Review Filem: Justice League (2017)

Hai korang,

Terima kasih Resorts World Genting sebab sudi jemput aku untuk menonton tayangan perdana filem aksi yang ditunggu-tunggu, filem Justice League.


Filem ini membariskan barisan pelakon filem DC dan Warner Bros yang lain seperti Ben Affleck sebagai Batman, Gal Gadot sebagai Diana Prince, Henry Cavill sebagai Superman, Jason Momoa sebagai Aquaman dan Ezra Miller sebagai The Flash.


SINOPSIS FILEM

Filem ini menyaksikan bagaimana pasukan Justice League yang untuk menyelamatkan bumi daripada diserang oleh Steppenwolf dan tentera Parademons. Justice League terdiri daripada superhoro Batman, Wonder Women, Cyborg, Aquaman dan The Flash.

Steppenwolf ni dulu dah pernah cuba nak takluki bumi, dengan menggunakan kuasa dari 3 buah Mother Boxes, tapi dihentikan dengan hasil gabungan 3 puak iaitu puak manusia, puak Amazon dan puak Atlantis. Dan lepas Superman mati, Mother Boxes ni panggil Steppenwolf balik.

Macam mana deorang ni bergabung dan lawan dengan Steppenwolf yang susah nak dikalahkan tanpa bantuan Superman.





REVIEW FILEM

Semua orang menantikan filem ini dari tahun lepas lagi, termasuklah aku. Perkara yang paling aku suka tentang filem Warner Bros adalah, deorang pandai kaitkan filem yang deorang ada. Contoh: masa filem Superman vs Batman dulu ada dah hint The Flash akan datang.

Cara dia susun jalan cerita mudah faham walaupun tak pernah tengok filem superhero yang lain. Filem ini pun mengetengahkan dan memperkenalkan superhero lain seperti Aquaman dan Cyborg. Aku rasa tak lama lagi ada la filem pasal deorang pulak.

Dalam filem ni, watak Wonder Women lebih menonjol daripada Batman yang memainkan peranan yang penting untuk rancang pasukan nak kalahkan Steppenwolf. Watak The Flash pula lebih santai, kelakar dan kebudak-budakan, yang membuatkan penonton ketawa.

Yang kecewa sikit sebab part yang mereka kena lawan Steppenwolf tu kejap gila. Perang terakhir yang dihadiri oleh superhoro 'rahsia' untuk berlawan dengan Steppenwolf habis kejap sangat. Macam nak cakap superhero tu power sangat, padahal Steppenwolf kan kuat.



Bintang: ★★★½
Rating IMDb: 7.8/10

Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS