Assalamualaikum dan hai korang,
Till then,
Excited sangat nak share dengan korang tentang blogpost saya kali ini iaitu Pengalaman Paragliding Pertama Kali di Kuala Kubu Baru. Paragliding merupakan satu sukan luncur udara yang menggunakan payung terjun.
Tandem paragliding pula merupakan apabila aktiviti paragliding untuk orang yang nak mencuba paragliding tapi tak reti, dilakukan bersama dengan pilot yang berpengalaman.
Tandem paragliding pula merupakan apabila aktiviti paragliding untuk orang yang nak mencuba paragliding tapi tak reti, dilakukan bersama dengan pilot yang berpengalaman.
Jenis yang malas membaca, boleh terus scroll kebawah sekali atau tekan LINK NI untuk tengok video pengalaman pertama kali Paragliding di Kuala Kubu Baru bersama dengan realme Malaysia.Thank you realme sebab cabar saya untuk mencuba aktiviti ni.
Cabaran ini dibuat sempena dengan penukaran tagline realme kepada "Dare to Leap". Jadi nak tengoklah peserta ni berani atau tak, nak lompat dari atas bukit turun dengan payung terjun melalui aktiviti paragliding.
Yang seronoknya, peserta yang hadir pada hari cabaran semuanya aweks-aweks sempena dengan sambutan Hari Wanita tempoh hari. Ha! Siapa cakap aweks tak lasak. Jom leap forward!
Yang seronoknya, peserta yang hadir pada hari cabaran semuanya aweks-aweks sempena dengan sambutan Hari Wanita tempoh hari. Ha! Siapa cakap aweks tak lasak. Jom leap forward!
Perjalanan kami ke Kuala Kubu Baru dari Kuala Lumpur mengambil masa dalam 1 jam 30 minit. Sampai je di Kuala Kubu Baru (KKB) Paragliding Park, Taman Millenium ni, dah boleh nampak banyak payung terjun di udara.
Ada pro paraglider yang sedang berlatih, dan ada juga orang awam macam kami yang baru nak mencuba tandem paragliding disini. Jangan risau sebab lokasi ini pun antara yang selamat dan diiktiraf oleh badan berwajib.
KKB popular dengan aktiviti sukan lasak, salah satunya adalah sukan luncur udara dan merupakan salah satu lokasi atlet paragliding dan pro-paraglider berlatih.
Di KKB, bukan saja dapat peluang untuk turun dengan paragliding, malah nak naik ke atas Bukit Batu Pahat pun kena lalu di jalan yang mencabar. Seram sejuk kami dalam pacuan 4 roda tu jalan di laluan yang sangat sempit dan tanah yang tak stabil.
Lagi mencabar, malam sebelum aktiviti kami tu pulak hujan. Tanah pun lembap lagi. Memangkan abang driver tu kena bawak laju. Kalau tak sangkut lah kereta kami. Nasib baik kami dalam kereta tak ada yang jenis mabuk.
Walaupun seram-sejuk naik bukit tadi, tapi bila sampai di atas tapak pelepasan paragliding KKB, MasyaAllah, memang puas hati dan sejuk mata memandang. Lawanya permandangan dari atas sini. Kuala Kubu Baru pun nampak macam lukisan dari atas ni.
Then, pilot tandem pun setup parachute, dan pakaikan harness serta brief sikit apa yang perlu dilakukan sebelum pelepasan nanti. Kena dengar betul-betul bila kena jalan, bila nak mula berlari dan bila nak stop lari.
Dannnnnn, lepas berlari sampai kaki tak mencecah tanah, maka saya pun terbang dan melayang-layang. Jujurnya cakap ada banyak perasaan yang saya rasa. Ada gembira sebab dapat buat paragliding first time, ada takut sebab fikir macam-macam.
Walaupun nervous memula tu, tapi masa dah terbang, rasa tenang sangat. Rasa bebas sebab boleh terbang, cuma tak boleh terbang ikut burung helang je. Haha. Atas tu rasa sejuk dan nyaman je walaupun cuaca agak terik masa tu.

Permandangan Kuala Kubu Baru dari atas awan memang lain sangat. Ingatkan pekan kosong dan akan membosankan, rupanya tak. Dari atas ni boleh nampak sisi lain yang tak pernah kita nampak. Macam lukisan je view dari atas ni.
Boleh nampak pekan Kuala Kubu Baru dan kawasan sekitar dia, nampak view Bukit Batu Pahat dan Bukit Kutu kat sebelah, juga nampak kehijauan hutan simpanan Taman Negeri Selangor dari ketinggian 1400-1500 meter.

Selalunya satu sesi terbang mengambil masa dalam 5-20 minit, tergantung
kepada kelajuan angin dan pengalaman pilot, macam sesi saya, atas tu
dalam 8 minit. Ada yang lagi lama, dalam 12 minit.
Rupa-rupanya nak paragliding pun ada teknik yang tertentu. Nak buat ni kena ada ilmu nak tahu arah angin, dan macam mana nak terbang lebih lama. Overall memang seronok sangat dan tak sangka saya dapat buat paragliding.

Saya recommend kepada korang yang nak mencabar diri buat aktiviti lasak. Totally worth it, dengan harga yang berpatutan dengan pengalaman tu, especially untuk korang yang suka tengok keindahan alam ciptaan Allah. Sangat amazing view dia.
Antara
keunikan lain kalau buat Paragliding di Kuala Kubu Baru adalah korang
akan dapat sijil penyertaan. Seronok tau dapat sijil apabila kita
berjaya buat aktiviti yang lasak macam ni. Next time boleh repeat bawa
family pula.
I did Paragliding at Kuala Kubu Baru! | NZZ Vlog #3
KKB Paragliding Park
Taman Millenium (59.45 km)
44000 Kuala Kubu Bharu
Facebook: www.facebook.com/KKBParaglidingPark
Contact: www.facebook.com/proskyadventure
Till then,
0 Comments