Konsert Teaterikal Suara Kita- Gabungan Mantap Awie, Erra Fazira & Ziana Zain

Ahad, 9 Mac 2014, bertempat di Istana Budaya, hari terakhir Konsert Teaterikal Suara Kita yang menggandingkan Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain telah berlangsung dengan jayanya.

Teater kali ni lain sikit daripada teater yang lain² sebab dia berkonsepkan musical dan ada 2 Segmen dimana pada Segmen pertama tu, deorang akan menyanyi, dan pada Segmen kedua tu deorang akan berlakon sambil menyanyi.



Yang paling bestnya teater kali ni, pihak produksi teater dengan kerjasama pihak Istana Budaya telah memberi peluang kepada orang ramai untuk merakam persembahan untuk 10 minit pertama. Part ni merupakan part Erra, Awie dengan Ziana ni menyanyi. Macam opening la.


Konsert berlangsung selama lebih kurang 2 jam 30 minit dan selingan segmen selama beberapa minit.



Oh! Pada kali ni jugak, diperkenalkan buat pertama kalinya, seorang guitarist PEREMPUAN baru. boleh tahan best jugak akak ni main. Tapi, tak ingat pulak nama dia.


Tamat sudah persembahan yang selama 7 hari deorang ni dah buat dan selama lebih kurang sebulan berlatih dibawah arahan Erma Fatima.

Teater kali ini melibatkan beberapa lagu dan filem yang deorang bertiga ni pernah berlakon dan menyanyi bersama zaman 1990-an dulu. Jadi, memang teater ni agak menyentuh perasaan, tambah pulak dengan penghayatan watak oleh ketiga-tiga orang ni dan jugak dengan segala lawak spontan. Semua tu menjadi!



Awie pulak tak putus² cakap "Thank you" dekat isteri dia, Rozana Misbun sebab dah bagi green light untuk dia berganding dengan Erra untuk projek ni. Masa akhir persembahan deorang tu, Awie ada jugak cakap, salah satu tujuan projek kali ni adalah untuk membuktikan kepada orang ramai yang dia dengan Erra masih lagi berkawan seperti biasa.


Terima kasih buat ESCAPE kerana sudi menaja tiket ni walaupun untuk hari terakhir. Hari terakhir pun sangat best dan awesome! Hampir nak menangis rasanya. Menyentuh perasaan betul.

Layari http://www.celcomescape.com/ untuk maklumat lanjut.

 

Post a Comment

2 Comments

wancrazykid said…
wohhhh ziana zain....mesti best kan :D
Hariz said…
Nak join tapi mahal sangat. Macam membazir je

Ikhlas,
profhariz.com

FOLLOWERS