Hello dan selamat sejahtera.
Sebenarnya, antara banyak-banyak task cabaran ni, aku paling suka task ni. Sebab secara tak langsung, akan menyebabkan bakal suami tahu tempat yang macam mana menjadi pilihan aku untuk bercuti.
Cabaran Hari 22: Destinasi Percutian Impian
Impian 1
Lebih kepada ke alam semula jadi seperti bercuti di pantai, masuk hutan, atau menikmati keindahan alam semula jadi. Kalau boleh tidur dalam hutan ke, hiking ke, pun okay.
Impian 2
Tenang dan mendamaikan. Tempat-tempat macam ni memang bebas daripada kesesakan kota. Udara pun syok, segar. Bonus: Tambah pahala tengok keindahan ciptaan Allah SWT. Paling suka, picnic kat tepi pantai atau tepi tasik.
Impian 3
No gadget day. Kalau boleh masa bercuti ni aku taknak ada yang main handphone, laptop semua ke apa. Lebih baik tempat tu tak ada internet. Setakat pakai handphone untu camera boleh lah. Ni kalau ada internet tu, kejap nk check-in lah, nk Instagram la, apa lah.
Impian 4
Cuti. Ni yang paling penting. Kalau dah nama pun bercuti, kat mana-mana pun best kan. Kalau boleh cuti ni nak la habiskan bersama orang tersayang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berguna.
Cabaran lepas:Impian 4
Cuti. Ni yang paling penting. Kalau dah nama pun bercuti, kat mana-mana pun best kan. Kalau boleh cuti ni nak la habiskan bersama orang tersayang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat dan berguna.
1. Siapa Aku 10 Tahun Lagi
2. 5 Cara Memenangi Hati Zayani Zulkiffli
3. Sesuatu Yang Menguatkan Aku
4. Apa Yang Ada Dalam Handbag Aku
5. Benda Yang Aku Nak Bekas Kekasih Tahu
6. Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak
7. Resepi Kegemaran
#kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari
0 Comments