Kepada peminat produk kecantikan kat luar sana mesti pernah dengar brand Mentholatum ni. Untuk info korang, jenama lain yang berada di bawah Mentholatum adalah LipIce, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto C Cube, Deep Heating Rub.
Botanics menggunakan hanya ramuan-ramuan berkualiti tertinggi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan semulajadi untuk memberikan anda pengalaman penjagaan kulit daripada alam semula jadi. Setiap herba dan bunga-bungaan telah dipilih dengan teliti berdasarkan keunikkannya untuk menawarkan anda penjagaan kulit yang selamat, berkualiti dan berkesan.
Botanics mempunyai empat rangkaian produk iaitu pembersih wajah, pembersih berbuih, pembersih dengan pam dan face mask untuk menawarkan pengalaman penjagaan kulit berasaskan alam semulajadi. Setiap satu daripada produk ini dicipta untuk jenis kulit yang berbeza.
Pembersih wajah ini sesuai untuk semua pengguna yang memilih tiub yang mudah digunakan.
1. Deep Cleansing Face Wash
o Bahan: Tea Tree, Ylang Ylang, White Tea, ekstrak daun Zaitun.
o Pembersih ini juga membantu menentang jerawat dan bintik hitam
o Sesuai untuk kulit berminyak dan jenis kulit kombinasi
2. Hydra Whitening Face Wash
o Bahan: Arbutin & Agave.
o Menanggalkan kotoran jauh dari dalam kulit, mengawal minyak dan melembapkan kulit.
o Sesuai untuk semua jenis kulit
3. Hydrating Face Wash
o Bahan: Jasmine, Calendula & Violet.
o Manfaat menenangkan, melembapkan juga memberi nafas baru pada kulit yang kering dan sensitif
o Sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kombinasi
4. Pore Refining Face Wash
o Bahan: Rosemary, ekstrak Witch Hazel, ekstrak Lentil & Green Tea.
o Membantu mengecilkan liang pori, mengawal minyak, kotoran dan bakteria.
o Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi.
Pump Wash, 150ml (RM21.90)
Pembersih dengan pam sememangnya mudah dan ia mengawal jumlah penggunaan yang lebih berkesan. Hanya perlu satu atau dua pam sahaja untuk pembersihan muka dengan efektif.
1. Deep Clean Face Wash
o Bahan: Tea Tree, Ylang Ylang, ekstrak Serai, Mentimun, Aloe Vera.
o Mengawal minyak, melembapkan kulit, menetang jerawat dan juga menenangkan kulit.
o Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi
2. Moisturising and Brightening Face Wash
o Bahan: Minyak Rosehip, ekstrak Mutiara
o Membantu mencerahkan, menyeragamkan tona kulit.
o Ia sesuai untuk semua jenis kulit
Jika anda sukakan pembersih wajah yang berbuih maka ini produk untuk anda.
1. Oil & Blemish Control Foam Wash
o Bahan: Tea Tree & Ylang Ylang ekstrak Pansy liar
o Ia sesuai untuk jenis kulit berminyak dan kombinasi
2. Whitening Foam Wash
o Bahan: Ekstrak Narcissus & Aloe
o Ia sesuai untuk semua jenis kulit
BOTANICS Sheet Mask diperkaya dengan pati herba dan Asid Hidraluronik untuk mengembalikan kelembapan dan menyegarkan kulit.
1. Aloe Vera Hydrating Facial Mask
Diformulasi dengan adunan yang terbaik daripada ekstrak herba semula jadi seperti Aloe Vera dan bungaan Narcissus yang menghidratkan dan melegakan kulit di samping menyerikan semula kulit kusam dan letih. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering.
2. Pomegranate Anti-Oxidant Facial Mask
Diadun dengan Delima dan ekstrak herba semula jadi, ia melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas yang menyebabkan penuaan kulit. Ia juga melembapkan kulit dengan antioksidan semula jadi. Sesuai untuk semua jenis kulit.
3. Rosemary Pore Refining Facial Mask
Dengan herbal Rosemary dan ekstrak bungaan Witch Hazel sebagai bahan-bahan utama, herba dalam face mask ini membantu mengecilkan liang pori untuk tekstur kulit lebih halus, lembut dan licin sambil mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak dan kombinasi.
4. Rosehip Oil Brightening Facial Mask
Minyak Rosehip yang kaya dengan Vitamin C membantu mencerahkan kulit. Ia juga diperkaya dengan Vitamin B3 yang membantu memulihkan kulit kusam dan menyeragamkan tona kulit. Face mask ini sesuai untuk semua jenis kulit.
5. Lavendar for Soothing Facial Mask
Segar dan bertenaga semula dengan ramuan ekstrak bunga Lavender dan Chamomile yang membantu untuk menenangkan dan menyegarkan kulit. Ia juga membantu mengembalikan kelembapan kulit sambil melindungi kulit daripada kerosakan. Face mask ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif.
Nota: Botanics hanya boleh didapati di mana-mana Guardian Malaysia atau online store mereka.
Nota 2: Produk daripada Botanics
Nota 2: Produk daripada Botanics
Untuk maklumat lanjut sila layari:
Website: www.botanics.com.my
Facebook: Botanics Malaysia
Buy online: Online Guardian Malaysia
3 Comments
organik..
sepatutnya hari tu pi event ni tapi ada hal plak