Tips Mencari Make-up Artist (MUA) Perkahwinan

Blogpost sebelum ini:

Assalamualaikum dan salam sejahtera bride-to-be.

Solekan atau make-up hari nikah dan sanding bagi aku penting sebab kita merupakan orang yang diraikan dan semua mata tertumpu kat kita. Selain daripada mampu menaikkan seri wajah, solekan juga mampu memberi keyakinan pada hari istimewa tu. Paling-paling mesti nak make up sikit.

Tapi nak cari juru solek untuk solekkan kita sangat susah. Memang ada banyak, tapi semua harga RM 350 ke atas untuk 1 majlis ya. Mungkin pada korang yang berduit tu, boleh la cakap "Ala, apa salahnya sekali seumur hidup daripada ambil yang murah tetiba nanti jadi buruk". 



Tips dan trick untuk cari Make-up Artist (MUA) atau juru solek untuk majlis korang:
  • Survey harga mengikut bajet dan cuba nego.
  • Survey MUA ikut kemampuan. Jangan la korang pegi survey MUA Dato' Siti ke, Neelofa ke memang la mahal.
  • Lagi bagus cari MUA yang pernah korang pakai dulu ataupun cuba sebelum majlis.
  • Pastikan buat background research tentang MUA tu. Tengok portfolio dia, feedback customer dia, jenis alat make up dia, dsb.
  • Jangan cari MUA last minute nanti susah dapat. Cari 6 bulan sebelum kalau boleh.
  • Pastikan 1 bulan dan 1 minggu sebelum tarikh deal tu korang confirm balik dengan MUA takut dia lupa.
  • Ketahui rupa make up apa yang korang nak. Simple ke, heavy ke, bulu mata palsu ke, trim bulu kening ke.
  • Pastikan base make up yang digunakan, contoh kalau jenis minyak, standby siap-siap tisu atau compact powder semasa majlis kalau taknak muka nampak berminyak.
  • Kalau Muslim, better cari MUA wanita untuk elakkan fitnah.
Kalau ada lagi, tolong komen post ni ya. Boleh tolong sesama bride-to-be yang lain. Sharing kan caring :)

 

Masa aku kahwin haritu, plan-nya nak make up sendiri je susah pulak nak cari MUA yang sudi nak datang pada raya ke-4 (Aku nikah masa raya ke-4), tapi kebetulan seminggu sebelum tu terjumpa instagram MUA Kak Jue, dan kebelutulan lagi, MUA ni cuti raya area kampung aku, Alhamdullilah deal. 

Seriously aku sangat berterima kasih kat Kak Jue sebab sudi datang make up nikah aku dan datang lagi hari yang sama untuk make up majlis sanding. Kak Ju ni aku nego harga dengan dia sebab aku nikah sanding hari yang sama and aku tak cuci makeup, hanya touch up sahaja.


Cantikkan Kak Jue ni make up? Aku suka sebab nampak simple. Simple menepati apa yang aku nak. Suami aku tak suka make up tebal yang nanti end up muka tak macam muka aku. Paling best Kak Jue ni, dia tak paksa aku untuk buat benda yang aku tak suka.

Contohnya, dia bagi pendapat, kene trim sikit bulu kening bagi nampak lebih kemas, tapi since aku taknak trim, jadi dia tak paksa dan dia usaha untuk bagi lawa juga. MUA macam ni, berbaloi untuk korang ambil servis dia. Recommended untuk korang bride-to-be. :)


Harga servis
RM 250 +

MUA Julia Yahaya
Contact: 01126275834
Email: cikmomotcute@gmail.com
Instagram: juju_is_cikmomot

Post a Comment

16 Comments

Fatin Bella said…
Thanks for sharing! Gonna share about this with my friends.
Miera Nadhirah said…
wow.. you look so gorgeous.... i am impressed... and yes, make up itu penting untuk hari besar kita
Em said…
Love your make up on your big day. Congratulations! Good that you are sharing her contact so that other brides-to-be could check out her services.
Ivy Kam said…
Thanks for the tips, it is really useful for those who are preparing their wedding :)
Thanks for the tips. Will take this for reference when I hire a MUA.
You are a beautiful bride! And cute crown :)
Sure. You know, there's a time that you don't have enough budget :D
Aww. Thanks. Yup, indeed. Tak perlu yang mahal-mahal pun.
Yes. I'm sure lots of bride-to-be are googling this. Its December :D
ClaudineImelda said…
Love your make up babe! they did a good job! Plus you have the wedding glow <3

FOLLOWERS