Birthday mama haritu, saya hadiahkan mama dengan set penjagaan wajah Safi Rania Gold dengan teknologi Nano Gold dan Beetox. Dah lama dia mengidam nak set penjagaan wajah ni. Ye lah, bila kita yang wanita ni meningkat dewasa, kena lah semakin jaga kecantikn diri kan.
Hasil menggunakan Safi Rania Gold terbukti secara klinikal berdasarkan pengalaman selama 2 bulan oleh responden yang terdiri daripada wanita yang dalam lingkungan 25 - 35 tahun. Ramai responden cakap kulit terasa lebih anjal, semakin halus, pengurangan kedutan dan pigmentasi makin kurang.
Cantikkan box set Safi Rania Gold? |
Safi Rania Gold merupakan set rutin
penjagaan wajah yang membantu untuk melawan penuaan dan menghalang
daripada tona kulit yang tidak sekata. Safi Rania Gold sesuai untuk
wanita ya.g berumur 25 tahun dan keatas.
Harus diingatkan bahawa set penjagaan wajah Safi Rania Gold hanya bertindak untuk membanteras dan rawatan untuk membantu memulihkan pigmentasi, menguatkan struktur kulit wajah, memperbaiki elastisiti dan awet muda.
Ada step tertentu dalam penggunaan set Safi Rania Gold.
Waktu siang:
1. Pembersih Wajah
2. Esen Emas Keremajaan
3. Eliksir Keremajaan
4. Krim Pelembap Siang SPF25PA++
Waktu malam sebelum tidur:
1. Pembersih Wajah
2. Toner
3. Eliksir Keremajaan4. Krim Pelembap Malam
Pembersih Wajah
RM16.40 (100gm)
Berfungsi untuk membersihkan kotoran dan sisa mekap dengan berkesan. Selain tu, buihnya yang berkrim mampu membersih hingga ke liang pori. Vitamin C pula berfungsi untuk memperlahankan pembentukan melanin sambil mencerah, memperbaiki dan mengurangkan kerosakan kulit.
Cara pemakaian: Gosok dengan air sehingga berbuih. Urut lembut pada wajah dan bilas.
Esen Emas Keremajaan
RM32.50 (100ml)
Formulasi duo gold 24K, dengan gabungan bio nano emas 24K dan flake emas 24K bersama dengan protein sutera bukan sahaja memelihara struktur luaran malah struktur dalaman kulit wajah. Bio hialuronik pula akan membantu mengekalkan lembapan kulit pada tahap optimum sehingga 24 jam.
Cara pemakaian: Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing.
Cara pemakaian: Sapukan pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan memusing.
Eliksir Keremajaan
Kandungan Beetox didalam eliksir ini akan menghasilkan kulit yang tegang dengan segera seakan-akan sengatan lebah. Ia juga diperkuat dengan Propolis dan Nano Gold yang bertindak mengurangkan kedutan, menghaluskan tekstur kulit wajah, dan mengembalikan keanjalan kulit.
Ia juga mengandungi bahan aktif yang mencerahkan kulit wajah, Vitamin C, dan NutrixBright Complex yang berkesan melawan pigmentasi dalam masa 2 bulan dan mencerahkan tona kulit, seterusnya meningkatkan seri pada wajah.
Cara pemakaian: Titiskan beberapa titik di bahagian dahi, pipi dan dagu. Urut lembut dalam gerakan memusing sampai produk habis serap.
Cara pemakaian: Titiskan beberapa titik di bahagian dahi, pipi dan dagu. Urut lembut dalam gerakan memusing sampai produk habis serap.
Krim Pelembap Siang SPF25PA++
RM25.77 (40g)
Krim ini mampu melindungi kulit dari sinaran UV agar wajah nampak cerah berseri. Selain itu, ia mampu melembapkan secara efektif agar kulit lebih lembut dan bermaya. Fungsi light diffusing crystal didalamnya boleh mengurangkan tona kuning pada kulit dan menghalang kulit daripada kelihatan kusam dan lesu.
Cara pemakaian: Sapu pada wajah dan leher. Urut lembut dalam gerakan menaik. Gunakan pada waktu siang selepas Esen Emas Keremajaan dan Eliksir Keremajaan.
Maklumat lanjut:
Facebook: www.facebook.com/SAFI.MY
Till then,
3 Comments