Campur Air Sparkling Perrier Untuk Rasa yang Luar Biasa

Hello korang.

Jenama air sparkling popular, Perrier wujud sejak 150 tahun yang lalu. Perrier merupakan 100% minuman mineral sparkling semulajadi. Air ini berasal dari kawasan gunung berapi di Vergeze, Perancis sebab itulah sparkling dia semulajadi, dan bukan kimia.

Perrier diasaskan pada tahun 1898 oleh Dr. Perrier. Perrier merupakan satu-satunya jenama air yang ada kilang botol kaca sendiri sebab tu mereka boleh maintain dari dulu sampai sekarang pakai botol kaca dengan design botol yang sama.

Perrier merupakan satu-satunya minuman sparkling yang mempunyai kandungan bikarbonat dan sodium yang rendah. Air mineral sparkling Perrier juga boleh digunakan untuk membersihkan mulut dan muka.


Pada tahun 1905, Perrier telah dilantik untuk menjadi pembekal minuman kepada Raja England. Raja pun minum Perrier tau. Jadi minuman ini sesuai untuk korang yang mencari rasa yang premium, berkualiti dan berprestij.

Perrier dibotolkan dalam kilang berkaca di tapak galian. Proses pembotolan Perrier telah mengikut ketetapan panduan ISO 14001 (Persekitaran) dan ISO 22000 (Keselamatan Makanan) serta menepati kualiti standard Skim Tanda Kualiti Nasional (NQMS).


Aku berkesempatan untuk menghadiri kelas bagaimana untuk mencampurkan minuman sparkling Perrier dengan minuman dan bahan-bahan yang lain. Untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang lebih baik, Perrier boleh diminum sebagai air detox, campur dengan halia atau beri.

Contoh yang macam kita selalu minum air infused detox, bandung soda atau air kelapa soda. Soda tu ganti dengan Perrier. Rasa yang sedap dan luar biasa.



Pakar mixology, Mr Kelvin Lee mencampurkan minuman Perrier dengan minuman dan bahan lain. Antara manfaat kesihatan yang korang boleh dapat dari campuran ini adalah meningkatkan sistem imunisasi, menghalang diabetes dan membantu menurunkan berat badan.


Perrier Garden Twist
Rosella flower tea syrup, thyme, fresh lemon, Perrier


Perrier Merry Berry
Fresh lemon juice, mix berry syrup, honey, Perrier




Air mineral sparkling Perrier kini boleh dibeli di kedai serbaneka terpilih dengan lebih banyak pilihan dan saiz. Ada yang dalam botol kaca (ikut tradisi asal) dan dalam tin. Botol plastik masih dalam peringkat perbincangan.

Slim can 330ml
Glass 330ml
Glass 750ml

Ada 3 perisa yang dah masuk ke Malaysia iaitu original, lime dan lemon.



Nota: Air minuman sparkling tidak digalakkan untuk diminum dengan perut kosong. Korang yang ada gastritis atau masalah asid dalam perut juga tak digalakkan.

Till then, jom minum Perrier!

Post a Comment

1 Comments

Faeez Azmi said…
Nak try mix dengan Ribenna!

FOLLOWERS