Pengalaman Pertama Kali Makan Lobster di Burger & Lobster, Sky Avenue Genting Highland

Holla, dan Assalamualaikum.

Siapa suka makan burger dan juga udang karang (lobster)? Entry ini khas untuk korang.

Burger & Lobster, Sky Avenue Genting Highland merupakan cawangan pertama di Asia dan menyediakan menu burger dan lobster yang diterbangkan khas dari Nova Scotia, Kanada. Lobster premium ini beratnya 650-700 gram seekor. Besar ok.

Konsep ini sebenarnya diketengahkan oleh 2 sahabat baik pada tahun 2011 yang mana masa mula nak bukak restoran dulu bergaduh sebab seorang nak buka kedai burger, seorang lagi nak buka kedai lobster, makanya mereka mengambil keputusan untuk gabungkan idea tu, dan berjaya!


Dari segi dekorasi, Burger & Lobster memilih kombinasi kayu oak, jubin seramik Portugal dan pencahayaan malap. Susunan tempat duduk kat Burger & Lobster juga spesial, sesuai nak pergi makan ramai-ramai atau nak romantik berdua.

Restoran ini mampu menampung seramai 150 orang pada satu-satu masa dan bakal menawarkan pemandangan taman tema baru Genting Highland, Twentieth Century Fox World nanti.


Set up meja sangat menarik, dimana mereka menggunakan peralatan khas untuk korek isi lobster. Bib juga disediakan kot la ada yang makan comot tertumpah ke apa.

Om nom nom.

Menu burger di sini diperbuat daripada 100 peratus daging lembu Australia dengan kepingan daging yang diapit bun brioche berbijan dan ditambah dengan daging salai, keju, dauh salad, tomato, kejuk khas serta sos istimewa Burger & Lobster.

BURGER
[Set dengan  salad dan kentang goreng]

The Mayfair (168g) RM 73
The Original (224g) RM95

The B&G Burger 
(168g burger dengan lobster) 
RM 153


LOBSTER ROLLS
[Set dengan bun brioche sesame, sos istimewa, salad dan kentang goreng]

The Chilli RM 105: Dengan sos cili special
The Original RM 153: Dengan mayonis Jepun
Seven Samurai RM 105: Dengan sos 7 rempah. 


WILD LIVE LOBSTERS

The Original 
Pilihan: Kukus atau panggang
RM 153


Chilli Lobster 
Dimasak dengan kuah istimewa yang hanya ada di cawangan di Malaysia
RM 173


Teh O ais limau ni special sebab hanya boleh didapati di cawangan di Malaysia sahaja. Kalau korang ke luar negara, memang tak ada la Teh O ais limau ni. Design dia memang special untuk korang yang kaki tapau air. Siap ada stand lagi kot.

Time Keeper 
(Teh O Ais Limau)
Teh hitam, limau kalamansi, daun limau, gula
RM 24


Aku bukanlah peminat makanan laut, terutama lobster, mungkin tak pernah makan kot, tapi kat Burger & Lobster ni, lobster dia tersangatla fresh dan lembut. Fries dia pun aku rasa yang paling sedap alam dunia. Amazing!


Burger & Lobster
Aras 1, Sky Avenue,
Genting Highland.

Waktu operasi:
Setiap hari: 11AM-10PM
Hujung minggu: 11AM-11.30PM

Post a Comment

18 Comments

5 Little Angels said…
My favourite lobster lar. Nampak sedap dengan masakan Chilli.
erisc said…
Was here just last week! The lobsters are fresh, nice and relatively affordable. Great place although they have limited options. Would love to come again!
Oh my your post is making me hungry tonight! Thumbs up!
Em said…
Myyyy these dishes look so delicious. It really is doing me no favour to read your post at midnight!!! Wish I would have a chance to head to the highlands for some yummy lobsters myself.
Anonymous said…
I love seafood! The lobster looks delicious! :D
Sunshine Kelly said…
Wow best kan! I tak pernah makan lobster burger lagi. Nak cuba juga.
Miera Nadhirah said…
envy, envy... i nak juga rasa makan lobster... hahahah.... it looks so good...
Sharon Lee said…
Saw so many bloggers go there! The lobster looks so nice and yummy =D Will make a trip to Genting one day!
Betty's Journey said…
The lobster is big and juicy. The environment of the place look nice. Will try it if have a chance.
Rawlins GLAM said…
OMG! Those food looks so amazing and delicious!
仙妮 said…
Wow! Lobster! I wanna eat too! Will visit it when I go Genting in Feb :) cheers, SiennyLovesDrawing
Its actually taste so gooood!
Please do so. Genting is the only branch that they have in Malaysia :D
Glad you have an awesome experience as mine :)
I tak suka lobster sangat, but this one, oh my so delicious!
You can also visit Genting once they open-up their new theme park :D

FOLLOWERS