Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mesti korang dah selalu sangat dengar pasal Bekam
Sunnah kan?
Sebenarnya, ada banyak jenis bekam kat dunia ni,
antaranya adalah Bekam Sunnah, Bekam
Darah, Bekam Angin (Bekam Kering) dan Bekam Luncur. Jenis titik bekam pula adalah seperti titik bekam sunnah, titik bekam tambahan, titik bekam keseimbangan, berlawanan, cina, jepun, korea dan banyak lagi.
“Bekam Sunnah (bekam darah) adalah peninggalan
Rasulullah SAW yang merupakan perubatan wahyu. Ianya bukan perubatan alternatif
atau hasil daripada kajian, eksperimen ataupun hipotesis manusia. “
Bagaimana
Bekam Sunnah dilakukan?
1.
Jurubekam mengenalpasti titik-titik bekam pada tubuh pesakit, berdasarkan
keperluan - untuk mengubati sesuatu penyakit atau menjaga kesihatan.
2.
Sedutan vakum akan dilakukan dengan menggunakan pam vakum dan cawan (cup)
bekam pada titik-titik ini; menyebabkan darah kotor naik ke lapisan bawah
kulit.
3.
Tusukan jarum (lancet)dilakukan di kawasan permukaan kulit yang telah
disedut.
4.
Pam vakum dan cawan bekam akan digunakan sekali lagi untuk menyedut darah kotor
keluar ke permukaan kulit.
FAQ
Adakah tusukan jarum menyakitkan?
Tidak.
Tusukan jarum dilakukan dengan menggunakan pen bekam, yang menusuk sangat laju menyebabkan
kesakitan tidak berapa dirasai oleh pesakit.
Adakah
selamat melakukan Bekam Sunnah?
Ya,
sangat selamat, insyAllah. Ini adalah kerana Jurubekam di Pusat Rawatan
Al-Qayyum mempraktikkan prosedur kebersihan klinikal melalui penggunaan jarum
pakai buang, teknik mencuci yang betul, antiseptik, sarung tangan, apron,
tuala, serta pakaian bersih; termasuk segala peralatan bekam yang telah dinyah
kuman.
Cawan
bekam dan Pen Bekam adalah dari yang berkualiti tinggi yang membolehkannya
disteril (direbus) selama 60 minit dengan dapur steril khas; sebelum dan
selepas sesi berbekam. Ayatul Quran serta Doa-doa Mustajab juga akan dibacakan
oleh Jurubekam sebelum dan sewaktu membekam Pesakit.
Siapakah
yang dilarang berbekam darah?
1.
Wanita yang sedang mengandung
2.
Wanita yang sedang haid
3.
Wanita yang kerap gugur
4.
Individu yang fizikalnya terlalu lemah, orang tua uzur, kanak-kanak dibawah
umur 5 tahun,
5.
Pesakit kanser darah, pembawa HIV, pengidap Hepatitis, diabetes yang darahnya
sukar untuk beku, tekanan darah rendah, penyakit kulit serius.
6.
Invidu yang sedang kesurupan (gangguan jin)
7.
Individu yang mudah pitam atau fobia dengan darah.
Berapa
kerap kita perlu berbekam darah?
Bagi
tujuan penjagaan kesihatan, disyorkan berbekam darah sebulan sekali. Bagi
tujuan mengubati penyakit, disyorkan berbekam darah seminggu sekali sebanyak
tiga sesi berturut-turut.
Apakah
pantang larang selepas berbekam darah?
Anda
dinasihatkan jangan mandi, makan makanan berat, melakukan hubungan seks,
melakukan kerja berat, memandu dalam jarak yang jauh ataupun tidur; dalam
tempoh 2 jam selepas menjalani Bekam Sunnah. Ini adalah kerana sistem
metabolisma tubuh anda sedang aktif menghasilkan hormon regenerasi sel,
antibodi dan sel-sel darah yang baru. Tubuh badan perlu berada dalam keadaan
stabil dan cukup tenaga.
