Kalau datang Resorts World Genting di Genting Highland mesti akan nampak satu arked permainan di sepanjang kawasan nak ke Hotel Genting Grand.
Vision City Video Games Park di Resorts World Genting merupakan arcade yang terbesar yang pernah aku jumpa, malah merupakan salah satu arcade mainan yang terbesar di Malaysia. Vision City Video Games Park kini telah diubah suai menjadi lebih mudah, besar dan lebih baik.
Arcade Vision City Video Games Park menawarkan lebih daripada 429 unit mesin yang terdiri daripada 4 jenis permainan yang berbeza iaitu:
1. Video games
2. Redemption games
3. Kiddie rides
4. Skill games.
Jadi apa nak buat kalau korang nak main kat sini? Tak seperti arked pusat mainan yang lain yang menggunakan token, di Vision City Video Games Park korang perlu menggunakan kad eZiCash.
Kad eZiCash ni, korang kene tambah nilai kat dalam dia, dan kalau nak pakai masa nak main apa-apa nanti, hanya perlu swipe/sapu saja kad di slot kad yang disediakan untuk setiap game kat sini. Korang boleh pilih untuk tambah nilai di kaunter atau di mesin layan diri.
Semak baki kad eZiCash di kaunter layan diri |
Macam yang aku cakap tadi, kat sini ada 4 jenis permainan yang ada seperti video games, redemption games, kiddie rides dan skill games. Harga untuk game kat sini bagi aku standard, dalam 4-5 token paling mahal. 1 token lebih kurang RM 1.
Untuk video games sahaja ada lebih kurang 294 mesin termasuklah mesin teknologi terbaru dari Jepun, Taiwan dan China. Permainan video melibatkan game seperti game menembak, game racing, game lawan-lawan dan game muzik.
Shooting game |
Car racing games |
Motor racing games |
Ni merupakan permainan yang paling aku suka kat Vision City Video Games Park. Permainan video Dark Escape 4D merupakan permainan baru yang diletakkan kat sini tapi paling hot di sini. Apa yang menariknya game ini menggunakan efek 4D.
Dark Escape ni game tembak hantu/zombi, tapi bukan sekadar tembak-tembak je, korang perlu pakai cermin mata untuk efek 3D, siap efek kerusi gegar dan kalau katakan ada zombi serang korang, siap ada efek angin tiup kat muka lagi. Phew, scary tau! HAHA
Pac-man Battle Royale yang besar kedabak ni pun merupakan salah satu game yang hot kat sini. Tak permah nak kosong sampai orang kena beratur untuk main dia. Ni kalau datang dengan kawan atau adik-beradik mesti best sebab boleh lawan 4 orang.
Bejewed ni pakai 1 token sahaja. |
Mengimbau kenangan betul bila main game macam Street Fighter ni. Kemain aku dengan suami nak lawan sesama sendiri. Hanya pakai 3 token sahaja untuk permaian yang boleh main 2 orang ni.
![]() |
Permainan simulasi pesawat |
Vision City Video Games Park di Resorts World Genting bukan sahaja dibuat untuk orang besar dan dewasa je, tapi juga untuk kanak-kanak. Ni pertama kali aku jumpa arked untuk budak, dan saiz pun memang untuk kanak-kanak.
Banyak games yang ada untuk kanak-kanak. Sesuai daru umur 3 hingga 12 tahun. Antara permainan menarik untuk kanak-kanak adalah seperti tembak air, isi angin dalam belon, ketuk-ketuk binatang dan main gendang. Budak mesti suka punya.

Kiddie rides |
Basketball untuk kanak-kanak |
Pengunjung yang berkemahiran dan pro boleh juga ke bahagian permainan skill yang memerlukan bakat korang untuk nak aim dan hit samada menggunakan bola, coin atau senapang. Aku rasa mostly yang terlibat adalah nasib/ luck. HAHA.
Skill games best sebab kalau korang dapat capai matlamat yang dikehendaki, maka korang akan dihadiahkan dengan mainan plush masa tu jugak. Jadi, semakin susah permainan tu, semakin besarlah hadiah yang korang akan dapat.

Korang yang check-in kat Resorts World Genting kena paling kurang main sekali dekat arcade ni. Topup je kad dalam RM 20, banyak jugak mainan korang boleh main. Yang pastinya arked ini bukan sahaja sesuai untuk orang muda malah untuk warga emas yang berpengalaman. Hewhew.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Vision City Video Games Park
Contact: 03 27181118
Website: www.rwgwnting.com
Till then,

18 Comments
nice review.
ReplyDeletekalau bawak anak anak ni confirm tak mau keluar dah. hehe
Wah why I didn't see it in Genting? Thanks for the sharing, should go next time hehe
ReplyDeleteNice! I ma planning a trip to Genting soon.
ReplyDeleteits been a long time i ever visit to genting highland! i miss those day when my parents bring me up hahaha
ReplyDeleteSo many arcade games to play not only will the kids be happy, so will their parents! I wouldn't know where to begin if I were there.
ReplyDeleteso many fun activites for the kids and adults I can't wait to visit Genting.
ReplyDeleteSo long did not go to genting. Need to replace and drop by their playing place.
ReplyDeleteReally missing those days with my dad back in genting. We used to visit the game park too.
ReplyDeleteSo awesome getting to play video games.. I also wish for the opportunity. Hahaha
ReplyDeleteWow I should try this when I visit Genting very soon. I will be with my friends from Japan and this will be exciting.
ReplyDeletei saw happy kid there.... i wanna go too - racheal foodilifecious
ReplyDeletewa my kids surely love this. too bad my car broke down. can't travel there anytime soon :(
ReplyDeleteI love arcade and video games. Looks like you had so much fun there.
ReplyDeleteSudah lama saya tak pergi ke Genting. Rasanya boleh pergi untuk sehari main game je haha...
ReplyDeleteIt's a very fun place for the whole family. Want to go again.
ReplyDeleteLama giler tak gi genting. Tak sabar tunggu new thene park buka. Mesti lagi best nanti kat sana
ReplyDeleteOne of my favourite spots at Genting, always play until forgot the time >.<
ReplyDeleteDah lama tak pergi arked, this one look fun also.
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^