SAFI Shayla Pek Flexi: Lebih Jimat, Lebih Flexible

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagi perempuan yang bertudung, pernah tak rasa malas nak basuh rambut sebab nanti nak kene keringkan la, lepastu kalau rambut tak beberapa kering, then terus pakai tudung mesti berbau dan lembab kan. Sure la tak syok kalau rambut berbau.

Jangan risau sebab dengan adanya SAFI Shayla dengan revolusi versatil, inshaAllah masalah korang akan selesai, hanya pastikan korang pilih syampu yang betul untuk jenis masalah korang dan settle. Walau macam mana pun mesti rambut akan lembut dan wangi jee.


SAFI Shayla Pek Flexi merupakan jenama khas untuk wanita yang bertudung macam aku ni kerana diformulasikan dengan bahan khas, Habbatus Sauda. Habbatus Sauda atau nama saintifiknya, Nigella sativa memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan kita, termasuklah untuk kesihatan rambut.


Pek inovasi bersaiz 480g ini diinspirasikan untuk memudahkan pengguna membawa kemana sahaja. Yang travel nak letak dalam beg pun senang, macam nama dia 'flexi', so pek ni memang flexible sebab kalau beli memang boleh pakai terus atau dipakai sebagai pek isian semula.


Pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65% dari kalau beli botol balik.

Untuk memudahkan pengguna yang sedia ada, warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla yang dalam botol pam dan tiub. Design corak dan warna pek dia memang menarik pun.

Terdapat 8 varian syampu yang berbeza, antaranya adalah (dari kiri):



1. SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur
2. SAFI Shayla Licin Terurus
3. SAFI Shayla Segar Bermaya
4. SAFI Shayla Itch Kontrol
5. SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak
6. SAFI Shayla Kawalan Minyak
7. SAFI Shayla Anti Kelemumur
8. SAFI Shayla Hitam Menawan (tiada dalam gambar)

Bahan-bahan dan kandungan yang ada dalam SAFI Shayla Kawalan Minyak adalah:

Water, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Butylene Glycol, Lauryl Glucoside, Dimethiconol, Glycerin, Cocamidopropyl betaine, Sallcylic acid, Acrylates, Copolymer, Sodium Chloride, Cocamide Methyl MEA, Zinc Pyrithione Hydroxypropyl Methylcellulose, Menthol, Sodium Hydroxide, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Silicone Quaternium-16, Allantoin, Citrus Aurantifolia, Peel Extract, Nigella sativa, Seed oil, Fragrance, Methylisothiazolinone.


Pengalaman aku pertama kali cuba syampu SAFI Shayla ni, apa yang aku suka adalah bau dia, memang menyenangkan, tak bau kuat sangat, dan yang paling penting tak bau kimia. Lagi satu, aku rasa syampu ni ada efek conditioner sebab lepas basuh je rambut rasa lembut.

Cuma satu je la feedback aku, kalau kulit kepala korang jenis yang sensitif, sila lah pilih syampu yang betul fungsi dia. Macam kes aku, masa pakai memang tak pedih, tapi lepas tu kelemumur jadi banyak sangat, tapi memang syok la rambut lembut, just tak suka kelemumur tu. :) 

Harga
480g: RM14.65

Untuk korang yang berminat dapatkan produk SAFI Shayla Pek Fleksi, korang boleh dapatkan di semua pasaraya utama di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI, sila layari:

Website: www.safi.com.my
Facebook: SAFI.MY 
Instagram: safimalaysia
Youtube: www.youtube.com/safimalaysia

Post a Comment

1 Comments

wah mcm best ja hahah mcm mn nak dpt free produk ni ya..

FOLLOWERS