Bulan Februari dikenali dengan bulan perayaan masyarakat Cina iaitu Hari Raya Cina. Bukan sahaja masyarakat cina yang excited tunggu CNY malah saya pun tak sabar nak tunggu perayaan ni. Tak sabar nak tengok pertunjukan tarian singa dan makan banyak mandarin oren.
Sempena dengan perayaan CNY yang akan datang, banyak aktiviti dan pertunjukan menarik telah dirancang oleh Resorts World Genting untuk pengunjung mereka di pusat membeli belah atas awan yang setinggi 6 ribu kaki ini, SkyAvenue.
Kalau korang pernah datang ke SkyAvenue, di dataran yang betul-betul depan pintu masuk ke Casino. Kat situlah semua pertunjukan SkySymphony diadakan untuk tontonan pengunjung mereka secara percuma dan terbuka.
SkySymphony
adalah pertunjukan "Teater Lampu dan Bunyi" (Theater of Light and
Sound) di pusat membeli belah SkyAvenue, Resorts World Genting. Teater
ini menggabungkan elemen bebola lampu sebanyak 1001 biji dengan skrin
LED dan muzik macam teater.
Pertunjukan SkySymphony audio, visual dan motion graphic yang merupakan
satu-satunya pertunjukan multimedia dan yang terbesar sekali di Asia.
Bebola lampu itu telah diprogramkan untuk bergerak supaya menjadi seperti bentuk apa saja sebagai elemen penceritaan dalam tayangan tersebut.
Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat Cina, pertunjukan tarian singa (Lion Dance) selalunya diadakan semasa perayaan CNY untuk membawa tuah dan membuang semua energi yang negatif. Selain daripada tradisi, pertunjukan ini juga menarik dan seronok untuk ditonton.
Pertunjukan khas SkySymphony sempena dengan CNY diadakan selama lebih kurang 5 minit setiap sesi. Pertunjukan ini mempersembahkan perkataan elemen asas Cina seperti - Kayu, api, tanah, besi dan air.
Selain itu, 12 haiwan zodiak mengikut kalendar Cina juga dipertunjukkan. Setiap haiwan ada animasi dan bunyi juga tau. Memang menarik.
Persembahan 12 haiwan dalam kalendar Cina ini diakhiri dengan salakan anjing yang menjadi simbolik haiwan pada tahun 2018. Comel je persembahan teater lampu dan bunyi ni. Semua untuk tontonan kanak-kanak, malah orang dewasa pun suka.
Haa, macam ni lah rupa Choy San Yeh atau dikenali dengan nama The God of Prosperity. Menarik lagi tentang sambutan di SkyAvenue, 6 Choy San Yeh akan dibawa ke atas pentas san akan bagi buah limau mandarin kepada pengunjung yang bertuah.
Masyarakat Cina percaya bahawa tradisi ini mampu membawa tuah kepada mereka sempena dengan tahun baru ini. Jangan lupa dapatkan mandarin dan salam dengan The God of Prosperity ini untuk luck korang.
Waktu tayangan Special Chinese New Year Show:
Dog Dance - The Prosperity of 9: 14 Februari - 4 Mac 2018
Lion Dance by Kun Seng Keng Lion & Dragon Dance Association: 17 Februari 2018
Pertunjukan bunga api: 15, 23 Februari dan 2 Mac 2018.
Tayangan SkySymphony:
CNY Show: Setiap setengah jam (20 Januari - 4 Mac 2018).
The Forest: 10AM, 1PM, 4PM, 7PM, 10PM
Urban Symphony: 11AM, 2PM, 5PM, 8PM, 11PM
The Godess: 12PM, 3PM, 6PM, 9PM, 12AM
SkySymphony Theater of Light & Sound
Tingkat 1, SkyAvenue, Resorts World Genting.
Dog Dance - The Prosperity of 9: 14 Februari - 4 Mac 2018
Lion Dance by Kun Seng Keng Lion & Dragon Dance Association: 17 Februari 2018
Pertunjukan bunga api: 15, 23 Februari dan 2 Mac 2018.
Tayangan SkySymphony:
CNY Show: Setiap setengah jam (20 Januari - 4 Mac 2018).
The Forest: 10AM, 1PM, 4PM, 7PM, 10PM
Urban Symphony: 11AM, 2PM, 5PM, 8PM, 11PM
The Godess: 12PM, 3PM, 6PM, 9PM, 12AM
SkySymphony Theater of Light & Sound
Tingkat 1, SkyAvenue, Resorts World Genting.
Till then,
1 Comments