Apa itu GKB Prebiotik dan Probiotik?

Hai dan salam sejahtera korang,

Pernah dengar, "Perut yang sihat membawa kepada kesihatan yang baik"? Ini menunjukkan bahawa kesihatan sistem penghadaman yang baik memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan tubuh kita.

Perut yang sihat merujuk kepada keadaan di mana sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik. Sistem penghadaman yang sihat adalah apabila makanan yang kita makan dapat dicerna dan diserap dengan baik oleh tubuh kita, memberikan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Sebab itulah, pentingnya untuk jaga diet, pemakanan dan  sistem penghadaman kita melalui pemakanan yang seimbang dan memasukkan prebiotik dan probiotik dalam diet kita untuk memastikan perut kita tetap sihat. 

Apa itu GKB Prebiotik dan Probiotik? | What is GKB Prebiotics and Probiotics?

Antara sumber semulajadi Probiotik yang korang boleh ambil didalam pemakanan dan diet korang termasuklah: yogurt, kefir, tempe, kimchi, dan banyak lagi. Manakala sumber semulajadi Prebiotik pula adalah seperti: bawang putih, bawang merah, pisang, kentang, ubi kayu, dan gandum.

Perbezaan Antara Prebiotik dan Probiotik
👉 Prebiotik berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik [probiotik], dan probiotik adalah bakteria yang hidup didalam sistem penghadaman usus kita. 

Manfaat Kesihatan dan Fungsi Prebiotik dan Probiotik:
✅ Membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman,
✅ Meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan,
✅ Membantu mengurangkan risiko penyakit,
✅ Dapat membantu meningkatkan penyerapan nutrien,
✅ Dapat membantu mengekalkan berat badan yang sihat,
✅ Membantu menguatkan sistem imun badan,
✅ Membantu meningkatkan kesihatan kulit.

[VIDEO Testimoni GKB Probiotics]

Testimoni dan Ulasan Produk Prebiotik dan Probiotik Terbaik di Pasaran: 

GKB Probiotics merupakan supplement kesihatan probiotik yang terbaik dipasaran sebab mereka ada teknologi paten "Multilayer Microencapsulation" - lapisan pelindung yang akan jamin supaya bakteria hidup didalam setiap kapsul dan granul sampai ke usus tanpa mati oleh asid perut.

Multilayer Microencapsulation merupakan 4 lapisan coating untuk melindungi bakteria probiotik:
Lapisan 1 - Probiotcs;
Lapisan 2 - Short Chain Polar Molecular;
Lapisan 3 - Prebiotics;
Lapisan 4 - Antioxidant.

GKB Probiotics

Zaman sekarang yang kebanyakan antara kita yang tak jaga diet, kita disarankan untuk mengambil supplement dan makanan tambahan yang ada prebiotik dan probiotics untuk bantu sistem penghadaman dan imunisasi kita. 

Berikut merupakan 5 poduk suppment kesihatan keluaran GKB yang bagus untuk perut dan usus:
🌸 GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 - untuk menyerap minyak dan mengawal kalori, berat badan.
🌸 GKB Probizymes - untuk masalah pencernaan seperti sembelit dan cirit-birit.
🌸 GKB Probio+ - untuk kesihatan usus seharian.
🌸 GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus - untuk kesihatan kulit dan wanita.
🌸 GKB G-Pro Gold - untuk masalah penyakit gastrointestinal yang teruk.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 | Oil-absorbing Essential

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3
30 capsules/ 200mg

Isi kandungan: Lactobacillus plantarum GKM3
Cara pengambilan: Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan.

Mengikut kajian terkini, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 merupakan satu-satunya bakteria baik yang fungsinya untuk membantu menyerap minyak dan lemak didalam darah yang ada dipasaran sekarang. Sebab itu ianya juga digelar sebagai 'Skinny probiotics'.

Secara saintifiknya, probiotik Lactobacillus plantarum ini boleh membantu untuk mengurangkan penyerapan lemak, asid urik (uric acid) dan lipid lemak seperti kolesterol (cholesterol) dan trigliserida (triglycerides) didalam darah.

Fungsi dan kelebihan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3:
⭐Mengurangkan penyerapan kalori dan lemak,
⭐Membantu mengurangkan pengambilan makanan dan kalori,
⭐ Memberikan tenaga,
⭐Membantu mengurangkan berat badan,
⭐Membantu menjadikan berat badan lebih sihat,
⭐Meningkatkan sistem penghadaman dan pencernaan,
⭐Membantu menyihatkan kulit - meningkatkan kelembapan kulit, kurangkan kedutan dan keanjalan.
⭐Membantu mengurangkan kesan kerosakan kulit yang disebabkan oleh sinaran UV.

