Berperang Dengan Suami di Sungei Wang Super Army Camp 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Saya dengan suami sebenarnya baru je balik daripada berperang Nerf Gun di Sungei Wang tempoh hari. Terima kasih kepada Propa-Rangers dan pihak Sungei Wang sebab sudi menjemput saya dan suami untuk sertai perang pistol Nerf.

Kalau korang nak tahu, pihak pengurusan Sungei Wang telah menganjurkan "Sungei Wang Super Army Camp" dari 16 Mac - 25 Mac 2018 di Centre Court, Concourse Level sempena dengan cuti sekolah. Best bawak keluarga main sini.

 


Kalau korang teringin nak sertai Sungei Wang Super Army Camp 2018, caranya mudah sangat. Hanya perlu belanja minima RM50 di mana-mana kedai atau outlet di Sungei Wang dan bawa bukti resit dan tunjukkan kepada pegawai di Sungei Wang Super Army Camp di tingkat concourse.

Sungei Wang Super Army Camp 2018 diadakan dalam 3 kategori mengikut umur:

1. Beginner Troops (Bawah 12 tahun)
2. Junior Troops (12-18 tahun)
3. Senior Troops (Atas 18 tahun)


Selepas daftarkan diri, korang perlu isi borang pengenalan diri. Penting tau kena isi dengan maklumat yang betul. Kotlah korang menang ke, mudah deorang nak contact. Cabaran Time Atatck berlangsung sampai 25 Mac 2018.

Kalau katakan korang tak dapat masa yang baik, jangan risau, korang boleh cuba lagi sebab Sungei Wang Super Army Camp ini tiada had penyertaan. Selagi mana korang berbelanja minima RM50 dalam satu resit, maka selagi tu dapat masuk.



Kalau pertama kali sertai jangan takut. Akan ada pelatih yang akan ajar korang cara nak tembak dia. Korang boleh je cuba pistol Nerf tu dulu untuk biasakan diri. Senang je sebenarnya jangan gelabah atau takut sangat ke.

Kita boleh bawa 2 pistol pilihan untuk masuk. Nak tahu mana yang korang selesa, boleh cuba masa ada percubaan pistol Nerf, baru tahu mana yang sesuai.



Seorang penembak akan diberikan masa selama 3 minit untuk menghabiskan cabaran masa tu. Dari sepanjang masa tu lah korang boleh cuba untuk dapatkan masa yang terpantas dengan menembak lebih kurang 20 papan sasaran yang ada kat sana.

Make sure tembak semua sebab kalau korang tertinggal satu, maka akan ada tambahan 18 saat untuk setiap target yang korang terlepas dalam masa terakhir anda.


Ada macam-macam halangan yang korang kena lalui untuk dapatkan semua target sasaran tu. Ingat main tembak-tembak je ke. Ada yang kena melompat, meniarap, dan perlukan skill menembak untuk tembak target jarak jauh.

Susah juga nak kawal pistol Nerf ni kalau tak biasa. Tips dia jangan gelabah, nanti susah nak reload peluru Nerf tu. Itu tak masuk kalau tersekat lagi. Habis masa macam tu je.




Yang saya berperang haritu adalah merupakan perlawanan antara blogger. Best tau dapat pengalaman macam ni. Rezeki kami suami-isteri, menang pulak hadiah wang tunai haritu.

Pengunjung yang menyertai cabaran Time Attack di Sungei Wang Super Army Camp 2018, juga berpeluang untuk memenangi hadiah baucar tunai dan tiket untuk peluang bermain kereta drift Blastacars Malaysia!

Nah baca macam mana bestnya Blastacar ni:

Rezeki saya dapat RM100 di tempat ke-3, dan suami RM200 di tempat ke-2.

Team Propa-Rangers semua naik podium. Leya power juara haritu.

Sungei Wang Super Army Camp 2018
Website: www.sungeiwang.com
Facebook: www.facebook.com/sungeiwangplaza


Till then,

Post a Comment

1 Comments

Faeez Azmi said…
hahha memang best main sampai tak ingat lutut terluka.. Sangat mencabar.

FOLLOWERS