveCulture untuk mendaftar, lihat update atau untuk tengok pasal kelas ni dengan lebih detail lagi. Ada kelas FREE jugak tau :)
FB: Blooggers.com
FB: DiveCulture
Website: DiveCulture
Entry berkaitan: Alatan Penting Untuk Aktiviti Scuba
2 Comments
SPAM eh.