Sarapan & Minum Petang Ala Perancis di Cafe's Richard, Sky Avenue Genting Highland

Hello dan Asslamualaikum korang.

Selalu kan, kalau aku tengah layan filem Perancis atau ada filem yang mereka buat penggambaran di Perancis, mesti ada satu scene yang dimana mereka akan duduk untuk minum teh di kafe-kafe. Macam syok je kalau boleh buat kat Malaysia kan.

Haritu lepak-lepak kat Sky Avenue, Resort World Genting, tetiba lalu kat Cafe's Richard atau Kafe Richard yang sebenarnya merupakan satu kedai kopi yang popular kat Paris. Aku pun apa lagi, singgah la nak cuba kopi Perancis ni.


Apa yang membezakan mereka dengan kopi yang lain adalah, Kafe Richard sentisa teliti dalam memilih biji-biji kopi untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Bagi peminat kopi tegar, korang boleh cuba Perle Noir atau mutiara hitam yang merupakan 100% kopi Arabika eksklusif yang dihidangkan oleh Kafe Richard dengan gaya kopi espressi Perancis.

Kalau korang suka kopi jenis French press, Chemex, sifon atau titisan sejuk, boleh cuba kopi Ethiopia Moka Yirgacheffe atau kopi Sumatera "Orang Utan".


Matlamat khas Kafe Richard di sky Avenue, Resort World Genting adalah untuk menyediakan suasana gaya Parisian dimana pelanggan akan merasai sendiri pengalaman kesenian dan suasana Perancis walaupun mereka sebenarnya kat Malaysia.


Kalau korang singgah je Kafe Richard ni, mesti akan ada pekerja deorang yang akan tegur korang, siap bahasa Perancis lagi contoh macam “bonjour monsieur” dan "merci madame".

Aku suka dengan set-up Kafe Richard yang unik, sama unik dengan kopi dia. Kalau korang ke Sky Avenue Genting Highland, mesti akan nampak 'bunga' Frangipani ni. Korang boleh pilih untuk lepak kat situ, atau dalam kafe.


Selain kopi, Kafe Richard turut menyediakan pelbagai jenis teh yang terdiri daripada teh hitam, putih, hijau, roiboos dan herba yang dauhnya diimport dari India, China, Sri Lanka, Afrika Selatan dan juga banjaran Alps.


Chocolat Chaud (hot) RM 17
Chocolat Frappe (iced) RM 20


Setiap tahun, Kafe Richard memanggang lebih kurang 10,000 tan biji kopi hijau yang diperoleh dari ladang-ladang di Kenya, Ethiopia, Brazil, Papua New Guinea, India, Colombia, Galapagos, Mexico dan Guatemala. Banyak kan?


Kiri: Rose Lychee White Tea RM 15

Teh ni merupakan campuran teh putih dan kepingan bunga ros dan dicampurkan dengan dengan buah laici dan rasbrry. Rasa sweet, manis je walaupun tak campur dengan gula.

Kanan: Breakfast B.O.P RM 14

Teh yang natural dan pekat. Korang yang peminat tegar teh pekat dan original, mesti suka yang ni. Sesuai diminum masa sarapan, boleh campur dengan susu untuk rasa lebih ummph.



Kat Cafe's Richard juga ada dihidangkan dengan pelbagai pilihan pastri termasuk roti, macarron dan puding. Paling aku suka puding caramel deorang. Sedap sebab tak terlalu manis, sesuai untuk minum petang dengan teh atau kopi.


Set Parisian High Tea RM 128
(2.30PM-5.30PM)

Dalam set ni memang ada banyak pilihan sweet dan savories. Ada Balini with smokes salmon and chiven dressing, snoked duck with melon, salted beef on french toast, foie gras mousse on vol-au-vent and cranberry dressing, wild mushroom quiche dan crab meat avocado mascarpone in cone.


Cafés Richard
Level 1, SkyAvenue, 
Resorts World Genting.

Waktu operasi: 
10AM-10PM (Ahad-Khamis)
10AM-12AM (Jumaat, Sabtu, Cuti umum)

Till then,

Post a Comment

24 Comments

Em said…
Looks very high class, especially when French is spoken there! hahaha... can't wait to go and try some French pastries one day.
Jacqueline Khoo said…
Wow all the dessert looks really nice & tempting! Wish to try it out one day with my sisters ;)
5 Little Angels said…
Set Parisian High Tea nampak sedap. I nak bawa anak I pergi sana untuk cuba.
Miriam said…
Eclairs! Love it.. really enjoyed it when I was in Paris
Shiv B said…
Oh nice. The desserts look really tempting, will definitely need to try them out :)
GengQian said…
lovely pastries, looks so yummy! glad that we have more food choice now in Genting!
Wow nice place to chill out with friends! Will love to try their high tea set.
Travellover23 said…
wow~would like to try their high tea set !
Some more I also feels like Im paying so high, but the reality is not. haha
Its actually taste good :)
Cuba la Jane, tapi set tu I rasa sesuai untuk 2-3 orang.
You did? So glad to hear it.
Yes, please visit their cafe whenever you reach Sky Avenue :)
You have to! Bring your partner and ask him to belanja you la. Baru feeling dating kat Paris. haha
Their high tea is actually best-seller over here. hehe
Yes, indeed. I also feels like wanna live near Genting. haha
仙妮 said…
Wow! I am gonna b there in my nxt trip to Genting :) cheers, SiennyLovesDrawing
Sunshine Kelly said…
I can't wait to try out this cafe soon.
Sharon Lee said…
WOW cantiknya cafe ni!! I know there are so many cafes and restaurant to visit at Sky Avenue! Can't wait to go there one day =)
Amelie Yap said…
OMO such a nice cafe. It has been years since my last visit. Hope to be there one day and be in the cafe too
They also offers a nice mall view.
Its easy to locate this cafe. and I love their French layout too :)
Make sure to visit Sky Avenue mall ya Sienny.
Be sure to visit this cafe soon Kelly.

FOLLOWERS