Urut Kaki Lenguh di Healing Touch Genting

Hai korang,

Suami dan saya boleh kata selalu pergi spa untuk mengurut. Paling selalu urut kaki sebab penat berjalan dalam shopping mall. Kat Genting Highland pulak shopping mall SkyAvenue tu besar, dapat urut kaki lepas berjalan memang syok habis.

Nak memperkenalkan kat korang, spa best Healing Touch yang ada 3 cawangan di Resorts World Genting, terletak di lobby First World Hotel, Genting Hotel dan yang terbaru di Healing Touch @ BigBox dekat dengan Ripley's Adventureland.

 

Saya haritu, pilih urut kaki selama 40 minit sebab dah tak tahan sangat lenguh dan sakit. Sengal-sengal kaki berjalan banyak. Then masa trip haritu, kaki terseliuh so memang tak beberapa selesa sebab sakit masa berjalan.

Boleh pilih samada nak bayar sebelum atau selepas rawatan.  Kalau saya, suka bayar sebelum rawatan. Lepas rawatan nak bagi tips kat tukang urut je. Kalau ada kad ahli Genting Rewards, dapatlah extra diskaun ya.

Lepas kita dah fikir nak buat rawatan yang mana satu, kita dikehendaki untuk mengisi borang informasi diri untuk spa ni simpan. Isi je maklumat dalam borang tu macam biasa. Ada soalan tanya korang nak urut yang lembut ke, kuat ke atau biasa punya.

 

Loker pun ada untuk simpan barang beharga korang. Kunci kita simpan.

 

Memula, deorang akan bersihkan kaki kita dengan air suam dulu. Boleh minta untuk buat foot steam bath kalau korang nak cuba. Sangat sesuai untuk orang yang ada sakit kepala atau rasa penat nak demam. Bagus foot steam tu.

Seluar tukar akan diberikan kalau katakan seluar korang tu tak boleh nak tarik sampat ke lutut. Jangan risau, walau pakai seluar pendek, akan ada selimut untuk tutup badan korang tu masa urut.


Selain daripada urutan kaki, ada juga urutan badan dan urutan lain di Healing Touch. Terpulang kat korang nak buat yang mana satu. Ada pakej juga kalau jenis yang suka campur-campur urut tu.

Tukang urut kat sini campur-campur. Ada dari Malaysia, China, dan ramai lagi. Walaupun berlainan asal negara, tapi skill deorang memang the best. Kebanyakan deorang pun memang ada pengalaman mengurut lebih daripada 3 tahun. Yang paling penting, urutan dia best.

Nota: Ada juga tukang urut lelaki. Boleh request kalau nak.



Selepas habis rawatan, kita akan dijamu dengan minuman herba halia. Sedap air halia dia. Saya suka sebab rasa halia dia tak terlalu pekat. Sesuai sangat untuk saya yang jenis tak suka air herba ni.


Jenis yang tak nak urut kaki tapi teringin nak rasa buat rawatan di spa Healing Touch, boleh pergi ke cawangan Healing Touch @ BigBox yang dekat dengan Ripley's Adventureland tu dan cuba buat rawatan ikan fish spa. 

Rawatan ini sesuai untuk membuang sel kulit mati. Teknik dia, ikan tu akan gigit-gigit kaki korang, tak sakit pun, tapi rasa geli sangat. Satu pengalaman yang menarik untuk cuba.


 Pengalaman rawatan urut kaki di Healing Touch Genting Highland:

Memang puas hati dan suka dengan servis dia. Sesuai dengan kedudukan spa atas awan ni, servis dia pun sangat best dan sedap. Saya suka dengan aunty yang urut saya sebab gentle je dia urut. Tak suka dengan tukang urut yang jenis tekan jugak walau kita cakap sakit kat kawasna tu.

Kalau ada masa, korang pun kena cuba walau sekali urut di Healing Touch. Jujur cakap, jarang nak jumpa spa yang macam ni best.  Walaupun harga dia agak mahal, tapi dengan servis dan rawatan dia memang berbaloi dan memang saya akan datang cuba lagi urut di sini.

Orang cakap, bayar mahal, urut sedap takpe, yang sakit hati bayar mahal, urut tak sedap dan tak cukup masa pulak tu. Saya recommend spa ni untuk korang urut nanti di Genting Highland.

Suami jenis geli kalau urut kaki.

