7 Warna Matte Lipstick ZarraB'Joy Untuk 7 Hari Anda

Hello dan Assalamualaikum korang.

Aku sangat excited nak kongsi dengan korang tentang lipstick terbaru keluaran Zarra Sinar Puteri iaitu Matte Lipstick by ZarraB'Joy Cosmetics. Dengan syarikar Zarra Sinar Puteri, tahu tak korang yang pengasass dia adalah Datin Zamzarina Zambri yang pengacara tu?

Apa yang khasnya matte lipstick ZarraB'Joy ini dihasilkan oleh bahan utama seperti Shea Butter, Argan Oil dan Vitamin E. Mana ada matte lipstick pakai formula tu kan? 

Walaupun bahan utama matte lipstick ZarraB'Joy adalah daripada shea butter dan argan oil, tapi lipstick ini tidak berminyak. ZarraB'Joy lipstick juga tak akan mengeringkan & menggelupaskan bibir malah akan menampakkan efek lembab dan bibir munggil.


ZarraB'Joy matte lipstick lip-wear didatangkan dalam 7 pilihan warna menarik simbolik 7 hari dalam seminggu:

1. Zesty Rose - Isnin
2. Zenia Daisy - Selasa
3. Zazzy Verbena - Rabu
4. Zaftig Carnation - Khamis
5. Zealous Dahlia - Jumaat
6. Zonal Peony - Sabtu
7. Zappy Therapy - Ahad

Pelancaran 7 warna mengikut hari ini sebenarnya dengan tujuan untuk membantu kaum wanita yang pening kepala nak fikir setiap hari nak pakai lipstick apa. Lepas ni amik je dan pakai, tak payah nak pening nak pakai warna apa.


Kandungan: Isododecane, Trimethysiloxysilicate, Cyclopentasilone, Dimenthicone, Talc, Dimethyl Silicate, Diisostearlt Malate, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Flavor, Argania Spinosa (Argan) Oil, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Titanium Oxide CI 77891, Iron Oxide Red CI 77491, Iron Oxide Yellow CI 77492, Iron Oxide Black CI 77499, D&C Red No 6 CI 15850, D&C Red No 7 CI 15850, D&C Red No 28 CI 45410.

Kandungan utama ZarraB'Joy matte lipstick ini adalah Shea Butter, Argan Oil dan Vitamin E yang akan membuatkan bibir korang nampak cantik dan tak tak merekah.

Majlis Pelancaran ZarraB'Joy lipwear

Matte Lipstick ZarraB'Joy merupakan matte lipstick yang tahan lama dan paling penting, kalau kita pakai, tak senang melekat kat mana-mana. Tak adalah kesan lipstick kat cawan atau makanan nanti. Kalau nak cium anak ke suami pun senang sebab tak melekat.

7 warna yang ditawarkan menarik dan mengikut warna popular tahun 2017. Sesuai nak pakai untuk ke mana-mana majlis atau nak dating. Aku pakai haritu, tahan sampai 5-6 jam tanpa touch-up. 

Matte lipstick ZarraB'Joy adalah natural dan bebas kimia dan yang ada sijil kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Yakin sikit nak pakai ye dak. Bau dia pun sweet je macam cupcake.


Packaging dan botol koleksi ni cantik dan unik, nampak eksklusif. Takkan sangka harga dia mampu milik untuk matte lipstick. Aku rasa nk satu-satunya lipstick botol bentuk ini. Aplikator dia pula standard aplikator lip matte yang lain.

Tips: Bila apply kat bibir, kalau katakan terkena tempat tak sepatutnya macam tangan ke, muka ke, cepat-cepat bersihkan sebelum dia kering, sebab lepas kering dan susah nak cuci.

ZarraB'Joy Lipstick dalam kod Zaftig Carnation - Thursday

Apa yang aku perasan semasa memakai ZarraB'Joy matte lipstick ini adalah, lipstick ni macam merawat bibir aku. Korang tahu tak, kadang-kadang bila kita pakai matte lipstick, bibir cepat merekah kan, sama kes aku, tapi lipstick ini, dia membantu pulihkan rekahan bibir aku.

Lagi satu yang aku suka, kalau lap lipstick ni dengan air, dia masih akan tinggalkan kesan warna dia, macam kalau aku pakai warna kod Zaftig Carnation, lepas cuci pakai air mesti bibir jadi pink-pink gitu. Nak cuci bersih, hanya pakai oil-based make up remover.

Matte Lipstick ZarraB'Joy 
Harga:
RM 47/ 5ml



ZarraB'Joy Cosmetics
Contact/ Whatsapp : 019-3447788/ 012-6229970
email : harmony.myinfo@gmail.com
Facebook: www.facebook.com/officialzarrasinarputeri
Instagram : @zarrabjoycosmetics
Website : www.harmonymall.com.my

Till then,

Post a Comment

8 Comments

Em said…
One would never get bored with ZarraB'Joy with one shade a day. I don't know which colour I like the most. They all look so striking.
Miera Nadhirah said…
loving all those interesting colours.... i love all of them... hahahah must get all
wfc said…
Very nice color option! matt look much better!
Emi said…
Macam lawa2 pulak color lipstick ni.
Hi, those are pretty lipcolor! (Did you get all of them?) That shade suits you :)
Sunshine Kelly said…
Nice lipcolors, I like the Zealous Dahlia.
Sharon Lee said…
The color semua ni cantik la! The one you using look so sweet on you =)
Tengkubutang said…
Cantiknya warna lipstick tu.. rasa nak try je lipstick jenis macam ni..

FOLLOWERS