Masakan menu Sri Lanka terkenal dengan tradisi dan sejarah dia yang tersendiri. Kedudukan Sri Lanka yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan mempengaruhi citarasa dan asal usul makanan tradisi mereka.
Makanan Sri Lanka dipengaruhi dengan resepi makanan dari India, Indonesia dan Dutch yang terkenal dengan penggunaan bahan tertentu untuk menghasilkan makanan yang rasa dia kuat dengan penggunaan rempah.
Buffet festival citarasa makanan laut resepi khas Sri Lanka, "Taste of Sri Lanka" bermula pada 2 April hingga 30 April 2018 di Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel.
Salah satu makanan biasa orang di Sri Lanka adalah makanan berasaskan ketam. Menu Ketam Sri Lanka terkenal dengan kesedapan, keaslian dan kelas dia yang tersendiri. Menu Ketam Sri Lanka akan menjadi menu highlight sepanjang April 2018 disini.
Menu pertama saya rasa adalah Lasagna Ketam. Pada mulanya saya taj tahu yang lasagna ini berintikan ketam sebab nak makan lasagna dulu, tapi bila dah ambil dan rasa, terus terasa ketam tu. Jatuh hati dengan menu ini sebab chef dia tak kedekut ketam.
Untuk korang yang tak boleh hidup tanpa nasi, boleh cuba seleksi menu buffet yang dimasak oleh chef jemputan dan pakar masakan Sri Lanka, Chef Mohan. Antara menu yang korang wajib cuba adalah Fishm Ambul Thiyal with Gravy, Prawns Mellum dan Chicken Kalupol Curry.
Yang Prawns Mellum udang seriously sedap, Texture dia macam sotong celup tepung, tapi rasa dia macam udang tepung kari masam sikit. Susah nak terangkan rasa dia macam mana, sebab sedap sampai tak terucap dek kata.
Antara menu hot yang ramai orang puji sebab sedap adalah Brinjal Moju ↑. Pada mulanya memang tak nampak rupa dia macam terung langsung. Tapi, sedap. Tak rasa macam terung sangat. Terung tu dia rebus sampai lembek dan dimasak dengan kuah sambal masam.
Satu lagi highlight best di buffet ini adalah seleksi Deep Blue Seafood pada kotak ais. Makanan laut mentah ini korang boleh makan macam tu je, atau rebus dengan air panas. Nak lagu kreatif, boleh minta chef campurkan dengan kuah kari ketam.
Seleksi Deep Blue Seafood: Salmon salai, tuna, udang, mussels, isi ketam, King Crab Claw.
Satu lagi highlight best di buffet ini adalah seleksi Deep Blue Seafood pada kotak ais. Makanan laut mentah ini korang boleh makan macam tu je, atau rebus dengan air panas. Nak lagu kreatif, boleh minta chef campurkan dengan kuah kari ketam.
Seleksi Deep Blue Seafood: Salmon salai, tuna, udang, mussels, isi ketam, King Crab Claw.
Kari Ketam Resepi Khas Sri Lanka
Untuk korang yang rasa macam nak sesuatu yang extra dan lain daripada yang lain, Kari Ketam Sri Lanka adalah masakan yang wajib korang makan disini. Best sebab boleh makan ketam tanpa had sampai kembung perut. Saya dan suami tak makan nasi dah sebab makan ketam ni je.
Specialnya masakan ini, sebab ketam dia besar-besar, macam lobster. Puas hati nak kopek dan makan. Lepas tu ketam tu direbus dengan air supaya dapat isi yang lembut sebelum di campur dengan kuah kari asli Sri Lanka.
Nampak sedap kan? Memang sedap pun. Masih terasa kemanisan ketam tu. |
Kalau katakan korang rasa bosan sebab semua menu makanan laut terutamaya ketam je, jangan risau sebab makanan lain seperti ayam panggang dan ikan pun ada juga. Menu buffet yang biasa dihidangkan oleh Big Apple Restaurant pun ada.
Kalau dah merasa masakan dari Sri Lanka, tak sah pula kalau tak merasa pelbagai juadah manisan. Seperti kaum India, mereka juga ada banyak manisan yang selalunya diberikan kepada orang sebagai tanda menyambut dan menghargai seseorang tu.
Antara manisan yang korang patut cuba adalah:
Gulab jamun, payasam, laddu, carrot hawa, kesari dan buffalo milk yogurt with palm sugar.
Lagi best, special semasa Festival Makanan Laut Sri Lanka, pengunjung boleh merasa air teh Sri Lanka daripada syarikat jenama teh popular Sri Lanka sendiri, Teh Dilmah. Saya dah rasa, teh Dilmah memang rare dan unik, unblended Ceylon Tea.
Waktu buffet:
Makan tengah hari Isnin-Jumaat: 12PM-2.30PM
Makan malam setiap hari: 6.30PM-10.30PM
Sabtu & Ahad Hi-Tea: 12.30PM-4.00PM
Harga buffet:
Dewasa (RM98.00), Kanak-kanak (RM41.00)
Big Apple Restaurant
Level 14, Berjaya Times Square Hotel,
1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Contact: 03-21178000
Till then,
23 Comments
Nanti boleh lah cuba kat sini pulak
Aku pernah makan kot kat hotel lain masakan Sri Langka ni, sampai sekarang teringat.
Nak makan lagi dan lagi
Sekarang pergi dinner makan..
www.liahasty.com