Harga rawatan urut kaki di Healing Touch:

Aroma foot relax treatment (30 minit) RM 88.00
Foot reflexology (40 minit) RM 98.00
Foot reflexology (90 minit) RM 158.00
Oriental foot & shoulder massage (60 minit) RM128

Healing Touch @ BigBox
Lot T2C-B18, SkyAvenue, Genting Highland.
Contact: 012-2337525


Till then,

Post a Comment

19 Comments

nikkhazami said…
penat berjalan dan shopping sesuai sgt urut kaki kat sini
Hans Hanis said…
wow
seronoknya urut kaki
lepas tu confirm rasa ringan jer
haha
Huda Halid said…
Wah bagus ni, biasa pergi genting memang akan lenguh berjalan round genting. Harga pun affordable. untuk member genting ada diskaun yer? nanti pergi genting nak singgah sini la urut kaki sambil buat fish spa sekali
wa macam best. I suka urut juga
cindyrina said…
Tak sempat try hari tu. Sebab penat juga lari kena kejar zombie. muahahaha
Betty's Journey said…
Is time to pampering for foot massage when go to Genting. I wondering how is the service there? Must be good as your hubby seem enjoy it. Haha
Wawa Ashihara said…
Wah..seronoknya dpt urut kaki... Rasa lega je kan lagi2 bila jalan2 jauh ni.. So far service situ ok tak? Tengok pon mcm best je.. Harga pon not bad murah juga. Bukan senang nak dpt berurut dgn pengurut yg berpengalaman.. Kalau kita suka tukang urut yg dr Vietnam..hehe.. Yg lain xpernah try lagi...
Suria Amanda said…
Seronoknya dapat urut kaki..lama akak tak pi urut kaki..tp kan..akak ni jenis tak tahan sakit.ingat lagi masa urut kaki kat lombok..memang rasa nak putus urat tunggu tukang urut settle kerja dia..pas tu esoknya kaki lebam-lebam
dr-Life said…
Hahaha... ur hubby laugh geli so funny. I tried their fish spa.. jerit at least 15 mins jugak sebab at the beginning will feel geli dicium ikan.. hahha.. This place really a great place to hilang penat

Racheal
Hilma mmg suka gi spa..urut bdn kaki mmg rasa lega sgt..teh herba tu plak mmg ummpp lps kena urut..yg penting, syokk oooo urut
Shiv B said…
This looks really good dear. I didn't see it when I was up in Resorts World last but it is so helpful to have a place like this where you can rest and massage your tired feet, especially from walking so much. Plus looking at how good the service was to you, will certainly try it for myself the next time I head up there :)
Hanny Abdullh said…
Best bila dapat buat food massage kat Healing Touch ni...lega sangat bila kaki tengah lenguh..lepas tu ada orang picit-picitkan...sampai tidur sis dibuatnya..hejehe.
Sis pun memang suka buat foot massage ni. Selalu buat dekat area rumah sis aje.
Dikbee said…
40 minit memang lama tu. Berbaloi bagi mereka yang suka pergi mengurut tapi saya ni sejenis yg penggeli. Pernah gak pi urut kaki, baru pegang kaki dah gelak-gelak. Tak dapat bayangkan kalau 40 minit. jenuh menahan geli.. haha
Syafiera Yamin said…
hahaha i suka gila auntie tu massage memang awesome sangat walaupun 30 minit.. rasa blood circulation back to normal lepas pekena urutan di healing touch tu weee..
Nina Mirza said…
TQ info. Suka pi genting pastu memang kaki penat. Dah tau ni, boleh laaa pi massage kaki pas lenguh jalan. Harga pun mampu bayau.
Sunshine Kelly said…
Okey juga dah penat berjalan and bermain kat Genting boleh lah refresh and rehat kejab sambil enjoy foot massage. The place also look decent.
Alia Farhan said…
Wah sedapnya urut kaki...
Way to relaz n destress from our hectic life actually..last month baru husband belanja urut kaki...
Rsa best ja after dat
mrsliez said…
Lamanya tak buat spa kaki.. last 2010 tu pun masa nak kawin.. then tak buat dah...miss the foot massage
Urut kaki selepas berjalan sakan memang menenangkan. Btw trima kasih sbb reminds me utk komen balik ya. Myb miss view bkn xnak komen jauh skali.

FOLLOWERS