Lip Tattoo ni bukan seperti apa yang korang fikir, tapi ia merupakan lip-gloss. Apa yang membezakan pasal Shizen dengan lip-gloss lain adalah warna dia. Shizens Lip Tattoo ni warna putih dan bila diaplikasikan ke bibir korang, ia akan berubah warna mengikut suhu badan korang. Menarik kan?
Shizens Lip Tattoo akan menambahkan kelembapan dan mengurangkan garis-garis halus kat bibir korang. Ia juga membantu mengurangkan pigmentasi gelap pada bibir dan menukarkan warna bibir korang ke tona warna natural pink atau rosy secara beransur-ansur.
Untuk aku, bibir aku memang tak ada masalah sangat. Sebabnya aku jarang pakai lip stick, so warna bibir aku tak terlalu gelap, tapi selalu pucat sebab aku selalu tak cukup tidur dan jarang makan. Shizens Lip Tattoo memang penyelamat aku. :)
Cara aplikasinya memang amat mudah. Macam cara korang pakai lip-gloss biasa je. Tapi, jangan letak banyak sangat. Kalau tak, kesan merah-pink dia akan nampak terang, unless korang memang suka yang terang.
Dari kiri (sebelum), kanan (selepas).
Aku recommend kan Shizens Lip Tattoo ni kat korang yang tak suka pakai lip stick, dan nak bibir merah sebab lip tattoo ni memang tahan lama. Lepas je pakai, korang akan rasa bibir lembab je. Best tau. Sesuai untuk korang yang suka make-up yang simple.
Shizens Lip Tattoo sesuai di aplikasikan setiap pagi dan selepas makan kalau korang nak lihat kesan jangka masa panjang dia. Patutlah bibir orang Korea merah-merah je. Sebab pakai ni lah kot.
Untuk informasi korang, Shizens Lip Tattoo boleh dibeli dengan harga RM 168 untuk 8 ml.
Website: www.shizens.com
Website: www.shizens.com
Facebook: www.facebook.com/ShizensMalaysia
2 Comments
Jom terjah Papaglamz..
RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