Siapa kata kat Genting Highland tak ada pizza? Dengan adanya kompleks membeli-belah terbaru di Genting Highland, yang diberi nama Sky Avenue, korang boleh dapat apa yang korang teringin nak makan kat sini.
Dimiliki dan dikendalikan oleh chef Mathieu Palombino anak kelahiran Belgium-Itali, Motorino merupakan restoran membuat pizza gaya Neapolitan yang menggunakan ketuhar kayu yang diimport khas dari Itali. Lebih kurang macam roti nan, tapi ini pizza.
Motorino sebenarnya sudah ada beberapa cawangan di New York, dua di Hong Kong dan Manila, satu di Singapura dan merupakan restoran Motorino pertama di Malaysia.

Motorino di Sky Avenue memiliki ruang seluas 4000 kaki persegi beserta dengan bahagian hadapan kedai di dekorasi dengan tingkap gaya Itali. Motorino di Malaysia masih mengekalkan reka bentuk asal berdasarkan cawangan di Amerika.
Watch my Youtube video review
Antara menu spesial yang aku dah cuba dan cadangkan kat korang untuk cuba adalah:
Motorino's Meatballs
RM 26
3 bebola ayam yang dimasak dengan sos tomato, keju pecorino, daun selasih (basil)
Roasted Chicken Wings
RM 20
3 kepak ayam, hirisan lemon, pudina,bawang, serbuk cili
Meatball Pizze
RM 63
Inti: Sos tomato, keju mozzarella, bebola ayam, daun basil
Marinara Pizze
RM 48
Inti: Sos tomato, oregano, bawang putih, minyak zaitun
Del Popolo Pizze
RM 54
Inti: Sos tomato. keju mozzarella, parsley, buah zaitun, bawang, ikan bilis
Pepperoni Pizze
RM 63
Inti: Sos tomato, keju mozzarella, pepperoni daging. minyak zaitun, cili segar, garam laut, pecorino
Amatriciana Pizze
RM 53
Inti: Inti: Sos tomato, keju mozzarella, sosej ayam, scallion, pecorino, cili segar
Arugula & Bresaola Pizze
RM 64
Inti: Daging salai, keju mozzarella, parmesan
Selain tu, korang juga boleh membuat pilihan lain daripada 10 menu yang terdiri daripada marinara, margherita dan pepperoni dan upgrade kepada menu Itali yang lagi best.
Motorino Pizze
Aras 1, Sky Avenue,
Genting Highland.
Waktu operasi:
10AM-10PM (Ahad-Khamis)
10AM-12AM (Jumaat, Sabtu, Cuti umum)
11 Comments