Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)
Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadhan tahun 2017. Pasti ramai antara korang yang tengah survey kat mana nak bawa keluarga berbuka pada bulan Ramadhan tahun ini.
Restoran Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa merupakan pilhan tepat untuk korang yang mencari lokasi berbuka yang menghidangkan masakan Melayu asli dengan suasana dan konsep "Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur".
Sajian dan juadah berbuka pada tahun ini disediakan oleh chef Ancasa Hotel & Spa yang berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan Melayu seperti Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri dan Chef Alias dengan bantuan pasukan mereka.
Sajian dan juadah berbuka pada tahun ini disediakan oleh chef Ancasa Hotel & Spa yang berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan Melayu seperti Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri dan Chef Alias dengan bantuan pasukan mereka.
Kambing Golek dan Nasi Arab Khabsah
Mengikut informasi chef yang masakkan kambing golek ini, kambing ini telah dimarinatekan selama 1 hari sebelum dibakar selama 10-12 jam. Sebab itu daging dia lembut dan juicy, penuh dengan rasa. Sekali pula makan dengan nasi arab dia. Terawang-awang je rasa sedap.
Antara sajian yang bakal menjadi tumpuan adalah seperti Ikan Bakar Stail Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan menu daripada durian.
Ayam Golek Percik
Menu yang akan dihidangkan pada bulan Ramadhan nanti akan disajikan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih daripada 100 hidangan keseluruhannya! Banyak bukan? Berbaloi dengan harga yang ditawarkan, boleh makan sampai kenyang pulak tu.
Nasi Tumpang Jawa Timur
Kari Daging
Dalca Campur
Rendang Itik
Ikan Patin Masak Tempoyak
Teringat aku ada kawan yang sanggup ke Pahang untuk merasa masakan original Ikan Patin Masak Tempoyak. Jangan risau sebab masa buffet Ramadhan nanti, chef hebat masakan Melayu yang akan masak hidangan ni. Baru rasa original.
Udang Masak Petai
Siput Sedut Batang Keladi
Ikan Bakar Stail Masakan Portugis
Antara ikan yang boleh korang pilih adalah dari ikan pari, kembung dan siakap. Khasnya ikan bakar ini sebab merupakan stail masakan Portugis. Rasa dia lain dengan yang selalu ikan bakar aku makan sebab korang boleh rasa pedas rempah dia walaupun makan isi ikan tu macam tu je.
Aneka Kerabu
Ada juga menu pembuka selera yang ringan sikit kotla ada yang sedang berdiet ke, boleh makan aneka bubur, sup dan mee. Antara yang laris dah sedap bagi aku adalah Sup Rusa dia. Rugi kalau tak cuba bila berbuka kat sini.
Warung Dorai Samy: Aneka Sup
Rojak Mamak
Aneka Grill Teppanyaki
Ancasa Hotel & Spa turut menyajikan pencuci mulut seperti roti, pastri, kek dan puding. Ada banyak pilihan yang korang boleh cuba daripada coklat, keju, kopi sampai la ke buah-buahan macam strawberry dan peach.
Khas untuk peminat durian, Ancasa Hotel & Spa turut menyajikan pemanis mulut daripada durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol, Lempok, Kek, Cucur dan Talak Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.
Serawa Durian di Ancasa Hotel & Spa merupakan antara menu wajib dicuba nanti. |
Rumah Kampung Sugar House
Figura rumah kampung tradisional masyarakat Melayu yang berat hampir 60 kg ini dibuat oleh Chef Hassukri yang juga merupakan chef pastri Ancasa Hotel & Spa dengan menggunakan 100% bahan yang boleh dimakan.
Beliau mengambil masa lebih daripada 3 minggu untuk menyiapkan "Rumah Kampung" ini dengan menggunakan gelatin, sirap glukos, gula icing, putih telur, tepung jagung dan air. Pengunjung yang datang berbuka di Ancasa Hotel & Spa pada bulan puasa nanti boleh lihat hasil hebat ini.
Tahun ini, pihak Ancasa Hotel & Spa bertemakan Kembara Iftar di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama
Baucar belian awal berbuka puasa di Ancasa Hotel & Spa boleh dibeli dengan harga serendah RM58 sebelum 15 Mei 2017.
Untuk tempahan sila hubungi Saffron Brasserei: 03-20266060 etx. 7703.
Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur.
Website: http://www.ancasahotels.com/
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur.
Website: http://www.ancasahotels.com/
Rate harga biasa:
RM68 (dewasa), RM40 (kanak-kanak)
11 Comments