Saya memang peminat makanan Jepun dan Korea sejak kenal dengan suami. Suami la yang ajar saya nak makan makanan Jepun ni. Tapi, susah nak cari restoran makanan Jepun yang Halal, maksud saya, yang ada sijil Halal sah daripada JAKIM.
Kebetulan jumpa Sukiya Tokyo Bowls & Noodles, sebuah restoran makanan Jepun authentic yang menghidangkan pelbagai menu masakan Jepun daripada menu masakan gyudon, ramen, ayam, daging dan banyak lagi. Haritu, saya dah cuba menu terbaru mereka, Snow White Cream Gyudon.
Antara sebab utama saya suka dengan restoran Sukiya adalah kerana polisi makanan mereka yang mementingkan polisi kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidangkan dan yang paling penting semua menu di Sukiya adalah Halal 100% dan diiktiraf oleh JAKIM.
Rujuk sini: www.sukiya.my/halal_policy.php
Sumber JAKIM |
Fav datang Sukiya cawangan Sunway Velocity sebab parking murah, tak terlalu crowded dan boleh dapat view tingkap kaca macam ni. Kalau datang masa dinner boleh sambil dating dengan suami. Cantik tau banyak-banyak lampu. Dah la dekat dengan stesen MRT Maluri.
Mencuba Snow White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles
Snow White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles merupakan menu yang terbaru yang dilancarkan oleh restoran ini. "Gyudon" antara menu yang patut cuba dan merupakan hidangan utama di restoran Sukiya.
Specialnya Snow White Cream Gyudon adalah kerana kesedapan kepingan daging yang dihiris halus dan direbus dengan resepi rahsia Sukiya, dihidang di atas nasi yang panas dan ditambah dengan sos berkrim yang dihiasi dengan lada hitam.
Personal Review
Sos berkrim rasa macam keju, tapi jenis yang tak memuakkan bila makan. Texture tak cair sangat, tak pekat sangat. Just nice untuk digaulkan dengan nasi. Masa makan, memang takde rasa muak, sebab dia letak sos berkrim tu cukup-cukup dengan banyak mana nasi tu.
Daging dia ya ampun, memang lembut betul. Untuk orang yang tak suka lemak daging macam saya, hidangan ni memang pilihan yang tepat. Boleh rasa daging tu melting dalam mulut sambil kunyah dengan nasi dia.
Nasi dia, kan dah nama nasi Jepun, jenis beras yang besar-besar. Kalau makan tengah hari satu mangkuk medium pun dah cukup kenyang. Rasanya kalau saya order tapau yang large, boleh makan masa lunch dan dinner sekali. Haha
Jenis orang Malaysia, nak makan nasi kena lah ada kuah. Jangan risau sebab kat bawah sos berkrim tu ada sos kicap ikan cair. Bila gaul semua sos dan lauk yang ada, dan kalau makan memang boleh rasa terawang-awangan. Overall, memang happy dan puas hatilah makan kat sini. Sedap!
Harga
Small: RM10.40
Medium: RM12.40
Large: RM14.40
Selain daripada Snow White Cream Gyudon, Sukiya juga menghidangkan
pelbagai pilihan menu yang lai seperti pelbagai jenis Gyudon, Chicken
Bowl, ramen dan pelbagai pilihan side dish yang korang mesti cuba kalau
datang. Tak ragu-ragu nak makan kat sini sebab Halal.
Sukiya Tokyo Bowls & Noodles kini ada 7 cawangan diseluruh Malaysia termasuk di Mid Valley Megamall, Uptown Damansara, IOI City Mall Putrajaya, Sunway Velocity Mall, Aeon Bandaraya Melaka, AEON Mall Kulaijaya, Johor dan Aeon Mall Bandar Dato' Onn, Johor.
Kalau korang
pernah pergi Jepun, bersepah-sepah kedai Sukiya Tokyo Bowls &
Noodles di mana-mana. Setanding popular kat sana, makanan sedap pulak tu. Recommended!
Nota: Korang boleh dapatkan menu terbaru now White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles bermula pada 23 Januari 2018.
Nota: Korang boleh dapatkan menu terbaru now White Cream Gyudon di Sukiya Tokyo Bowls & Noodles bermula pada 23 Januari 2018.
Sukiya Tokyo Bowls & Noodles
Lot 3-05, 3rd Floor, Sunway Velocity Mall, Lingkaran SV,
Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.
Website: www.sukiya.my
Facebook: www.facebook.com/SukiyaMalaysia
Till then,
11 Comments
kalau perut macam Bro, berapa mangkuk la cukup ek?
anyway thanks for sharing.