Review Filem: The 5th Wave

Hi semua.

Ini ada review filem Action, Adventure, Sci-Fi terbaru terbitan Columbia Pictures yang diadaptasikan daripada novel The 5th Wave, karya Rick Yancey . Filem ini dilakonkan oleh ramai pelakon muda dan berbakat seperti Chloƫ Grace Moretz, Nick Robinson, Ron Livingston, Maggie Siff, Alex Roe, Maria Bello, Maika Monroe, Liev Schreiber.


SINOPSIS FILEM
Cassie, adalah seorang remaja 16 tahun yang berusaha untuk selamatkan diri dan adikkan daripada membunuh semua manusia. Serangan itu terjadi dalam 5 gelombang. Selepas 4 gelombang pertama sudah terjadi, Cassie berusaha untuk mencari apa yang akan terjadi pada gelombang kelima.

Gelombang pertama: Pelepasan gelombang EMP yang mematikan semua peralatan elektronik, termasuk pesawat dan kenderaan.

Gelombang kedua : Memusnahkan dengan gempa bumi. Jadi tanah retak, tsunami dsb.

Gelombang ketiga: Penyakit berjangkit yang menyebabkan kematian di seluruh dunia.

Gelombang keempat: The Others boleh 'menjangkiti' manusia dengan cara mengawal badan manusia. Memang tak boleh nak bezakan masa manusia dan mana bukan. Perilaku mereka menang sama dengan yang manusia.

Gelombang kelima: Yang menjadi tanda tanya semua orang sebab The Others ni nakkan bumi tapi taknak manusia. Dia nak juga bunuh semua orang.

REVIEW FILEM

Jalan cerita yang menarik dan tidak membosan an bermula dari awal filem sehingga habis. Aksi yang menarik dan tidak menyebabkab aku pening kepala (banyak movie aku tak suka sebab kamera berpusing-pusing over sangat- contoh macam masa orang tengah berlari)

Aku suka jalan cerita dia yang menarik dan banyak plot twist. Korang kena jugak tonton especially Wave 5 sebab Wave 5 memang tak diceritakan dalam trailer dan kebanyakan sinopsis. Satu je aku tak suka dengan cerita ni, ending dia: Evan Walker akan korbankan diri dia untuk letupkan markas The Others, tapi last tu dia hidup ke tak?. Aku difahamkan cerita ni nanti ada Part 2.

Seriously aku tak tau kenapa kat IMDBb rate filem ni agak rendah. Aku masa memula nak tengok pun macam, "Eh, best ke cerita ni?". Tapi lepas aku tengok, memang not bad. So aku definately akan tunggu Part 2 atau nanti aku beli je buku dia.

Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 5.6/10


 

Post a Comment

1 Comments

saya said…
Kepala hotak kau bnyk plot twist hahahah cerita paling bodoh banyak cakap, smpai aku tertidur ahahaha, last2 sikit ad aksi sedikit je, tembak2 2,3 butir peluru haih buang masa

FOLLOWERS