Pengalaman makan probiotics GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Bahan Kandungan GKB Lactobacillus Plantarum GKM3

Didatangkan didalam bentuk capsul vegecap yang mudah nak telan, suami dan saya ambil satu capsule sehari selepas makan. Untuk bulan puasa, kami ambil selepas berbuka. Apa yang saya perasan, kami memang mudah kenyang walaupun makan sikit je dan terus kekal tak lapar sepanjang hari.

Sesuai sangat untuk mereka yang berpuasa dan yang tengah nak diet jaga makanan dan berat badan selain daripada dapat membantu menjaga kesihatan usus sekaligus menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga.

GKB Probizymes | Stomach Essential

GKB Probizymes
30sachets/3g powder

Isi kandungan: Protease, Papain, Bifidobacterium longum, Amylase, Lactase, Invertase, Bromelain, Lactobacillus rhamnosus, Lipase, Bromelain, Glucoamylase.

Cara pengambilan: Campurkan 1 sachet (3g) kedalam segelas air, kacau dan terus minum. Boleh ambil sekali sehari selepas makan. 

Formulasi khas untuk masalah 'indigestion' atau senak perut selepas makan sebab ada gabungan probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, protein dan lemak.


Fungsi dan kelebihan GKB Probizymes:
⭐Membantu menangani masalah kembung perut,
⭐Membantu menangani masalah sakit perut akibat gastrik,
⭐Mengurangkan simptom asid refluks,
⭐Membantu menangani masalah pedih ulu hati,
⭐Sangat bagus untuk membantu mengurangkan masalah Gastritis.

Bahan Kandungan GKB Probizymes

Pengalaman Makan GKB Probizymes

Setiap sachet didatangkan didalam bentuk serbuk granule. Kalau ada rasa senak perut selepas makan tu, boleh bancuh sahaja dengan air biasa, kacau dan terus minum. Buat pula masa bulan puasa ni makan macam-macam makanan, so GKB Probizymes sangat elok diambil untuk elakkan.

Saya pula memang kadang tu selalu ada masalah pedih ulu hati (heartburn) sebab lambat makan. GKB Probizymes memang sangat bagus untuk menagani masalah seperti ini selain daripada membantu melegakan dan menyihatkan flora usus kita.

GKB Probio+ | Gut Savior

GKB Probio+
30sachets/3g powder

Isi kandungan: Inulin, Fructooligosaccharides, Lactobacillus fermentum, Lactobacillus Rhamnosus, Lactobacillus helveticusBifidobacterium longumStreptococcus thermophilus.

Cara pengambilan: Makan secara terus atau campurkan 1 sachet (3g) kedalam segelas air/ jus/ makanan dengan sebati dan terus ambil dua kali sehari selepas makan.

Setiap sachet (3g) GKB Probio+ mengandungi 20 bilion bakteria probiotik hidup dengan kombinasi 5 jenis bakteria probiotik aktif dan 4 jenis prebiotik khas untuk fungsi membantu memperbaiki usus dengan cara menstabilkan flora usus dan memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus kita.


Fungsi dan kelebihan GKB Probio+:
⭐ Membantu menyihatkan sistem pencernaan dan penghadaman,
⭐ Mengurangkan masalah sembelit (constipation) dan cirit-birit (diarrhea),
⭐ Mengekalkan keseimbangan mikroflora usus,
⭐ Meningkatkan imuniti badan,
⭐Membantu penyerapan nutrien daripada makanan dengan lebih baik,
⭐Memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus dan pencernaan.

Bahan Kandungan GKB Probio+

Pengalaman Makan GKB Probio+ 

Bila bercakap tentang bakteria, ramai yang takut ingat bakteria tu jahat, tapi probiotik merupakan bakteria baik yang kita perlukan didalam usus untuk bantu sistem penghadaman dan pencernaan. Untuk maintain kesihatan, korang boleh ambil 1 sachet (3g) setiap hari.

Ada time kita akan ada masalah nak buang atau membuang yang tak lawas. Jadi, GKB Probio+ boleh bantu untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

GKB G-Pro Gold | Constipation Essential

GKB G-Pro Gold
30 capsules/ 500mg

Isi kandungan: Lactobacillus Acidophilus GKA7, Lactobacillus Casei GKC1Lactobacillus Reuteri GKR1, Lactobacillus  Bultaricus GKB8, Lactobacillus  Plantarum GKM3, Lactobacillus  Brevis GKL9, Bifidobacterium Bifidum GKB2, Bifidobacterium Breve GKV1Lactobacillus Rhamnosus GKG6, Lactobacillus  Paracasei GKS6Inulin, Fructooligosaccharides.

Cara pengambilan: Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan.

