Review Filem: The Equalizer

Hai. Apa khabar?

Terima kasih kepada Butterfly Project Malaysia dengan kerjasama RoomService.com.my sebab bagi sepasang tiket untuk screening filem "The Equalizer". Filem ini dilakonkan oleh Denzel Washington, Marton Csokas, Chloƫ Grace Moretz dan ramai lagi.


SINOPSIS FILEM
Credit to Wayang Kini
The Equalizer mengisahkan seorang bekas ahli pasukan tentera squad khas Robert McCall yang memalsukan kematiannya bagi membolehkan dia hidup dengan aman menggunakan identiti baru. Beliau gemar melepak di satu cafe dan membaca buku di mana terdapat seorang pelacur muda yang sering singgah makan di situ sebelum menerima pelanggan. Pelacur paksaan ini bekerja dengan bapa ayam berketurunan Russia yang merupakan bos satu kongsi gelap Russia yang ganas.

Suatu hari, pelacur itu, yang bernama Teri itu telah dibelasah oleh bosnya sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Sebagai kawannya, Robert merasa amat marah, namun dia tidak mahu mendedahkan identiti rahsianya dan sekaligus kehilangan kehidupan selesanya. Bagaimana beliau menyelesaikan dilemanya itu?

REVIEW FILEM

Cerita ni memang lain daripada yang lain, susah nak jangka apa yang akan berlaku. Tahniah kepada orang yang buat cerita ni sebab mesti imaginasi dia tinggi. Cerita ni tak bosan, memang banyak action dan cool down.

Paling best, cara dia lawan dan apa yang dia pakai untuk lawan tu yang paling awesome aku rasa. Dah macam thriller pun ada. Seriously cerita ni memang patut box office kat US.

Nilai murni: Tolong-menolong, setiakawan, sanggup bekorban untuk menegekkan kebenaran.

Sebenarnya filem ni memang dah ramai orang cakap best. Tengok international review pun rate die 7.6/10. Jadi expectation aku memang tinggi sikit. 

Bintang: ★★★½


 


Post a Comment

2 Comments

Norihanyusuf said…
Saya suka cerita-cerita action gini. Tapi sekarang ni dah jarang tengok, maybe anak-anak pun ikut sama tengok. Takut terikut-ikut

FOLLOWERS