Hai dan salam sejahtera.
Sambungan daripada trip ke Khao Kho semalam,
Kami juga berkesempatan untuk singgah ke pasar malam yang ada kat Phurua ni. Kononnya nak cari street food Halal untuk alas perut tengah malam, tapi tak jumpa pun makanan Halal. Ada buah dengan air je yang boleh makan.
Pengalaman rare juga lah dapat tengok cengkerik goreng, ulat goreng, somtam katak, telur itik yang boleh nampak fizikal dan banyak lagi.
Last-last, saya beli stokin comel yang berharga THB100 untuk 3 pasang. Jimat!
Hari 3
Jemput baca trip Thailand saya yang lain:
Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html
Bangkok: http://www.nurulzayani.com/2019/02/sehari-di-bangkok-thailand.html
Till then,
Sambungan daripada trip ke Khao Kho semalam,
Phu Rua, Thailland, terletak di ketinggian 1365 meter dari paras laut memang merupakan daerah yang paling sejuk di Thailand. Kalau waktu malam, suhu boleh turun sampai 14 degree, dan kalau siang pula boleh mencecah sampai 30 degree pada bulan Januari.
Tak mustahil lah ramai orang suka singgah ke Phurua kalau mereka nak ke Khao Kho dan Khao Yai sebab kawasan ini merupakan kawasan yang hot dan cantik dengan alam semulajadi.
Jadi, kawasan yang paling sejuk di Thailand adalah di Phurua.
Hari 2
Di Phu Rua, kami singgah di ladang pokok bunga Marigold Kuning. Bunga ni pun deorang buat ladang. Luas betul taman ni, memang sesuai sangat sebagai port bergambar.
Hasil bunga ini akan digunakan sebagai pewarna untuk pakaian sami di kuil agama Budha. Kreatif gila kan? Siapa sangka zaman sekarang pun pakai bunga untuk dapatkan warna. Mereka percaya, cara ini lebih suci sebab bunga itu adalah daripada tanaman bumi.
Banyak je bunga lain selain daripada bunga Marigold Kuning yang banyak korang boleh jumpa di Phurua. Memang cantik-cantik taman/ ladang bunga kat sini sebab besar-besar. Rambang otak fikir nak ambil gambar kat port mana. Haha.
Kalau ke Thailand, paling popular sekali bunga matahari. Tapi nanti saya tunjuk bunga matahi semasa di Khao Yai. Sayangnya masa saya datang ke Khao Kho, masa ni bunga matahari dan banyak layu dan jadi kuaci.
Kami sempat singgah ke Kitty Pink Resort. Resort ni memang popular kat sini. Peminat Hello Kitty dan warna pink mesti tahu pasal resort ni. Menarik lah idea orang Thai ni sebab benda macam ni pun boleh buat idea.
Masuk je, tahu dah sini Kitty Pink Resort sebab banggunan dia semua warna pink. Dengan dekorasi comel lagi. Kat sini pun ada taman bunga mawar. Bunga mawar pun lelawa, kembang dan wangi.
Kebetulan semasa kami pergi tu dalam awal bulan Januari, maka masih ada lagi pameran Krismas, Poinsettia Phurua Festival untuk tahun ke-7. Kat dalam taman ni, ada banyak bunga Poinsettia dan pelbagai bunga lain juga.
Bunga Poinsettia, juga dikenali dengan nama bunga Krismas memang selalu orang letak di dalam kawasan rumah terutamanya pada musim Krismas sebagai simbol kesucian.
Dah penat perjalanan dari Khao Kho ke Phurua, malam tu rombongan kami check in di Hotel Villa De Panta. Hotel ni pun selesa juga, besar, kelengkapan asas ada dan ada balkoni nak melepak minum kopi waktu malam.
Kat Thailand ni susah nak jumpa hotel yang ada seterika, makanya jangan lupa bawa seterika sendiri kalau korang nak pakai. Terima kasih akak tour guide sebab bagi saya pinjam seterika :D
Makan malam tu, disediakan oleh pihak hotel. Semestinya makanan wajib kalau datang ke Thailand, iaitu tomyam. Kat sini rasa tomyam memang tak sama langsung yang pernah saya makan di Malaysia.
Tomyam kat sini ada yang rasa masam, ada yang rasa masin, ada yang pedas je. Ye lah, sebab deorang masak tomyam kat sini bukan pakai pes tomyam yang macam kita selalu pakai. Itu rasa tak sama, tapi habis juga kami makan tomyam tu.
Kami juga berkesempatan untuk singgah ke pasar malam yang ada kat Phurua ni. Kononnya nak cari street food Halal untuk alas perut tengah malam, tapi tak jumpa pun makanan Halal. Ada buah dengan air je yang boleh makan.
Pengalaman rare juga lah dapat tengok cengkerik goreng, ulat goreng, somtam katak, telur itik yang boleh nampak fizikal dan banyak lagi.
Last-last, saya beli stokin comel yang berharga THB100 untuk 3 pasang. Jimat!
Hari 3
Kalau
di Phurua, memang terkenal dengan tanah tinggi sebab berada di
pergunungan, Taman Negara Phu Ruea dan aktiviti rekreasi semula jadi.
Saya berpeluang untuk ke tengok matahari terbit di Taman Negara Phu Ruea.
Jadi, sejak jam 6 pagi lagi kami dan bergerak naik dengan menaiki pick up truck. Kenderaan biasa tak boleh naik sampai atas, korang kena naik pick up truck yag disediakan. Bayaran pick up truck naik ke Sunrise Viewpoint: THB20 untuk dua hala.
Dahla pagi, suhu kat atas tu masa saya naik dalam 14 degree celcius. Memang sejuk walaupun dah pakai baju sejuk, tapi dengan angin kuat macam ni memang menggigil. Jadi, kalau korang berkesempatan untuk ke sini, jangan lupa bawa baju tebal ya.
Tapi, yang best, Yay! saya sudah pernah ke Puncak Phu Ruea Thailand!
Berbaloi bangun awal untuk tengok matahari terbit. Rasa tenang, aman dan damai tengok matahari yang tengah naik. Nampak bebola merah yang naik ke atas, disebalik awan dan dalam masa yang sama, langit bertukar berwarna oren sebab cahaya daripada matahari.
Indahnya alam ni. Boleh khayal tengok ciptaan-Nya.
Satu benda yang saya rasa amazing dengan orang kat sini adalah, mereka banyak bergantung kepada alam semula jadi untuk buat banyak benda. Contohnya, nak membina rumah pun manada pakai tiang besi dengan net hijau tu, tapi pakai kayu je.
Even kebanyakan rumah yang saya nampak deorang bina di kawasan bandar Khao Kho dan Phurua pun memang dibina dengan menggunakan kayu. Walaupun pakai kayu sahaja, rumah deorang cantik dan teguh.
Tips untuk korang yang nak melancong ke Thailand:
1. Kebanyakan tandas kat sini memang tak ada paip air. Kalau ada pun bekas dan gayong macam ni. Jangan lupa untuk sediakan bekas atau botol untuk korang membuang di tandas.
2. Jangan lupa bawa adapter/ plug untuk kegunaan korang sebab soket Thailand tak sama dengan yang kita selalu pakai di Malaysia.
3. Kebanyakan hotel kat sini memang tak sediakan sejadah, telekung dan seterika walaupun kita minta. Jadi lebih baik bawa je semua sendiri kalau ke Thailand.
Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel
www.facebook.com/HOSTravel
Jemput baca trip Thailand saya yang lain:
Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html
Bangkok: http://www.nurulzayani.com/2019/02/sehari-di-bangkok-thailand.html
Till then,
23 Comments
boleh dah target untuk masuk dalam travel wishlist.
thanks for sharing!
Kalau la dapat ke sana, memang fall in love la sekejap. Hehe
satu sudut thailand yg jarang aida nampak di media sosial.
cantik.
saujana mata memandang.
nak kena baca your earlier entriess.
mana la tau nanti aida ada bajet, boleh folo gi jugak.
cantik2 lak tu bunga dia..
Lagi2 bunga2 kt situ.. 😂