Setiap vegecapsule (500mg) mengandungi 80 bilion bakteria probiotik hidup dengan gabungan 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik yang akan membantu meningkatkan flora usus. Untuk mereka yang ada masalah sembelit atau cirit -birit yang teruk berhari-hari, boleh amalkan GKB G-Pro Gold.

Fungsi dan kelebihan GKB G-Pro Gold:
⭐Membantu memperbaiki usus (improve digestion),
⭐Mengurangkan keradangan usus,
⭐Membantu meningkatkan flora usus,
⭐Mengurangkan sembelit (constipation) dan cirit-birit (diarrhea) yang teruk,
⭐Meningkatkan fungsi barrier usus untuk kurangkan masalah iritasi usus,
⭐Sangat bagus untuk membantu masalah sindrom iritasi usus (IBS).

Bahan Kandungan GKB G-Pro Gold

Pengalaman Makan GKB G-Pro Gold

Ada sesetengah orang tu, apabila dia terlalu sibuk dengan kerja atau stress, mesti perut pun mudah ada masalah seperti sembelit, cirit-birit, atau lagi teruk, Irritable Bowel Syndrome (IBS) / sindrom iritasi usus. GKB G-Pro Gold sangat sesuai untuk diamalkan didalam kes macam ni.

Dihasilkan khas untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk semua golongan orang termasuklah yang muda dan yang tua. GKB G-Pro Gold boleh membantu mengurangkan keradangan usus dengan cara membiak, menstabilkan flora didalam usus sekaligus menstabilkan pH cecair perut dan usus.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus | Skincare Essential

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus
30sachets/2g powder

Isi kandungan: Lactobacillus Rhamnosus, Inulin, Fructooligosaccharides.
Cara pengambilan: Makan secara terus atau campurkan 1 sachet (2g) kedalam segelas air/ jus/ makanan dengan sebati dan terus ambil dua kali sehari selepas makan.

GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus mengandungi strain bakteria probiotik Lactobacillus rhamnosus yang merupakan satu bakteria yang terkenal dengan sifatnya yang mampu membantu mengelakkan penyakit berkaitan gastrointestional.

Fungsi dan kelebihan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus:
⭐Membantu mencegah penyakit gastrointestional disease seperti usus bocor atau dysbiosis,
⭐ Membantu mengurangkan masalah kulit sensitif dan eczema,
⭐ Membantu untuk memperbaiki dan menyihatkan kulit,
⭐ Meningkatkan imuniti badan,
⭐ Mencegah jangkitan alat kelamin wanita seperti UTI dan jangkitan kulat,
⭐ Membantu pengelakkan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. 


Bahan Kandungan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus


GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus juga terkenal dalam kalangan wanita bukan sahaja sebab packaging dia cantik warna pink, tetapi juga fungsinya yang boleh membantu masalah kulit seperti jerawat/ pimples dan juga masalah bakteria di private part wanita.

Tapi korang jangan silap ya, yang lelaki pun boleh je consume GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus untuk cantikkan kulit, menstabilkan flora perut dan membantu sistem pencernaan korang. Bila usus sihat, toksin pun tiada, makanya cantik la kulit nanti.

Saya pun ambil 1 sachet (2g) powder makan macam tu sahaja selepas makan. Mudah nak telan sebab powder didalam bentuk granulr halus ni. Saya ambil untuk maintain wellness dan untuk skincare. Skincare luar dah pakai, kesihatan kulit dalaman pun kena jaga juga.

Pengalaman Makan GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus

GKB juga tahu yang betapa pentingnya untuk produk kesihatan mereka untuk ada sijil yang diperakui terutamanya sijil Halal. Jadi, kita yang orang Islam ni tak ragu-ragu nak consume supplement ni. Di label produk pun ada sijil Halal daripada JAKIM, serta cop pengesahan daripada KKM.

Untuk kualiti jaminan keselamatan, kualiti dan standard piawaian produk, GKB Probiotics memiliki sijil pengesahan PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, sijil kawwalan kualiti tahap 2 TFDA, FSSC 22000 dan ISO/IEC TAF 17025.


GKB Probiotics for Women & Skin Health

Korang boleh dapatkan produk GKB Probiotics di semua cawangan farmasi terbesar di Malaysia seperti di Alpro Pharmacy. Selamat mencuba!

List farmasi yang ada jual produk GKB Prebiotik dan Probiotik:
✅ Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
✅ Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
✅Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss  Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
✅ Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
✅ East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
✅ Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
✅ Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
✅ Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

Boleh refer sini untuk list farmasi terkini yang menjual supplement kesihatan GKB 👉www.mygkb.com/Article/Detail/1188

GKB Official
Website: www.mygkb.com
Instagram: www.instagram.com/mygkb
Facebook: www.facebook.com/mygkb
TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia
RED ID: 1318211221 (GKB 集康宝)
YouTube: www.youtube.com/@mygkb01

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS