Review Filem: The Conjuring 2

Hai korang.

Filem The Conjuring 2 merupakan filem Horroe sequel kepada The Conjuring (2013) yang dimana merupakan kisah benar yang di ambil daripada file kes yang pernah di jalankan oleh pasangan paranormal terkemuka iaitu Lorraine dan Ed Warren pada tahun 1977.

Untuk pengetahuan, Ed dan Lorraine Warren  telah banyak menangani kes mistik di Amerika sejak tahun 1952. Tapi sekarang Ed sudah meninggal pada tahun 2006 dan Lorraine masih hidup dan masih aktif sebagai paranormal.

Filen ini dilakonkan oleh Vera Farmiga, Patrick Wilson, Madison Wolfe, Franka Potente, Frances O'Connor dan ramai lagi. Jangan risau, korang tak perlu menonton The Conjuring yang pertama untuk faham kisah ni.


SINOPSIS FILEM
Film The Conjuring 2 menceritakan tentang kisah benar yang terjadi pada tahun 1977 dimana pada saat itu seorang ibu tunggal yang tinggal di London melaporkan bahawa macam ada hantu kacau keluarga dia. Melalu bantuan gereja, mereka pun dapat contact daripada pasangan Warren.

Dalam kes tu, anak perempuan dari keluarga Enfield telah dirasuk. Tapi ramai yang tak percaya masa tu, ada banyak kes dimana banyak orang tipu gereja pasal kes mistik untuk mendapatkan bantuan kewangan, sebab tu mereka sangka keluarga Enfield tipu juga.

Masa mereka dapat rakaman 'penipuan' family Enfield, pasangan Ed di arahkan untuk pulang dan kes itu ditutup, tapi Lorraine rasa tak sedap hati, dalam train tiba-tiba dia dapat clue dari rakaman hantu tu then mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik.

Rupa-rupanya betul apa sangkaan mereka, hantu yang jahat itu hanya menggunakan hantu lain untuk mengambil roh budak perempuan tu dan menghalau pasangan Warren.



REVIEW FILEM

Apa yang aku dapati adalah filem ini merupakan salah satu filem sequel yang dimana filem kedua dia tak bosan dan masih menarik jalan ceritanya. Filem ini menggunakan hampir 90% jalan cerita daripada kisah benar. Dari segi tempat, suara dan lakonan.

Aku suka dengan pasangan Warren sebab aku rasa mereka saling melengkapi satu sama lain. Mereka pandai menyelesaikan masalah yang ada walaupun masa makin suntuk. Tapi aku juga kesian dengan Lorraine, walaupun dia selalu dapat vision yang husband dia akan meninggal semua, walau dia selalu beremosi takut kehilangan suami dia, dia masih juga menolong keluarga yang dalam kesusahan.

Kepada pencinta Horrow movie, aku recommend korang tonton filem ni. Ini bukan sekadar filem, malah kisah yang benar-benar terjadi dulu. Bukan setakat itu, korang juga akan merasai pengalaman yang hampir sama dengan kisah sebenar. Kalau tak percaya, tunggu lepas habis movie, nanti dia akan releasekan ramakaman sebenar.

Bintang: ★★★★★
Rating IMDb: 8.5/10


Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS