Ada peminat masakan Thai kat sini? Aku suka masakan Thai sebab sedap dan kena dengan cita rasa aku. Kalau nak bandingkan masakan barat dengan Thai, aku pilih Thai. Lebih murah dan mengenyangkan.
Aku berkesempatan untuk menghadiri sesi Review Buffet Ramadhan & Makan Malam di The Imperial Chakri Palace, KLCC haritu. Chakri Palace kini akan menawarkan buffet makan malam sekaligus untuk Ramadhan nanti bermula pada 30 Mei 2017 nanti.
Buffet Ramadhan nanti lagi spesial sebab akan ada 3 set menu yang berbeza yang akan dihidangkan. Jadi, menu setiap hari tu takkan sama. Boleh la berbuka beberapa kali kat sini nanti.
Ruang makan yang disediakan pun selesa dan nampak grand. Aku suka setting meja dia bila kita sampai. Ala-ala hotel 5 bintang punya restoran. Kalau dapat tempat sebelah tingkap pun cantik juga. Cuma kat luar tu banyak tengah construction. Haha.
Aneka Juadah Makan di Chakri Palace
Buffet Ramadhan & Makan Malam di Chakri Palace bertemakan “Tantalizing Tastes of Thailand” iaitu Selera Thai yang Mengiurkan, yang menawarkan lebih daripada 50 juadah istimewa tempatan dan dari negara jiran, Thailand.
Pilihan nasi ada Nasi Putih dan Nasi Briyani. Selain itu, ada juga menu popular Thai seperti Samosa dan Crispy Thai Spring Rolls atau nama Melayu dia popiah goreng.
Pilihan nasi ada Nasi Putih dan Nasi Briyani. Selain itu, ada juga menu popular Thai seperti Samosa dan Crispy Thai Spring Rolls atau nama Melayu dia popiah goreng.
Sauted Beef Cashew Nut
Deep Fried Chicken with Pandan Leaf
Black Pepper Chicken
Green Curry Chicken
Stir Fried Squid with Salted Egg
Fried Beancurd with Minced Prawn
Kari Daging Melayu
Deep Fried Crispy Fish with Samrod Sauce
Stir Fried Broccoli with Mushroom
Aneka Juadah Pencuci Mulut dan Ringan
Aku rasa kalau datang restoran Thai, terutamanya di Chakri Palace ni dah memang kewajipan orang untuk cuba Mieng Kam yang mencampuri 7 bahan asli Thailand. Aku tak pernah cuba Mieng Kam ni, tapi haritu aku rasa sikit, yang buatkan dia sedap adalah kuah dia.
Hidangan Thai, tak bestla kalau tak ada apa yang kita panggil kerabu atau salad sayur. Paling hot sampai deorang kene tambah haritu adalah Thai Mango Salad dan Thai Papaya Salad.
Pelbagai pilihan pencuci mulut turut disediakan di Buffet Ramadhan & Makan Malam di Chakri Palace. Korang ada pilihan daripada Pengat Pisang, Bubur Jagung, Red Ruby Waterchestnut, Pulut Manga, kek dan banyak lagi.
Jenis yang makan Melayu, tapi nak jugak merasa style Thai, patut makan ikan bakar dia. Ikan Bakar dia memang bakar macam tu je, tak ada pun daun pisang macam kita selalu buat. Sos pilihan ikan bakar dia pun ada beberapa pilihan. Sedap pun sedap
Ada juga Satay Ayam dan Daging. Satay dia rasa lain juga dengan apa yang aku selalu rasa, walaupun makan tanpa kuah, pun masih sedap. Satay daging dia lembut, senang nak kunyah. Selalu aku suka ayam, tapi kat sini daging dia lagi sedap.
Lepas dah makan berat tu, boleh la cuba makan Thai Crispy Fried Noodles. Khasnya mee kat sini sebab resepi dia original dari Thailand. Banyak betul side dish dia. Rasa pulak pedas-pedas masam gitu. Dia tak banyak kuah macam mee kita.
Korang juga ada pilihan khas lagi satu iaitu, Mee Tom Yam. Susah nak bandingkan dua-dua ni, memang kene cuba sebab dua-dua sedap. Tapilan, mee tom yam dia thorbaik. Seriously sedap.
Thai Crispy Fried Noodles
Antara minuman yang ditawarkan ada minuman sejuk dan panas. Haritu aku cuba air tebu dia sebab jarang buffet ada air tebu. Tapi kalau nak cuba pilihan yang unik, boleh cuba teh ais limau dia. Memang rasa lain dari yang lain. Kalau nak air kosong pun boleh minta.
Buffet Ramadhan & Makan Malam
The Imperial Chakri Palace KLCC & Chakri Palace Pavilion
Tarikh: Bermula dari 30 Mei 2017
Masa: 7.00PM keatas
Rate harga:
KLCC: RM95.90+ (Dewasa), RM49.90+ (Budak)
Pavilion: RM85.90+ (Dewasa), RM42.90+ (Budak)
*Harga warga emas atas 60 tahun sama dengan kanak-kanak
*Percuma untuk kanak-kanak bawah 6 tahun.
PROMOSI BELIAN AWAL
Beli sebelum 30 Mei 2017dengan harga RM75.90++ Per dewasa (KLCC)
Beli sebelum 30 Mei 2017 dengan harga RM65.90++ Per dewasa(Pavilion)
Promosi bermula dari 10 April 2017 – 30 May 2017 sahaja.
Pembelian secara kumpulan, BUY 5 FREE 1
Untuk pengetahuan, pesanan makanan 'Ala Carte' juga ada seperti biasa pada masa buffet ini.
Till then,
13 Comments