Disyorkan
berpuasa sehari sebelum tarikh sesi berbekam atau berbekam dalam keadaan perut
kosong. Ini adalah bertujuan untuk memaksimakan kelancaran pengeluaran darah
kotor.
Apakah
kesan sementara yang berlaku selepas menjalani Bekam Sunnah?
Selepas
menjalani Bekam Sunnah, akan terdapat kesan lebam berbentuk bulatan pada
permukaan kulit yang disebabkan oleh sedutan vakum dan cawan bekam. Juga
mungkin terjadinya parut halus akibat tusukan jarum pada kawasan lebam
tersebut. Segala kesan ini tidak merbahaya dan bersifat sementara sahaja. Ianya
akan hilang dalam tempoh 3 hingga 4 hari dari hari bekam dilakukan. InsyAllah.
Berapakah
jumlah bayaran yang dikenakan?
Jumlah
bayaran atau dikenali sebagai Kadar Sumbangan hanyalah RM10 bagi setiap cawan.
Individu yang baru pertama kali hendak berbekam, akan disyorkan dari 5 hingga
10 cawan sahaja. Individu yang pernah berbekam pula akan disyorkan dari 10
hingga 20 cawan, bergantung kepada kondisi kesihatan dan saiz tubuh.
Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke lawan web Pusat Rawatan Al-Qayyum.
TEMPAHAN SESI RAWATAN / KAUNSELING:PUSAT RAWATAN AL-QAYYUM
TAIP: TEMPAH [nama], [lokasi], [penyakit/masalah], [tarikh, masa temujanji]
Contoh: TEMPAH Siti Rohani, Bangi, gangguan jin, 14 Feb 2014, 8PM
HANTAR KE 017 243 6434
*Tempahan sesi rawatan korang akan disahkan dengan segera.*
B3-1-K10, Ground Floor, Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR
Sila lawati : alqayyum2u.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/alqayyum2u
Email : alqayyum.holistic@gmail.com
PERTANYAAN SEGERA:
Hubungi kaunselor rawatan antara pukul 9:00 AM - 5:00 PM, ISNIN - JUMAAT
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)
Bandar Sri Damansara, 52200 KUALA LUMPUR
Sila lawati : alqayyum2u.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/alqayyum2u
Email : alqayyum.holistic@gmail.com
PERTANYAAN SEGERA:
Hubungi kaunselor rawatan antara pukul 9:00 AM - 5:00 PM, ISNIN - JUMAAT
017 243 6438 (Mu'alij Amirul Hasan)
017 243 6434 (Mu'alij Azlan Osman)
Tag: Rawatan Islam, Rawatan Sihir, Ilmu Hitam, Saka Ruqyah, Syariyyah Syar'iyah, Perubatan Islam, Terapi Al-Quran, Dirasuk Jin Syaitan Hantu Pelesit Jembalang Santau, Al-Qayyum, Chakra Reiki, Pusat Rawatan Al-Qayyum, Hadis As-Sunnah, Tenaga Dalaman, Tenaga Ilahi, Tenaga Aura, Cahaya Terbaik, Sukar Mencari Jodoh, Rumahtangga, Pelaris Susuk Perniagaan Satu Malaysia, Hikmat Kesaktian, Kanser, HIV Aids, Sakit Jantung, Buah Pinggang, Lumpuh, Murah Rezeki, Jihad Allah, Zikir Doa Pendinding, Penyakit Masalah Lintasan Misteri, Kronik Sembuh, Indera Saifullah, Pusat Perubatan Islam, Pusat Rawatan Islam, Senarai Pusat Rawatan Islam Bandar Sri Damansara, Perawat Islam, Ibadat Sakit Sihat, Hospital Klinik Malaysia Kuala Lumpur, Imam Ulamak Masjid Al-Mukarramah, Alqayyum2u, Cikgu Sistematik Menyeluruh Eksklusif.
0 Comments