Aku ada ternampak satu posting kat Facebook haritu pasal satu kafe kat Subang Jaya yang menghidangkan dessert dan signature mereka, Angel Falls. Macam best je, jadi aku Waze, 30 minit dari rumah aku, okay la tu.
Ahoy Cafe terletak di Subang Jaya, tapi hanya dalam 15 minit sahaja jaraknya dengan Sunway Pyramid Mall. Kalau korang kat kawasan sana, boleh la cuba datang sini nanti.
"Ahoy" memberi makna 'Hai' yang selalu dicakap oleh orang kapal di laut. Konsep kafe ini seperti namanya, merupakan konsep kelasi laut. Paling istimewa, Ahoy Cafe, bukan sahaja menghidangkan dessert malah makanan Barat juga.
Lokasi Waze: Ahoy Cafe |
Kalau kat bahagian dalam ada beberapa bahagian. Ada bahagian kerusi buaian, kerusi sofa, kerusi malas dan ada juga bahagian dimana kalau korang jenis suka duduk bersila sambil menikmati makanan kegemaran korang.
Makanan Berat untuk Korang yang Lapar
Menu untuk makanan berat ada banyak sebenarnya dan harga semuanya bawah RM25. Kiranya tak adalah mahal mana kan. Ok la RM25 untuk makanan barat. Sedap pulak tu. Porsi pun banyak, bukan jenis sikit dan kedekut punya.
Untuk pengetahuan korang, Ahoy Cafe tiada sijil Halal, tapi semua daging, ayam dan itik didapatkan melalui supplier Muslim yang ada sijil Halal.
Hot & Spicy Grilled Chicken Chop RM 16.50
Suami aku suka sangat dengan chicken chop yang disediakan di Ahoy Cafe. Ayam senang potong dan sos yang dipakai merupakan resepi khas kat sini. Memang dia cakap hot & spicy betul, berpeluh-peluh dia makan. Chicken chop ini dihidangkan dengan coleslaw dan chips.
Smoked Duck Carbonara Spaghetti RM 22.00
Spaghetti carbonara dia the best! Masa aku pesan hidangan ni kononnya nak cuba daging salai itik tu, tapi tersangkut kat spageti dia sedap sangat. Aku suka rasa dia yang tak terlalu masam atau muak sebab tak terlebih keju. Tambah pula ada kepingan daging ayam dan sosej.
Chicken Kimchi Spaghetti RM 16.00
Masa nampak menu ni, wow, kimchi la. Kat mana lagi nak cuba hidangan Korea campur Amerika kalau tak cuba menu ni. Spageti goreng, dengan isi ayam ditambah pedas dengan kimchi.
Smoked Salmon Salad RM 16.00
Homemade Creamy Mushroom Soup with Toasted Bread RM 9.00
Susah nak jumpa sup cendawan homemade yang sedap. Kebanyakan restoran aku pergi, sup cendawan dia dah siap dalam tin tu. Jadinya rasa tepung tu yang banyak. Datang Ahoy Cafe, lepas cuba satu suap terus jatuh cinta. Berebut dengan suami tau nak habiskan. haha
Pilihan Kek di Ahoy Cafe
Ahoy Cafe ada banyak pilihan kek yang menarik. Kek dia pula memang dibuat setiap hari oleh tuan punya kedai, homemade punya. Ada kek buah, keju, coklat, kopi dan yang tak pernah aku jumpa, kek yogurt!
Kek dijual dalam 1 slice dan ada juga dijual dalam seluruh kek. Selalunya kalau korang nak beli satu kek, boleh buat tempahan awal dulu dan harganya dalam lingkungan RM 120 untuk sebiji kek.
Kek Mocha Cornette Cheese RM 12.90
Krim keju coklat, base biskut coklat+kopi, topping ganache coklat, kacang karamel
Kek Pango Yogurt RM 11.90
Mangga segar, yogurt, jelly buah markisa, kek span.
Pilihan Minuman di Ahoy Cafe
Kat sini pun ada banyak sangat pilihan minuman yang menarik dan semestinya sedap. Ada pilihan minuman yang sejuk dan panas. Kat bawah aku ada letak minuman apa yang aku sendiri dah cuba dan suggest untuk korang order kalau singgah sini nanti.
Passion Berry Yogurt Smoothies RM 13.00
Choco Berry Frappe RM 16.00
Matcha Caffe Latte RM 11.00
Matcha Chocolate Latte RM 13.00
Yang Hot & Signature di Ahoy Cafe
Chocolate Angel Falls RM 23.90
Selalunya molten kek biasa je, ini yang molten jugak, tapi lava dia akan mengalir ke ais krim kat bawah dia tu. Lepas potong je, dah carik ke bawah, campurkan semua, termasuk biskut bentuk bulan sabit tu, then makan. Yums!
Matcha Angel Falls RM 24.90
Penggemar matcha wajib cuba hidangan ni. Aku tak sangka matcha lebih sedap daripada coklat tadi. Rasa dia tak terlalu pahit, cukup-cukup rasa je pahit-manis dia tu. Bila potong, cair je 'lava' dia ke dalam ais krim tu lagi sedap.
Brown Iceland RM 18.50
Brown Iceland ni sebenarnya dia satu bekas ada 1 scoop ais krim vanilla, dan dihidangkan dengan brownie dan kacang untuk kasi rasa mengunyah. Tambah dengan espresso yang disediakan, rasa macam makan 2-3 kali pun tak apa. Key dia, setiap suap mesti kena ada ais krim dan brownie.
Twin Waffle RM 24.90
2 keping waffle dengan 2 scoop ais krim dihiasi dengan rasberry dan hirisan strawberry dan pisang.
Aku suka betul dengan presentation untuk hidangan yang kita nak take-out. Sangat kemas dan nampak macam datang dari cafe yang mahal, padahal tak pun.
Oh ya, lupa nak cakap, kalau datang makan Ahoy Cafe ni, jemput la singgah tandas dia. Tandas dia memang thorbaik punya. Bersih, besar dan wangi. Kalau makan depan pintu tandas, confirm tak ada masalah terbauk toilet busuk.
Berminat untuk adakan tempahan sambutan di sini? Boleh hubungi nombor dibawah:
Ahoy Cafe
74 Jalan SS15/4, 47500 Subang Jaya, Selangor
Contact: 019-914 1334
Facebook: www.facebook.com/ahoy.my
Waktu operasi:
Khamis- Selasa (2PM-12AM), Rabu off.
Till then,
13 Comments