Hello korang.
Sempat tak untuk ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 tempoh hari? Ruginya kalau tak sempat. Best tau! Meriah sangat.
MAHA berlangsung pada 1 hingga 12 Disember 2016, dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Seramai 3.7 juta pengunjung direkodkan pada MAHA 2016, dan ini merupakan rekod yang paling banyak dalam sejarah penganjuran MAHA. Pada MAHA 2014 yang lepas, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, hanyalah meletakkan sasaran sebanyak tiga juta sahaja. Well done!
"MAHA kali ini mencatat sambutan luar biasa dan berdasarkan bilangan pengunjung yang masih bertali arus, kita yakin bilangannya akan terus meningkat beberapa jam sebelum MAHA 2016 melabuhkan tirai," katanya pada sidang media di MAEPS.
Ahmad Shabery berkata, nilai jualan pada MAHA 2016 juga sangat bagus apabila RM380 juta dicatat dalam tempoh 11 hari pameran itu berlangsung. "Kita dapat melihat anjakan paradigma dunia pertanian dan agro makanan apabila kira-kira 40 peratus belia terbabit pada MAHA 2016, melepasi sasaran 30 peratus.
Aku rasa MAHA 2016 kali ni lebih berjaya sebab adanya Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan festival muzik. Bagus mereka ni sebab berjaya kaji bagaimana untuk menarik orang dari perlbagai umur untuk datang ke MAHA 2016.
Aku sukanya MAHA 2016
Sumber Berita Harian
Klik: Apa yang Menarik di MAHA Malaysia 2016
Tengok la korang, seriously memang ramai sangat orang yang datang. Nasib baik MAEPS tu besar, parking pun banyak. Tak sangka ramai orang tahu pasal kewujudan MAHA ni.
Ramai tak kira masa dan tempat. Siang, malam, hujan dan panas, mesti ramai orang. Empayar Makanan (food heaven) lagi la ramai. Mesti orang yang jual makanan tu tak menang tangan nak buat order.
Good job pihak MAHA 2016. Aku pasti pada MAHA akan datang mesti lagi ramai yang akan datang. Boleh letak tarjet banyak lagi lepas ni. Mana tahu, kita mampu tarik orang luar negara pulak ke kan.
Till then,
21 Comments