Sarapan Bersama Susu Dutch Lady PureFarm

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku memang tak ada masa untuk sarapan, selalunya aku akan ambil sarapan sekali dengan makan tengah hari. Jadi pengambilan hidangan yang betul nilai nutrisi sangat penting untuk aku kekalkan tenaga disepanjang hari. Sebab itu susu adalah menu wajib untuk aku makan di pagi hari. 

Susu merupakan sumber mineral dan vitamin seperti kalsium, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B dan vitamin D. Nutrien utama dalam susu adalah kalsium, iaitu nutrien yang sangat penting untuk menguatkan tulang dan gigi kita. Bukan itu sahaja, malah kalsuim juga mampu membantu menghalang osteoporosis, mengawal tekanan darah dan menguatkan otot dan banyak lagi.


Menurut Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) (2013) dan Kajian Nutrisi Orang Dewasa (2014), kebanyakan Malaysia tidak mendapat nutrisi ini dalam jumlah yang diperlukan;

⌂ 49% Kanak-kanak Malaysia tidak mendapat jumlah Kalsium yang mencukupi dalam diet mereka;
⌂ Purata pengambilan kalsium dalam kalangan orang dewasa adalah di bawah 50% daripada pengambilan nutrien yang disarankan.


Tahu tak korang, badan kita kehilangan kalsium setiap hari melalui kulit, kuku, rambut, dan saluran perkumuhan yang lain. Kalsium akan diambil daripada tulang kalau kita tak mempunyai kalsium yang mencukupi di dalam darah dan untuk jangka masa yang panjang, ia akan menjadikan tulang kita lemah dan semakin rapuh.

Mengapa kita perlu sarapan bersama dengan susu?

1. Susu membantu badan untuk bersedia menyerap lebih banyak nutrisi daripada makanan;
2. Susu kaya dengan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan;
3. Selepas 8-12 jam daripada hidangan terakhir, susu adalah hidangan yang memenuhi keperluan perut yang kosong;
4. Susu membekalkan kalsuim, iaitu nutrien penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan;
5. Susu dapat membantu mengawal berat badan.


Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 2-3 gelas susu sehari untuk membantu memenuhi keperluan badan mereka. Mulakan dengan mengambil 1 gelas atau 250ml susu ketika sarapan pagi, dan korang akan mendapat peningkatan sekurang-kurangnya 200mg kalsium dan nutrien penting lain.

Pengambilan kalsium yang mencukupi adalah sangat penting untuk kita dalam mengekalkan jisim tulang yang sihat. Jantung, otot dan saraf juga memerlukan kalsium untuk berfungsi dengan baik. Apatah lagi untuk kanak-kanak, susu sangat membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.


Setiap 200ml Susu Dutch Lady PureFarm 
mengandungi:

6.4g Protien
240mg Kalsium
180µg Vitamin A
5.0µg Vitamin D3
 0.26µg Vitamin B2

dan untuk info, Susu Dutch Lady PureFarm disahkan Halal oleh JAKIM.


Aku telah menyahut cararan daripada jenama susu kegemaran aku, Susu Dutch Lady PureFarm untuk menyertai cabaran sarapan 1 minggu bersama Susu Dutch Lady PureFarm.

#SarapanDutchLady

Hari 1
Susu, roti serat, sosej, telur, cendawan dan tomato bakar. Sarapan macam ni memang membuatkan aku kenyang sampai ke petang, sesuai untuk korang yang selalu monday blues.


Hari 2
Kadang-kadang orang terlalu sibuk sampai tak ada masa nak buat apa dah. Macam kes aku selalunya terlambat, jadi memang tak sempat nak buat sarapan yang berat, jadi gabungan susu dan bijirin sarapan memang sesuai.


Hari 3
Bagi yang suka makan berat macam si raja di sarapan, boleh cuba susu dan nasi goreng ikan dan sayur. Sarapan begini mampu membuatkan korang tahan lama sebab kandungan karbohidrat dalam nasi dan susu. Sesuai untuk orang yang selalu lewat untuk makan tengah hari.


Hari 4
Kalau la katakan korang tak sihat, rasa lemah lesu ke, tak ada selera makan, aku recommendkan untuk ambil susu rendah lemak, bubur halia bersama telur dan kentang. Halia boleh mengembalikan selera makan korang dan telur adalah sebagai perasa, nak ganti dengan lain-lain pun boleh. Macam ni, suami aku yang masakkan sebab aku kurang sihat. Thanks love ♥.


Hari 5
Susu, granola, yogurt dan madu merupakan sarapan kegemaran aku. Caranya mudah, hanya masukkan granola, sedikit yogurt, tambah madu untuk rasa manis, dan gaul. Kalau tak suka kering sangat, boleh campurkan dengan susu. Kadang-kadang aku campurkan dengan buah apple, berries dan anggur.


Hari 6
Sarapan susu dan roti sapuan kacang dan coklat ni memang senang habis, selalu kalau tak sempat juga, aku bawah roti dengan spread tu ke pejabat dan buat kat pantry sahaja. Kalau tak cukup ke boleh buat dan makan lagi. Hidangan ini bukan saja bagi aku kalsium, malah karbohidrat dan protein juga.


Hari 7
Selalunya makan sarapan pagi macam ni memang kegemaran suami aku. Mudah je nak buat sarapan susu dan roti inti telur rebus. Makanan simple macam ni tak mengambil masa yang lama untuk buat, tapi mampu membekalkan tenaga yang lama untuk hidangan seterusnya.


Banyakkan manfaat susu ni? Hanya dengan 2 gelas susu satu hari boleh membantu melengkapkan nilai nutrisi seharian dan 1 gelas dimasa sarapan memberikan kita 200mg kalsium untuk membantu kita kekal bertenaga di siang hari.


Facebook : Dutch Lady Malaysia 
Instagram : DutchLadyMY

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS