Kopi Segar di Kafe Hipster Morco Cofee

Assalamualaikum dan hello.

MORCO COFFEE, Bandar Sunway yang terletak berhadapan dengan pintu belakang Sunway University, yang sekarang mempunyai 2 cawangan telah menyambut ulang tahun pertama mereka. Happy Birthday! 

Kafe ini bukan saja menghidangkan kopi segar dan berkualiti, malah turut menghidangkan makanan ringan dan berat lain, sesuai untuk mereka yang nak bersarapan atau makan tengah hari. Untuk korang yang tertanya-tanya apa mende MORCO Coffee ni? Kata Matthew Chong, CEO MORCO Coffee, MORCO merujuk kepada "More coffee".




Salah satu keistimewaan kafe MORCO Coffee ini adalah suasana dia. Bagi tempat yang terhad, dengan kawasan yang kecil, hiasan dalaman dia membuatkan kafe ini nampak mewah. Korang tau tak kalau pergi mana-mana kafe mesti wall frame dia corak retis la, atau corak pape, tapi kat MORCO Coffee ini, wall frama dia semua merupakan quote kata-kata peransang. How nice.

Set up meja dia jangan cakap la. Nak ambil gambar pun senang tak payah nak edit dah. Suasana lampu dia memang taraf hotel. Toilet pun bersih, meja makan bersih. Suhu tak sejuk sangat, tak panas sangat, just nice la untuk lepak-lepak minum kopi.




Selain daripada kopi, MORCO Coffee juga menawarkan makanan ringan pastri seperti donut, croissant dan kek dengan harga yang boleh tahan juga. Ada juga dihidangkan minuman lain seperti coklat, teh dan frappe.


Harga minuman.
Harga minuman berbeza mengikut saiz cawan dan pilihan panas atau sejuk. Harga dalam lingkungan RM5- RM13 untuk yang panas dan RM11- RM16 untuk yang sejuk. Kalau korang nak air yang ada corak-corak tu, boleh order air panas, sejuk tak boleh buat corak tau.

Hot Caffee Latte RM 11

Cold Caramel Macchiato RM 14

Cold French Vanilla Latte RM13

Cold Hazelnut Chocolate RM 13



5 Menu terbaru MORCO Coffee
Harga dalam lingkungan RM15- RM30

1. MORCO Greens
Sejambak salad yang dihidangkan bersama bebola ayam, kacang hijau rangup dan buah delima. Aku tak tau dia pakai sos apa dalam campuran ni, mungkin gula melaka tapi rasa dia sedap, yang pelik. Ayam tu ada rasa masam-masam sikit, sedap dimakan panas-panas. Kacang dia paling sedap.


2. Fruit in/of the Sea
Hidangan pasta dengan sos tomato bersama sotong celup tepung dan udang yang disaluti dengan sesame seed. Pasta dia ok, tapi masa aku dapat pasta ni kurang masak, so still keras. Udang dia bagi aku terlalu banyak sesame seed dahla kulit tak kopek lagi, tapi sotong dia heavenly sedap ya ampun.


3. Champ Roast Chicken
Ayam panggang yang dihidangkan bersama asparagus, sos labu merah dan didatangkan bersama dengan sos yang ada rasa masam-masam gitu. Aku tak makan peha ayam tapi adik aku dan orang lain makan ayam tu sampai tinggal tulang, aku assume sedap la tu kan. Aku hanya cuba makan kentang dia saja, not bad la kentang dia, roast kan. 


4. Matcha Pancake
Pankek yang dihidangkan dengan nutella, campuran beri, green ice cream dan gula melaka. Ais krim dia memang nice, aku suka fact dia tak rasa sangat 'green' tu. Kombinasi pankek, nutella dan gula melaka agak mengecewakan sebab terlalu kosong. Kalau nutella banyak sikit aku rasa ok dah. 


5. Banana Crumble
Ini memang definitely kegemaran aku antara semua yang dihidangkan. Pisang manis campuran nutella yang dihidangkan dengan ais krim gelato dan hancuran biskut memang bagi aku perfect. Kalau ada peluang, aku boleh makan ni tiap-tiap hari.


Kopi kat sini memang the best! Masa taip entry ni pun aku masih boleh bau kopi. Terima kasih pihak MORCO Coffee sudi jemput aku bersama-sama untuk menyambut ulang tahun yang pertama ♥. 

I wish you all the best in the future and I'm expecting your cafe will be expanding soon. Good luck!


MORCO COFFEE outlets

Bandar Sunway
Address: No. 15, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor.
Contact: 03 5611 9535

Publika Shopping Gallery
Address: A2-G2-3A, Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 KL.
Contact: 03 6206 5239

Ahad - Khamis • 09:00am – 12:00am
Jumaat & Sabtu • 09:00am – 1:00am

Website: morcocoffee.com
Facebook: MORCO Coffee
Instagram: morcocoffee
Email: info@morcocoffee.com

Post a Comment

1 Comments

FOLLOWERS