Apa yang Menarik di Klang Parade (Makan & Shopping)

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera korang.

Siapa pernah ke Klang Parade sila angkat tangan! Aku tak pernah lagi sampai ke sini. Cuma haritu ada pertandingan karaoke 1Min2Fame, lepas tu rakan blogger, Reef pun join, jadi kami kawan-kawan blogger dia pun plan untuk sokong dia kat sana.

Bila aku tanya kawan-kawan apa yang best kat Klang Parade, deorang pun tak tahu nak cakap apa. Aku pulak tak pernah sampai ke Klang Parade lagi. Bila dah sampai baru aku sendiri tahu banyak juga benda boleh buat kat sini.


Makan di Food Junction Klang Parade
(seksyen makanan Halal)

Food Junction, Tingkat 5, Klang Parade.
Facebook: www.facebook.com/NEXTFoodJunction/
Instagram: www.instagram.com/nextfoodjunction/

Ini yang aku paling suka dengan Klang Parade. Tak pernah aku jumpa food court yang asingkan seksyen makanan Halal dan tak Halal. Kalau ada pun, macam sebelah kanan makanan Halal, dan sebelah kiri non-Halal.

Lain pula dengan Food Junction Klang Parade ni sebab ada kawasan khas untuk food court mana yang korang nak datang. Let say, kita Muslim, mesti nak makan yang Halal, jadi terus ke Food Junction Halal area. Kan dah tak susah-susah nak tanya Halal ke tak.


Nasi Ayam Panggang: RM 5.50
Nasi Ayam Madu: 6.50
Nasi Tambah: RM 1.50

Nasi ayam dia memang umph! Selalu susah nak jumpa nasi ayam yang sedap kat food court, tapi kat Food Junction Klang Parade ni dah la harga berpatutan, ayam sedap, nasi the best nasi ayam yang aku pernah rasa.



Butter Rice With Grill Chicken Chop

Kat western ada makanan barat seperti chicken chop, fish n chip, daging dan kegemaran suami aku, spaghetti carbonara. Kuah pasta dia kami suami-isteri kasi A+. Tambah dengan mashed potato dan potato wedges.

Spaghetti Carbonara: RM 12.80
Mashed Potato: RM 5+
Potato Wedges: RM 5+


Jus Buah-buahan: RM 4.50 
Aneka ABC: RM 6.50

Minuman pun sedap. Kalau order air jus buah memang blend on-the-spot. Sebab itu jus dia rasa sedap dan fresh. Buah yang dia blend pun tak kedekut, memang rasa kaya dengan buahan. Ada jus epal, oren, mangga, lobak merah, guava, nenas dan banyak lagi.


Syurga Membeli Belah

NEXT Ladies, Tingkat 1, Klang Parade
Facebook: www.facebook.com/NEXTLadiesMY
Instagram: www.instagram.com/nextladiesmy

Kalau datang kompleks membeli belah mesti la kita nak membeli belah kan. Bagi wanita yang mencari baju blouse, cardigan, baju kurung, baju kerja, palazzo, dan pelbagai pakaian wanita, harus singgah ke tingkat 1, NEXT Ladies.

Next Ladies ni macam food court versi pakaian, (cloth court. HAHA). Ada banyak kedai yang menjual pelbagai pakaian wanita dengan harga yang sangat berpatutan. Bayangkan blouse material best dengan manik-manik harga RM 30 keatas je.




Blouse Wanita di Next Ladies Klang Parade RM 44

4 helai baju blouse cantik dan kain yang berkualiti hanya dalam RM 151 sahaja. Yang RM 44 tu siap ada jahitan dan manik-manik. Aku sempat beli satu lagi cardigan dengan harga RM 54. Aku ada satu yang warna lain, design sama yang aku beli dengan harga RM 65.



Pertandingan Karaoke 1Min2Fame Vol. 2

Berlangsungnya pertandingan karaoke 1Min2Fame yang diadakan untuk tahun kedua di Klang Parade. Pada tahun ini mereka menerima lebih daripada 100 penyertaan dan 15 orang finalis membuat persembahan pada 8 April 2017 tempoh hari.



Pengadil:
Dina Nadzir, Riz Zaizizi, producer Rafikoncept.

Pemenang Pertandingan Karaoke 1Min 2Fame Vol. 2

1. Tempat pertama: Faisal Md Saad
2. Tempat kedua: Ardi Gunsuh
3. Tempat ketiga: Shariffudin Azhar (Blogger)


Oh ya, untuk korang yang menjual pakaian wanita yang tengah pening kepala fikir kat mana nak bukak kedai, boleh la cuba buka di Next Ladies Klang Parade ni. Kawasan ni sesuai nak jual pakaian wanita sebab Next Ladies memang syurga pakaian wanita.

Untuk peniaga yang berminat, boleh hubungi Cik Azel: 012-3138668.


Klang Parade
No.2112, KM2, Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor, Malaysia.
Contact: 03-3343 7889

Email: info@klang.parade.com.my
Website: https://www.klang.parade.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ARA.KPM/

Official Hashtag: #KlangParade #NextLadiesMY #NextFoodJunction #KSongKTV

Post a Comment

16 Comments

cindyrina said…
Serious lama tak datang Klang Parade. Now dah macam byk kedai menarik dah kan? Food junction pun banyak makan menarik!
Tengkubutang said…
woww2.. ABC tu buat teman laparrr.. lama dah mengidam ni.. tunggu abes pantang setahun baru leh makan..
Ya, I pun first time datang sini. Kalau dekat sure da selalu lepak situ.
Aww. Congrats Tenku Butang. Lama menyepi dari blog :D
long time no go to this mall. I think last went was 2014 years. Hehe. love the Penang rojak there.
Em said…
A good list of attractions and activities. Have not been here before, though! Need to plan something.
NEEZA said…
cantik juga baju u pilih dear, hehe

www.neezalife.com
Cekgu Norazimah said…
Wah, must try ni sherry 😉
Rikajue said…
Cloth court, haha. Ya lah, tak kan food court saja ada. Saya tak pernah pergi Klang parade sebab tak pernah pergi kawasan klang. Mungkin lepas baca ni, terasa nak pergi pula.
Absolute Yana said…
I think I have been there 3 times d...aiyaaa..why did I miss this..T.T
Rawlins GLAM said…
eh... lamanya tak menyinggah ke sana... tu kawasan dating dolu-dolu... la la la la
hahaha
Miera Nadhirah said…
definitely an interesting place to go.. will had there when visiting my mom
Sunshine Kelly said…
I nak pergi kedai Next beli baju raya juga.
Betty's Journey said…
Is such a long time I did not go Klang Parade. I miss the food there.
Wow fantastic! What have you bought so far?

FOLLOWERS