Suami dan aku memang suka sangat makan masakan Thai. Kan selalu ada restoran tepi jalan yang masak masakan Thai, yang selalu orang Kelantan masak tu. Tapi selalunya restoran tu kan bukak mula pukul 4PM je.
Makanya kalau nak makan masakan Thai yang sedap secara eksklusif dalam shopping kompleks yang tak kira jam berapa, boleh singgah ke Cafaeyen+ di IOI City Mall, Putrajaya. Cafaeyen+ merupakan restoran kedua selepas Cafaeyen di Bangsar.
Makanya kalau nak makan masakan Thai yang sedap secara eksklusif dalam shopping kompleks yang tak kira jam berapa, boleh singgah ke Cafaeyen+ di IOI City Mall, Putrajaya. Cafaeyen+ merupakan restoran kedua selepas Cafaeyen di Bangsar.
`
Walaupun restoran ni ruang dia kecil, tapi deorang pandai susun supaya ruang dan susunan nampak kemas. Aku suka sebab tak ada la nanti kalau tengah duduk, tetiba orang kat belakang nak jalan tak muat. Ganggu orang makan je.
Lagi satu, jarak dia tak terlalu dekat dengan meja sebelah. Nak bergosip pun lebih selesa. HAHA.
Datang sini, lepas duduk di meja yang mana yang korang berkenan, dalam la buku menu sorang satu. Buku baru, dengan menu yang menarik, siap ada harga semua. Senang la nak bajet nanti. Ada bahasa Thai dan English untuk terangkan menu tu ada.
Lepas tunggu beberapa seketika, maka satu persatu makanan yang dipesan pun datang. Untuk pencuci mulut boleh minta nak makan sebelum atas selepas hidangan.
MENU ISTIMEWA
Pad Kanar Plakem
(Kailan ikan masin)
RM 14.90
Yam Mak Muang
(Salad manga muda dengan sotong goreng)
RM 14.90
Gai Jiew Ham
(Telur dadar dengan sosej)
RM 14.90
Hoy Lai Pad Prik Pao
Kerang goreng dengan pes cili
RM 17.90
Ton Yum Nam Kon (Red) RM 18.90
Tom Ka Kai (Coconut Milk) RM 17.90
Pla Krapong Nun Mano
(Ikan talapia masak stim limau)
RM 49.90
Kluai Khai Yen
(Pengat pisang)
RM 8.90
Tub Tim Kob RM 8.90
Kiri: Fresh Pineapple RM 8.90
Kanan: Ruby Milk RM 8.90
Signature Cha (Cold) RM 7.90
Pengalaman keseluruhan:
1. Aku suka konsep yang dibawakan.
2. Masakan Thai yang memang sedap dan rasa original masakan Thailand.
3. Porsi makanan banyak, satu hidangan boleh kongsi 2-3 orang.
4. Semua air dan pencuci mulut sedap yak-mat!
5. Pelayan sangat membantu dalam memilih menu apa yang nak order.
6. Ada beberapa menu yang harga agak mahal.
7. Pinggan nasi kecik sangat, kalau jenis makan pinggan penuh, baik minta pinggan besar.
8. Set-up dan pengcahayaan yang malap, tapi tak gelap, membuatkan aku rasa tenang dan selesa.
9. Menu ada dalam bahasa Thai dan English, bagus untuk orang yang nak belajar bahasa baru.
10. Keseluruhan makanan memang sedap, aku order banyak untuk 4 orang, tapi semua habis, licin.
Cafaeyen+ Restaurant
LG-36, Lower Ground Floor,
IOI City Mall, 62502 Putrajaya.
Waktu operasi: 10AM-10PM
Facebook: www.facebook.com/cafaeyenmalaysia
Instagram: www.instagram.com/cafaeyen_malaysia
Till then,
20 Comments
shall book a date to go dine.