Tahukah korang, setiap 2 tahun sekali, Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism atau nama Melayunya, Jabatan Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) mengadakan pameran yang aku sendiri boleh cakap terbesar di Malaysia.
Esok, Ahad, 11 Disember 2016 merupakan hari terakhir untuk korang datang ke MAHA untuk tahun 2016. Korang nak tau kenapa korang perlu datang ke MAHA tahun ni? Baca selanjutnya.
MAHA 2016
10.00 am - 10.00 pm
1 - 11 Desember 2016
Apa yang Menarik di MAHA 2016
Lokasi MAHA 2016 yang strategik
Dikelilingi dengan kawasan hijau, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) menawarkan tempat yang sempurna untuk MAHA 2016. Jauh daripada kesesakan bandar, lokasi unik ini memberikan rasa nyaman untuk pelawatnya.
MAEPS merupakan salah satu kompleks pameran yang terbesar di Asia dengan keluasan 42,000 meter persegi. Segala kemudahan asan juga disediakan seperti surau, tandas dan semestinya parking yang banyak.
Makanan-makanan-makan di MAHA 2016
Kat sini makanan dia, banyak pilihan. Korang jangan risau la kalau takut kebulur ke apa sebab sini memang banyak sangat makanan. Aku dengan suami memang kenyang makan food tester je kot sebab memang banyak.
Kalau nak makan berat pun harga dia ada yang murah, ada yang mahal. Tergantung dengan apa yang korang nak makan. Makanan kat MAHA 2016 ni semua memang best-best belaka.
Recommended tempat makanan:
→ Empayar Makanan: Pameran daripada peniaga-peniaga kecil yang menjual produk menarik.
→ Castle of Fruits: Yang kaki makan buah-buahan mesti datang sini.
→ Kampung Mok Cun: Banyak pilihan makanan melayu, mostly dari Johor.
→ DOME: Kebanyakan makanan kering, atau yang dalam paket. Tapi ada juga makanan on the go.
MAHA 2016 memberi ilmu untuk anak-anak dan juga orang dewasa
Sekarang ni, terutamanya yang duduk di kota Kuala Lumpur, memang susah nak ajar anak untuk dekat dengan budaya masyarakat zaman dulu-dulu sebab susah sangat nak jumpa kampung, yang baetul-betul kampung kat area sini dah, jadi boleh la singgah di list di bawah:
→ My DOF Valley /Laman Perikanan - MAHA 2016 :
Sini memang awesome. Dekat dengan pintu masuk 2, MAHA 2016, apa yang menariknya disini adalah mereka mempamerkan banyak ikan yang rare atau susah nak jumpa kalau kita pergi kat akuarium. Macam setakat shark tu selalu jumpa kan, tapi pernah ke korang jumpa ikan yang gedabak besar aku?
Selain tu, apa yang menarik minat kanak-kanak adalah, semestinya ikan badut, atau ikan Nemo. Nemo kat sini semua comel-comel belaka. Oh! Ada obor-obor juga tau. Bukan senang nak jumpa obor-obor dewasa dan obor-obor kecil.
Satay ikan tuna memang awesome. Kene bayar ke? Tak, free sahaja :D |
→ Laman padi - MAHA 2016 :
Sempena MAHA 2016, Anak-anak juga dapat belajar bagaimana proses penuaian padi dan pembuatan beras. Ada juga demo buat bedak sejuk, yang dimana mereka akan ajar cara untuk buat bedak sejuk secara percuma.
Yang paling best di Laman Padi adalah, ada perlawanan bola sepak di dalam bendang. Bendang yang selut sawah padi tu. Kalau korang nak join, boleh juga. Best tengok deorang bergerak dalam selut.
Kat sini merupakan tempat yang paling best dan menarik bagi aku, dan tempat yang paling ramai orang lawati kalau singgah kat MAHA 2016. Kalau korang tertanya-tanya, mende apa laman ternakan ni, dia lebih kurang macam mini zoo juga.
Budak-budak, even aku yang bukan budak ni pun excited bila datang sini. Daripada burung, arnab, kucing, semua ada. Yang paling popular kat sini adalah 'lembu sado', yang yes, memang sado badan dia berketul-ketul. Oh ya! Kalau nak beli susu asli yang murah, sini la tempatnya. Budak-budak memang akan suka MAHA 2016.
Upin & Ipin Kampung Durian Runtuh - MAHA 2016Meet lembu Sado. Kau ingat kau je boleh sado? |
Apa yang menariknya bagi aku kat sini adalah, aktiviti kat dalam dia yang sangat berilmu dan bermanfaat. Selalukan kalau dewasa pergi event budak macam ni akan rasa bosan, tapi ni memang tak bosan. Daripada aktiviti kat dalam dia, suasana dalaman dia, sampai la ke show dia semua memang berbaloi.
Kat sini juga korang akan diberikan pasu kecil untuk tanam tanaman pilihan korang. Macam aku pilih tanam pokok bunya raya, dan husband aku pilih tanam bawang. Upin & Ipin Kampung Durian Runtuh hanya ada di MAHA 2016.
Harga tiket: Dewasa RM25, Kanak-kanak RM10
Jangan la korang ingat kalau datang malam banyak dah tutup. Malam cantik sikit suasana dia walaupun gelap juga. Korang yang dating tu, bawa pasangan atau family korang untuk ke Light Sensation. Tempat ni ala-ala I-City, versi bunga comel-comel. Bestnya MAHA 2016 ni.
Sebenarnya, kalau nak datang ke MAHA 2016 ni, baik datang dalam dua atau tiga hari baru sempat cover semua area, kalau sehari, memang setengah pun tak sempat nak cover. Overall, datang ke MAHA 2016 memang memenatkan, tapi memang berbaloi.
1. Jangan lupa bawa baju hujan atau payung.
2. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
3. Jaga anak-anak anda, MAHA 2016 memang sesak,
4. Survey dan park kenderaan anda dekat dengan tempat yang nak dikunjungi.
5. Tiada bayaran masuk, tapi bayar parking kenderaan RM5
6. Bawak trolley bayi atau pasar untuk bawa banyak barang.
7. Park di Pintu 1 untuk ke hall jualan, dan Pintu 2 untuk ke pameran aktiviti.
8. Ada yang perlu jalan jauh. Tapi boleh juga beratur untuk naik free trem/bas.
9. Surau disediakan, dinasihatkan bawa telekung sendiri.
10. Rancang perjalanan anda, letakkan masa 30-45 minit untuk keluar parking.
Jangan lupa datang tau!
Untuk maklumat lanjut;
Website: www.maha.gov.my
Hashtag: #MAHA2016 #OurFoodOurFuture
*Gambar yang tiada watermark, kredit kepada Facebook MAHA*
Untuk membaca pengalaman rakan blogger yang lain, boleh klik link bawah :)1. www.isaactan.net/2016/12/maha-2016-malaysian-agriculture-horticulture-agrotourism-maeps-serdang.html
2. www.ciklilyputih.com/2016/12/maha-2016-penuh-warna-warni-kepenatan.html
3. www.rafzantomomi.com/2016/12/momi-ke-maha-2016.html
4. www.mawardiyunus.com/2016/12/lembu-sado-jadi-tumpuan-maha-2016.html
5. www.dikbee.com/2016/12/pengalaman-pertama-kali-ke-maha-2016.html
6. www.fatinbella.com/2016/12/tips-untuk-ke-maha-2016.html
72 Comments
set Spectre 1 sis :) 301496612
add saya kita boleh dota party girls sama2 :D
Ape ade aktivit dlm tu? Mcm best jer �� *aku umo 21 jiwa 11