Hai dan Assalamualaikum,
Till then,
Orang kata, kalau jumpa lokasi makan sedap, kena kongsi. Jadi, kalini saya nak kongsikan dengan korang port makan BBQ dalam sungai yang sedap di Kuala Lumpur. Banyak kali datang sini pun, saya masih lagi suka dengan menu yang mereka hidangkan.
Sengaja kami geng blogger haritu buat makan-makan di BBQ Lamb KL Kemensah sebab ada seorang member datang jauh dari Muar. Member tu pula request nak makan BBQ. Dah datang jauh, kena la bawa makan sedap-sedap.
Nasib baik sebelum ni pernah makan kat sini, dan memang sedap dan puas hati. Saya pun apa lagi, buat tempahan untuk makan BBQ di dalam sungai. Takut kalau walk in nanti penuh pula. Makan dalam sungai waktu malam, special sikit.
Kalau korang nak datang makan malam ke BBQ Lamb KL Kemensah waktu hari cuti Sabtu dan Ahad, saya sarankan lebih baik buat tempahan dahulu sebab selalu penuh. Tapi kalau nak makan pada hari biasa, nak walk in pun tak ada masalah.
Kalau takut kecewa datang jauh, lebih baik buat tempahan. At least boleh minta port makan dalam sungai ataupun sebelah sungai yang ada view lawa. Feeling makan dalam hutan sambil camping.
Pertama kali saya makan dalam sungai waktu malam. Kelajuan air sungai tak sama dengan pada waktu siang, waktu malam air tinggi dan laju sampai ke lutut saya. Memang seronok walaupun air tu sejuk,tapi tenang je memalam makan.
Last saya datang makan malam di BBQ Lamb KL Kemensah masa tu mereka tak ada servis makan dalam sungai waktu malam. Kalini merasa makan malam dalam sungai, feel dia memang berbeza. Waktu malam lebih sejuk, tenang, suasana pun lain.
Walaupun kawasan tu ada lampu terang, masih perlu berhati-hati takut terjatuh. Batu sungai pun boleh tahan tajam juga. Nasihat saya, bawa seluar tukar, sebab memang confirm basah. Lelaki senang lah boleh pakai seluar pendek, perempuan ni macam mana.

Masa buat tempahan haritu memang kami
dah tempah 2 platter hot daripada BBQ Lamb KL Kemensah, Platter Daging
Campur dan Platter Burung. Wajib rasa daging dan kambing yang mereka
buat kat sini, memang rasa sedap betul.
Lepas
tu, dah lepak ramai-ramai takkan nak pesan satu set je, maka sebab
itulah kami pesan platter burung tu. Makanan yang sedap, seronok kongsi
makan ramai-ramai. Nasib habis licin makan, kenyang semua orang
Platter Daging
Campur
Platter daging campur ada 4 jenis daging yang terdiri daripada daging BBQ, ayam BBQ, kambing BBQ dan itik panggang. Satu perkara yang saya suka makan kat sini adalah sebab porsi makanan platter mereka memang banyak. Puas makan walaupun kongsi 7 orang.
Setiap kali datang, saya paling suka dengan daging BBQ dia. Daging dia diperap semalaman, sebab tu bila makan walaupun tak cicah dengan sos dia, pun dah sedap. Deorang pulak pandai BBQ kan daging tu just nice, tak terlalu kering tapi daging tu masih lembut.
Siapa yang suka itik, korang perlu cuba itik panggang yang mereka hidangkan di BBQ Lamb KL Kemensah. Itik dia lembut, dan masa makan tu korang boleh rasa smoked dalam itik tu.
Platter Burung
Dalam platter burung ada ayam pangang, kepak ayam, itik panggang dan burung puyuh. Member saya yang rasa burung puyuh cakap, sedap betul sos perapan burung puyuh tu. Lembut sampai tak boleh stop makan katanya.
Walaupun dalam platter ni ada 2 jenis ayam (kepak ayam dan isi ayam), tapi korang boleh rasa perbezaan dia. Kepak ayam tu rasa macam pedas-kari sikit, yang isi ayam tu lebih lembut dan rasa panggang kosong. Sedap jugak.
Itik panggang pulak sama macam platter daging tadi. Tetiba ada banyak pula itik, takde lah berebut kami makan sebab itik sedap. Haha
Itik panggang pulak sama macam platter daging tadi. Tetiba ada banyak pula itik, takde lah berebut kami makan sebab itik sedap. Haha
Setiap platter yang kami pesan tadi didatangkan khas bersama dengan sos istimewa BBQ Lamb KL Kemensah. Ada 4 pilihan sos: Sos mint, mayo-garlic sauce, so black-pepper dan sos cili.
Sos pun korang kena rasa, tapi saya lebih suka makan daging platter tadi tanpa sos sebab dah memang sedap tanpa sos. Bayangkan tanpa sos pun dah sedap sebab rempah perapan dia, rasa memang fresh dan asli.
Setiap set platter sesuai untuk dimakan dalam 4 orang. Jadi, dalam setiap platter ni, ada 4 set makanan lain iaitu nasi berempah, sup kambing, koktail buah atau jelly, buah potong dan 1 jug air. Kalau katakan nasi tak cukup (maklumlah orang Melayu kan makan banyak nasi), boleh je tambah.
Sup kambing dia lain daripada yang saya rasa sebelum ni. Saya rasa mereka ada tukar resepi daripada yang lama, tapi baguslah sebab yang resepi ini lagi sedap dan lebih pekat daripada yang lama. 2 mangkuk sup kambing habis sekejap je haritu.

Waktu operasi:
Isnin- Khamis: 12PM-10PM
Jumaat: 4PM-10PM
Sabtu & Ahad: Ikut sesi (12PM-2PM/ 2PM-4PM/ 4PM-6PM/ 6PM-8PM/ 8PM-10PM)
Sila buat tempahan untuk riverside dan river dining.
Sabtu & Ahad: Ikut sesi (12PM-2PM/ 2PM-4PM/ 4PM-6PM/ 6PM-8PM/ 8PM-10PM)
Sila buat tempahan untuk riverside dan river dining.
BBQ Lamb KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Whatsapp: 012-2114100
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Whatsapp: 012-2114100
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
Till then,
2 Comments